Monday, November 16, 2015

1 YEAR OLDER


Fatihah hit her 1 year birthday on 26th October 2015. Papa hits his birthday on 25 October 2015.

So, we had 3 birthday celebration in a row. Hahaha... Takdela celebrate apa pun. Sebenarnya tak plan apa-apa pun sebab papa awal-awal dah bagitau, dia bakal bizi masa date tu. Jadi, dia kata birhtday to postpone. Maka mommy pun takde la plan apa-apa langsung. Kebetulan pula, masa ni mommy punya kerja pun jadi bertimbun-timbun. Mommy balik lambat on the day of her 1st bithday. sob sob... Balik emo, polok2 anak mintak sorry. Papa beli 2 slices of cake dan kami pun sambut ber-3. Gambar masa ni semua dalam kamera la plak tak transfer lagi.


Anyway, anyhow, mommy cuti 27hb, tapi kena bawak Fatihah cocok 1 tahun. Sorry mommy had to hurt u a bit... Tapi dia good girl sangat, menangis kejap aje. So, mommy bawak Fatihah a threat to Baskin Robbin. Makan espem berdua-duaan and beli mainan for besday prejen.

Masa ni kat kk masih belum kena cocok.

Masa ni dah kena cocok tapi masih maintain good girl lagi.
Belanja espem. 
Lebih kurang je pose. Nama pun selpie.


Rabu tu awak demam panas sangat. Mommy just monitor je dulu. Masih hantar pergi pengasuh. Just minta tolong dia monitor awak sama. Mommy  lupa bawak ubat, nasib baik pengasuh ada ubat demam cucu dia. Clumsy mommy. 29hb mommy EL jaga awak. 30hb mommy MC. Awak memang demam panas sangat. Berlanjutan sampai weken. Serba salah sangat sebab bawak awak  pergi cucuk then terus demam. Tapi nak buat cmana kan sayang. Imunisasi pun nak bagi kuat badan awak juga. Cuma risaunya lahai tengok awak lembik, memerap aje... Kesian sebab awak memang jarang-jarang nangis. Masa demam ni asyik nangis je... Takpelah. demam nak kuat kan sayang...


Jumaat petang tu papa bawak kita balik Temerloh. Masih monitor suhu awak yang kejap naik kejap turun. Risau sangat mommy ni... Petang Sabtu terus bawak pergi klinik. Suhu 39degree. masuk obat bontot. Papa belikan few slices of cakes, kita tiup-tiup lilin kat kampung pula dengan atok n nenek. nak tiup lilin pun menangis. poor you. mesti tak sedap sangat badan tu.

Bawak g klinik. Awak lembik nak tido je...
Kesian betul mommy tengok. T__T

 Papa semangat menyalakan api lilin.

Tapi kesian betul awak ye sayang...
Menangis je badan demam, x sihat. 


 Bila suap makan kek, steady je... 
Makan banyak plak tu... 


Lepas makan kek, makan ubat. Baru nampak awak ada energy sikit. Terus main-main. Dah berhari-hari mommy tak tengok awak main. T__T Mommy hati tisu. Ni baru anak demam je ni. Adesss la hai~~~


Ahad tu, kitorang gerak balik ke KL pagi. kasi Fatihah makan, makan ubat, tido... Dalam kereta, mula-mula dia meragam sikit. Berhenti kat hentian mana ntah isi minyak, tetiba dia menangis, menangis, menangis je dalam kereta. Blur aku tak tau nak buat apa. Masa tu dah siap isi minyak, dah nak jalan dah. AKu mintak husband berhenti, bawak Fatihah keluar kereta. Amek angin luar. Maybe dia frust tengok napa orang lain keluar kereta tapi dia tak keluar pun or rimas or ntahlah. Sebab dia ni memang jarang buat perangai, tu yang aku layankan aje. Bawak keluar, orang kat toilet senyum kat dia pun dia nangis. Oh mai, biasanya dia adalah peramah, siap senyum2 dengan orang. Kasihan.... Mesti dia sedang sangat tak selesa.... Bawak jalan-jalan kedai mesra, belikan biskut. Masuk kereta balik, baru dia bertenang. Huhuuhuhu...

Sampai KL, kitorang lunch dulu. Then g HUKM tengok ibundaku. Warded. Getting ready untuk operation Slip Disc. Tambah skrew kat tulang belakang. Ouch...

Masa ni memang rasa magik sangat sebab tengok awak dah boleh panjat-panjat katil, bawak diri main-main kat katil mamatok. Kalau tak, 24/7 tak nak berenggang ngan mommy. Mommy n papa pun terkejut tengok awak tiba-tiba dah boleh main. Tadi dalam kereta bukan  main eh eh tetiba menangis. 

Sebab macam dah baik je nih, kita bawak jalan-jalan ikea.





Tak nampak macam budak demam kan bila bawak pergi Ikea? 
T___T


8 November. Hari Ahad. Mamatok pun dah keluar hospital. So, kita celebrate besday lagi sekali dekat rumah ayang Alang. Kalini celebrate sebelah famili mommy pula. Ramai kanak-kanak. Pakcu pun datang dari Pekan, UMP nak tengok mamatok. Jadi kalini memang meriah ramai orang ada. Sebelah sini sepupu kecik ramai. Jadi mommy beli kek sebijik terus. Papa kata mommy bias. Kikikiki....




3kali celebrate besday... untunglah kau nak~~~ bukan celebrate apa pun sebenarnya. beli kek tiup lilin je... besday yang ke-2, ke-3 dan seterusnya belum tau lagi macam mana  kan... Sementara anak tengah sorang ni, layankan ajelah. Nak  panggil kawan-kawan buat makan-makan, rumah kita pun kecik aje... Yang penting, doa mommy... semoga awak jadi anak solehah, berjaya dunia akhirat, sihat tubuh badan, lancar lisan, ingat agama ingat Allah, baik kehidupan dunia akhirat, selalu ingat mommy and papa... Sob sob...




2 comments:

  1. kannn..aku pn asal birthday mesti beli kek. nak bagi budak budak ni merasa tiup lilin belah kek aje. diorang bukan makan sangat kek pun.

    ibu dengan abah jugak tukang perabih. hehe. happy birthday fatihah. semoga jadi anak yang solehah dan diberikan kesihatan yang baik sentiasa.

    ReplyDelete
  2. Amin... thanks beb...

    Nak buat party besar-besaran, mak is tak berapa mampu. Nak masak untuk ramai-ramai pun tak reti. ngahhahaa. Makan sama family sudah~~

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...