Lately family husband aku ada ditimpa musibah. Sedikit.
Waktu itu aku berpihak kepada sebelah yang aku rasakan benar dan kasihan. Walaupun aku tau risikonya, aku masih berpihak kepada dia. Aku hanya mendengar cerita dia. Sahaja.
Kemudian, aku dapat cerita dari sebelah pihak lain pula. Pandangan aku berubah. Selepas itu aku jadi natural. kesimpulan aku, sama-sama salah, sama-sama ada khilaf.
Beberapa bulan berlalu, dah nak dekat setahun dah pun. Sekarang dia tikam belakang aku. Apa motif dia nak tikam aku pun aku tak tau. Tajam dia tikam. Padan muka aku, siapa suruh tak dengar cakap suami dulu. Dia memang parasit.
Aku ambil peristiwa ni sebagai iktibar besar dalam hidup aku. Apa-apa pun jangan cepat judge. jangan cepat kasihan. Kalau nak ambil tahu, ambil tahu cerita both side. Kalau tak, buat tak tahu terus. Tapi biasalah perempuan, buat tak tahu terus ni susah sikit.
Tapi tak apalah. Aku dan suami masih bahagia, masih saling percaya.
Aku masih ada suami yang caring dan anak-anak yang comel. Cukuplah kan?
No comments:
Post a Comment
Thanks for dropping out your thoughts...