Monday, September 5, 2016

Syawal 2016

Alhamdulillah... masih diberi nafas untuk menyambut syawal kali ke-3 bersama keluarga tercinta.
Alhamdulillah... masih diberi nafas untuk beraya kali ke-3 di rumah mertua.
Alhamdulillah... masih diberi nafas untuk mencoretkan pengalaman beraya walaupun bulan Syawal sudah berlalu pergi.

Ewah... ni nak kabo. hamba ni sedikit stress dengan pekerjaan lately. Jadi hari-hari dah meroyan ke encik husband mengatakan aku nak berhenti kerja. Nak benti keje! nak benti keje! nak benti keje! Jadi, pada mak mak yang telah berjaya berhenti kerja, Tahniah! Anda telah berjaya membuat saya iri hati dan bertambah stress.

My immediate bos ni, amatlah baik, bersemangat waja dan terel. Ini yang buat saya lebih stress. Hahahahha... OK la.. cut the crap. nak citer pasal raya 2016.

Sepatutnya tahun lepas adalah giliran pulang ke Kedah, tapi ibu bapa pergi beraya ke luar negara pula. Jadi tahun ni seharusnyalah giliran Pahang pula. Tapi sebab tahun lepas dah Pahang, maka tahun ni Pahang lagi? hahahaha... dilema hari raya~~

Tahun ini, adik beradik sebelah suami semua beraya di Pahang. Jadi, kami laki bini ni bergado masing-masing nak balik rumah mertua. aku nak balik rumah dia, dia nak balik rumah aku. Memang last minit decision sangat sampai laki aku kata, kita ni  pelik tau..biasa orang gaduh nak balik rumah sendiri. Memandangkan adik-beradik dia semua ada kat sana, aku sajes, kita raya sana lah dulu. raya kan nak kumpul adik beradik. bila lagi? somemore, abang aku tak balik Kedah, so raya tahun depan, biarlah kami dapat berkumpul beramai-ramai pula. Keputusan akhirnya, raya kedua kami plan untuk balik Kedah.

Tapi apakan daya, kami hanya merancang, Allah yang menentukan. Kakak aku pulang berhari raya di Kedah. Namun, pada ketika itu (ayat skema habis) anak keduanya baru dijangkiti demam campak pula. Jadi, tidak mahu merisikokan anak-anak kami yang masih kecil bayi itu, plan ke Kedah ditunda terus ke tarikh lain. abang aku pun ada mesej nak balik Kedah raya kedua tu. Tapi aku kata.. hang toksah buat loqlaq. Bini hang ngandong tu, lagi bahaya hang nak bawak p balik orang demam campak tu bang oi~~  Citer raya kedua ni pun lawak. nantila aku cerita. 

ehh... banyak betul cerita aku ni kan.. sampai tak tercerita. haishhh...

Jadi, pada hari raya, marilah bergambar kenangan .



Tahun ni dah mencabar sikit nak amek gambar raya.
dah ada toddler


Posisi kedudukan wajib tiap2 raya. 
ipar-ipar aku pun dah tau dah.
yang pastinya, adik ipar bongsu tetap menjadi mangsa jadi photographer. kikiki

Budak baik cinta hati mommy

Budak kecoh cinta hati mommy juga.
dia ni kalau takde memang rasa sunyi
sebab mulut dia mcm bunyi tiap masa.

syok je dia join orang buat hal dia sendiri






Kalau ikut hati jiwa raga ni semua gambar nak upload. Mostly pun ada je dah dalam IG. cukupla ni. setakat nak merasa blog berupdate.

Kisah bersalinkan baby no 2 pun belum tulis ni.



1 comment:

  1. kahkahkah. aku pun riyadh dah nak 6 bulan, tak cite lagi saat saat nak bersalin hahaha.

    eh, mak aku penah la marah aku masa aku cakap nak berenti keje. masa tu aku goyang tengok haifa asek nangis je tiap kali gi rumah pengasuh. mak aku ckp jgn sesekali terpikir nak berenti keje. memang la rasa kesian kat anak, rasa nak ada berkepit tiap masa. tapi cuba pikir, anak besar nanti semua gi belajar, keje jauh..ko masih duduk rumah, takde keje, takde duit simpanan, pastu laki entah ada lagi ke tak. masa tu memang terasa la kalau dah tak keje. aku pun dengarla cakap mak aku..yela. mak aku tak penah keje, so dia paham la keadaan camne kan.

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...