AL-kisah anak dah 8 bulan ++, kitorang baru nak beli stroller. Sebelum ni pakai baby carrier je. Aku pun tak pasti apa yang membuatkan kitorang asyik terdelay-delay beli stroller sampaila dah ada GST pun takde kelam kabut nak beli stroller. Mungkin sebab anak baru sorang, jadi seronok nak kelek peluk dia masam-masam gitu. Tapi berat dah 7.5kg. Tak larat dah mommy and papa awak nak dukung. Pakai carrier pun terasa betul lenguhnya...
Encik suami nak cari stroller yg compact dan padat tetapi murah. Macam-macam tempat dah dia ajak aku sevey. Kedai baby, AEON... Tapi naluri keibuanku (lebih kepada napsu serakah sebenarnya) memang sangat sukakan Babyzen Yoyo. Tengok member-member pakai yang tu pun, rasa nak target tu je. Kehkehkeh... Dasar! In sgt Yoyo sekarang okeh!
Yoyo yang menjadi kegilaan di abad ini
(picture from goole)
Encik suami sangat tak sukakan pembaziran yang sedang aku serveykan itu. Dia kata, buat apa nak mahal-mahal. Tapi aku pikir, anak pertama, nanti nak beranak lagi, beli ajelah yang elok skit. (napsu serakah masih menguasai minda). Macam-macam stroller dia tunjuk, semua aku tak kenan. Hahahhahaa... Lagipun yoyo punya lipat memang smart ah, jadi kecik sahaja.
Last-last aku pujuk dia, tengok dulu stroller2 yang aku kenan tu. Kalau dia still tak approve, aku setuju je mana-mana stroller yang dia ndak. ok. win-win situation. (ke aku yang win?)
Maka sabtu lepas, aku heret dia ke Bebetotz.
Masa sampai tu takde orang. Memang syok la test drive. Aku ada jugak sevey2 stroller Mini. Aku minat jugak model tu, boleh pakai dari newborn. Tapi husband aku pangkah sebab dia lipat payung. Panjang. Test dengan Fatihah pun, Fatihah nampak mcm ok dalam tu.
aku target yang kaler hitam itu
(picture from google)
Ada 1 lagi brand apatah tak ingat pulak orang tu sajes. stroller tu nampak besar, tapi bila lipat jadi kecik je. Aku suka, sebab boleh pakai dari newborn. anak pun boleh tido baring dalam tu. Husband aku pun suka, asalkan lipat kecik. Tapi Fatihah macam tak suka plak. dia grumpy skit bila letak dia dalam tu.
Last-last kitorang compare antara Recaro and Yoyo je. Sebab Mini yang nampak super cool tu husband aku dah pangkah. T__T Stroller yang 1 lagi tu plak Fatihah tak suka. Ala..rugi plak tak ingat apa brand dia... Dua ni je yang sesuai pakai dari new born. Tak payah aksesori tambahan.
Kitorang tanya orang kedai tu, mana dia sajes. Dia kata, Yoyo ni, bila lipat kena lantai. sebab tu dia ada travel bag sekali. Tapi handling and quality memang yoyo baguslah. Lepas dia demo je alas yang kena lantai tu, husband aku apa lagi, pangkah terus Yoyo. Dia kata, kalau kena lantai tu cover bumbung stroller tu ok lagi, tapi sebab kena lapik kaki baby tu, dia concern hygyne sikit. Oklah.. lagipun aku suka je cara lipat and bukak Recaro tu. Just 1 easy step je. Yang penting, husband aku pun dah setuju and suka sangat.
RECARO Easylife:
Cuma aku ada rasa ralat sikit bila kat kaki tu tak boleh nak angkat jadi straight. Kalau Mini boleh angkat. Dah beli bawak jalan-jalan baru aku perasan.
Orang kata kalau nak ajar baby pakai stroller, ajar dia dari newborn lagi. Neves jugak takut Fatihah rejek tak nak duduk dalam tu. Nak dukung je, minta mahap la anak oiii, dah tak larat dah nak berdukung je... Tapi Alhamdulillah.. she's being a very good girl. Dia ok je dalam tu. Dia layan je... Cuma jangan berhenti tolak je, nanti dia nangis.
Anyway, aku sajes sangat pergi Bebetotz ni. Yang layan kami haritu budak laki comel sweet je and he really knows about the strollers. He knows what he's selling. Jadi, terasa agak selesa membeli-belah di situ.
Sekarang ni, apa nama stroller 1 lagi yang boleh pakai dari newborn tu... Isk... Stress plak tak ingat.
iols beli SCR yg besar gabak n berat nak meninggal.. menyesal giler.. pastu bila sajes kt asben nk letgo n cri stroller baru, terus kena kecam.. stroller la, SSC la..hahaha, redha la sbb wife tamak..
ReplyDeleteI baru beli beberapa hari je ni dah rasa nak letgo beli yang lain.. tapi mmg tak dpt lah.. mau kena kecam jugak ngn suami ni. mati i. hahahhaa
ReplyDeleteaku ada 2 stroller. tapi asal masuk 6 bulan semua taknak dok dalam tu. sudahnya semua berdukung, stroller masuk stor!
ReplyDelete