Tuesday, November 8, 2016

Pengalaman kedua bersalin anak kedua di HKL - Part II


Ya ampun... lama betul benda ni duduk dalam draft.


25 January,Monday adalah tarikh perayaan Thaipusam. I was 38 weeks. Dalam kepala otak dah memang set dah tak larat nak p kerja. So, on Tuesday 26hb january pergi klinik minta doktor check + nak minta surat MC. Doktor pun ok je check. Sekali dia nak seluk daaaa~~~ Tanjat la aku ni bila dia kata dah ada 1.5cm opening. Tak berhajat pun nak ada opening, berhajat nak cuti je. Hahahaha... Jadi, dudukla di rumah penuh debaran. Ntah la nak berdebar ke tak. Aku duduk rumah siapkan comforter, sarung bantal, barang2 adik segala.


siap set bantal + comforter adik. menyiapkan dalam keadaan penuh kesaratan


30 January aku masih sempat attend birthday party anak kawan aku. Perut besar giler sampai aku berhalusinasi aku preknen kembar, scan sorang lagi tak nampak. Kah Kah Kah. Aku pujuk baby, JANGAN KELUAR ESOK! hahahaha... FEBRUARY BABY please....

sempat lagi attend birthday party 

perut inilah yang menyebabkan aku berhalusinasi pregnant kembar 
nasib baik tak.



1 February tu hari isnin.


Aku dah masuk 39 weeks. Lega aku, dah masuk February pastu terus pesan kat baby, dah boleh dah kalau nak keluar... Isnin tu cuti lagi. Cuti Hari Wilayah. Masih takde tanda-tanda. Dah la hari anniversary kedua kami, nak keluar p sambut pun cuak. Kang tengah makan, tetiba ketuban pecah macam mana? Duduk la kami laki bini di rumah sambil tertanya-tanya bilakah ni? Takkan esok tetiba nak p keje?



Petang 1 February tu aku masih sempat terpikir nak jaet blanket Fatihah. Tengah korek-korek, acu-acu kain, kemudian suami ajak keluar dinner, then pergi hospital check.



Masa dalam kereta tu, aku tanya la nak makan kat mana ni? Husband aku cakap, check dulu la kat hospital baru g makan. Aku kata, makan la dulu. Dia kata, nanti lepas check la terus makan. Bukannya tau nak habis check tu pukul berapa. Ewah~~ Ladies... Dont trust your husband too much ok.



Rezeki kami, mungkin kerana cuti weekend yang panjang, maka tak ramai orang di hospital. Masa kitorang sampai tu, memang takde pesakit lain pun. Kami masuk, rilek-rilek terus jumpa nurse, terus boleh masuk check. Tak payah beratur tunggu giliran pun. Nurse tanya aku, kenapa datang? Aku pun tak tau nak jawab apa sebenarnya. Aku kelentong nurse tu macam-macam. Kurang rasa gerak la, rasa mengeras la, sakit sikit la... Apa-apa jelah alasan yang boleh buat dia nak check aku. Alasan tak strong kang, dia suruh balik pulak. Padahal aku rasa dia bergerak ok je, mengeras tu ntahla.. macam since forever je dia mengeras. Hahahaha... susah la nk explen bab mengeras bila dah sarat2 ni.



So, then dia buat ctg la scan bagai.. baby ok je. Doktor siap tanya lagi balik semula, kenapa datang ye? Hahahaha... Saja la datang doktor. Saja-saja nak jumpa uolls. Instead, aku ulang ayat-ayat aku kelentong nurse tadi. Mungkin doktor itu berdendam dengan aku. Mungkin dia tau aku kelentong, terus dia bagi ayat paling gerun. Ok, saya check bukaan ye. 'Kau ingat aku tak tau kau kelentong?' Kata doktor itu barangkali di dalam hati.



kemudian doktor cakap "4cm" dengan muka tak berapa kompiden. Aku syak doktor tu doktor pelatih, sebab dia muda sangat. Aku rasa macam naik biru jugak muka aku masa ni, sebab setau aku 4cm dah kena masuk labour room. Maigad. Aku tanya doktor balik, "kalau dah berapa cm kena masuk labour room?" Tanyaku saja gatal. "4cm lah" dia kata. huwaaaaaaaaaaaaaaaaa... aku nak balik! aku nak polok Fatihah puas-puas dulu! huwaaaaaaaaaaa... apa ni? Aku tanya doktor tu, "saya nak balik dulu boleh tak? nak hantar anak saya balik. Kami datang 3 orang tadi." Doktor tu pun cuak-cuak je, dia tak bagi, tapi dia macam kesian kat aku. Dia p tanya doktor senior. Doktor senior tu tanya dia balik pulak, betul ke dah 4cm? Doktor senior pun tak bagi aku balik. Aku nak sign surat pelepasan pun diorang tak bagi dah. Takut pape jadi on the way pasal bukaan dah 4cm.



7.57pm

Aku wasep laki aku bagitau bukaan dah 4cm, dah kena ready masuk labour room, diorang tak bagi balik dah. Sambil menahan sebak di dada. Dia pun apa lagi, kelam kabut la sebab nak kena hantar anak balik pastu nak kena datang balik semula. Mula la aku memeluk dan mencium anak dara aku nan seorang itu. Air mata tertahan-tahan sebak di dada. Apakah semua ini, mommy tak sediaaaaaa~~~~ Sebak sangat nak berpisah dengan dia masa tu ok. Dah la tak makan lagi, nak kena tahan kat wad pula, nak berjauhan dengan anak pula, selepas mommy balik ni, Fatihah dah ada adik, mommy tak boleh peluk Fatihah seorang sahaja lagi ok. Masa ni, sumpah sedih.




Di kala suami kelam kabut kena hantar anak balik, aku pun telepon mak ayah, ahli keluarga. Aku telepon kakak aku, tak angkat-angkat. Nak minta dia jagakan Fatihah malam tu. Last-last aku telepon pengasuh dia. Tido dengan pengasuh la dia malam tu. kalau aku berkeras nak dinner dulu tadi, takdela aku dengan suami kebuluran malam tu. nanti nak meneran lagi. Haish... See, dont trust your husband 100% ok. Kitorang pun takdela nak sangka bukaan sampai dah 4cm sebab memang takde sakit sangat ke apa ke..



Nurse bagi baju suruh tukar. Aku dengan sambil cakap telepon ngan mak aku, sambil-sambil tukar, memang lambat la proses tukar baju terjadi. Sampai nurse datang tanya kat bilik air, "Puan ok ke?" Hahhaha.. Aku tengah bergayut, toilet pulak kecik susah nak tukar baju. T__T  Aku dengar nurse-nurse tu cakap kat luar, "dah 4cm dah dia tu.." takut aku terberanak dalam toilet kot.



Dah siap tukar baju, nurse suruh duduk kat kerusi roda. Aku cakap, "saya nak jalan je boleh tak?" Baik betul nurse nurse malam tu. Diorang tak bagi aku jalan, "duduk je, takpe saya tolak. Awak dah 4cm tu..." "Tapi saya tak sakit..." "tak boleh.. takpe takpe..."

Tengok ni.. nurse sporting sangat malam tu siap layan selpie.
masa ni aku tengah kena tolak dengan kerusi roda. hakhak



Dah masuk bilik labour tu, aku sempat lg wasep family,kengkawan, amek gambar bilik labour room. Hahaha.. Macam bahagia je rasa nak beranak kali kedua ni. nurse tu cakap, nanti tak boleh pakai handphone ye dalam bilik ni. Aku cakap ler, nanti suami saya nak datang~~ buat muka kesian sikit, terus main wasep.

sempat snap labour room. hahaha..
Ketegaq sangat pesakit nih


Alhamdulillah...doktor perempuan yang masuk. Doktor India. A very nice lady. Dia belek buku merah aku, then dia cakap.. "Ouh...happy Anniversary to you".Tak lama lepas tu, ada doktor pelatih masuk kot. Dia suruh doktor tu wish happy anniversary kat aku. hahahaha.. Then doktor tu tanya, "you nak induce ke? Nak bagi sama tarikh dengan anniversary? "Mendengar cerita orang ramai tentang induce itu sakit, tak hengen la aku saja-saja nk incude. Sporting sangat doktor ni. Biasa doktor gomen, kalau takde apa-apa kan diorang akan cuba push untuk normal delivery semungkin yang boleh. Aku just cakap, 2nd february is a good date also.


Doktor tu tanya, "nak ubat tahan sakit tak?" AKu tanyalah.. "bukan epidural kan?" sebab dah 4cm tapi belum terasa sakit, so i think i can do this without epi. Doktor tanya balik. "You nak epi ke? ada another one yang tahan sakit cucuk kat peha. Tapi kena make sure cucuk before 6cm. After 6cm you dah tak boleh cucuk ubat tahan sakit". So, aku opt for that la. Kalau la dia tau aku tergolek sorang-sorang dalam wad sampai 8cm masa anak pertama tanpa bantuan ubat tahan sakit apa-apa pun.



Doktor check bukaan. Aku nampak kat tangan dia ada benda warna putih. I have noooo idea what is that, until lepas check bukaan, dia seluk lagi kemudian terasa air panas mengalir. ooo yeahhh... dia pecahkan ketuban rupanya. Nasib baik dia tak bagitau siap-siap, kalau tak mesti aku cuak. Lepas dah pecah air ketuban, dah cocok benda kat tangan tu, dah pasang ctg segala, barulah rasa this is it. Start 9.30pm macam tu la terasa dah contraction. Tapi masih bearable.


Masa doktor tu offer ubat tahan sakit tu, ada sorang doktor pelatih kat situ. Aku rasa doktor pelatih la. Aku rasa dia belum kawen pun lagi. Nampak muda je. Ntah la kot dah kawen muda. Tapi dia macam bagus~~ je cakap kat aku, "bagus, saya tak suka orang yang amek epi. Nanti dia tak tau bila nak meneran." Kalau betul la doktor tu tak kawen, tak beranak lagi, dipersilakan rasa dulu ye cik. Silap-silap dia cocok sendiri je epi tu.


Then, biasalah prosedur hospital kot suruh brief pasal merancang kehamilan. Doktor India tu tadi, suruh doktor muda aku syak pelatih itu untuk brief aku. Tup tup terus dia sebut pasal ikat. Aku pun mencelah la, "kalau ikat tu dah tak boleh beranak lagi dah kan?" Nurse yang ada kat situ pun marah doktor tu. "Doktor cakap pasal ikat? Dia muda lagi anak baru 2 takkan nak suruh ikat. Kan ada cara lain lagi." Terpisat-pisat la doktor tu.




Husband aku masuk around 10pm, kitorang masih boleh berborak-borak, mengingati peristiwa ulangtahun perkahwinan yang pertama di krabi sambil berpegangan tangan. aicewah, fefeeling romantik. Aku cakap kat husband, "saya masih boleh borak ni kira contraction tak berapa kuat lagi ni." Masa beranak anak pertama,  dia masuk labour room, aku dah full dilated tinggal nak push je dah. So, ni first time dia layan contraction aku la ni.

masa ni belum sakit sangat lagi. boleh plak lagi layan selpie dalam labour room. Sporting tau nurse pun main tinggal je kitorang berasmaradana dalam labour room.


Masa tengah layan contraction yang dah start kuat sikit tu aku macam terdengar nurse kat luar cakap darah patient ni kena ambil semula. Sebab tak sign ke apatah. Dia suruh doktor tu explain kat patient. Aku rasa husband aku pun dengar. Husband aku tanya, kenapa kena amek darah lagi? Doktor tu just cakap dia tak tau. Padahal aku dengar je nurse kat luar suruh explain. Lepas tu, husband aku kena tunggu kat luar plak. Doktor tu aku syak doktor pelatih jugak. Sebab sedap dia je cocok tangan aku tak dapat-dapat jugak darahnya. memula dia cocok belah kiri. Tarik masuk tarik masuk ewah sangat. Tak dapat. Dia pergi pulak tangan kanan. Tarik masuk tarik masuk pun tak dapat jugak. Nurse yang dok jaga aku tu masuk tanya napa tak dapat-dapat lagi darahnya. Dia bagi alasan kata vein aku kecik. Hello excuse me. Takde lagi nurse or doktor yang tak dapat tarik darah dari vein kecik aku ni. Pastu dia nak salahkan penghadang katil plak. Nurse tu turunkan penghadang katil tu, sekali cocok je terus dia dapat darah aku. Cepat-cepat dia pass kat doktor pelatih tu. Aku syak diorang tak nak doktor senior tau. Cocok darah pun tak lepas.


Ewah...banyak betul syak wasangka aku di kala melayani contraction kali ini.



Sambil-sambil layan romantik, sambil-sambil layan contraction. Tak sure contraction makin kuat pukul berapa, tapi aku dah start diam dan genggam tangan suami je dah. Sampai dah terasa benda di bontot macam dah nak terkeluar. Aku bisik kat husband, dah rasa kat bawah. Ntah la apa reaksi dia. Aku pejam mata tahan sakit. sempat aku monolog dalam hati, apsal dia tak bagitau nurse ni.Kompem la dia ni blur tak tau apa nak buat, maka aku jerit lah... Nurse~~ dah ada kat bawahhhhhh!!




Nurse pun kelam kabut la check bukaan, prepare nak sambut baby. Dia datang seluk, kata dah rasa kepala baby. Kali ni punya labour, aku macam tak perasan pun bila diorang suruh teran. Macam tak kedengaran yg diorang suruh push. Aku je yang pandai-pandai push bila dengar dia cakap dah full dilated. Pastu macam kelam kabut sikit masa meneran tu. Aku macam bukan dalam keadaan ready. Tangan sebelah masih pegang suami. Masa anak pertama, diorang dah pesan suruh letak dua-dua tangan kat betis siap2. Jadi bila nurse kata teran sikit lagi, pastu dengar dia cakap baby dah masuk dalam balik, aku tarik tangan aku from husband nak letak  posisi kat betis. Maybe sebab tu aku susah nak teran. Husband aku plak tak paham, tak nak lepas la plak. hahaha.. Jenuh. Aku rasa masa ni la yang menyebabkan aku koyak banyak jugak la di bahagian bawah itu, walaupun telah berazam untuk tidak mengalami sebarang jahitan. Huhuhuhu...


Push push push and splash... baby pun keluar. Aku bukak mata, tengok jam 1204. 4 minit selepas tarikh anniversary kami yang kedua, maka lahirlah a baby boy, kalini aku nampak jelas punai dia sebab doktor kata tak yah bukak contact lense pun takpe. Tak sempat kan nak bukak, tetiba warded.beg hospital semua dalam kereta.


masa nurse bidan tu jahit bawah tu, aku dengar dia ngomel... dia ni tak sakit ke? Padahal aku dok genggam tangan laki aku everytime aku rasa sakit. kalau aku menjerit adeh adeh adeh kang kena lempang plak nak nurse kang. Gahaha...


Masa bukak mata tengok jam tu, terperanjat jugak aku. Eh, kejapnya dah beranak. Dah bersedia mental dah nak sakit sampai esok pagi. Alhamdulillah. Pengalaman bersalin kali kedua ni mudah sikit.

selesai dah. selamat. kalini lepas bersalin aku rasa macam ok je. macam kuat sikit. 
bley selpie lagi.
masa first time dulu, aku dah melepet tak mampu tersenyum apa dah. memang out terus lepas bersalin.

masa ni husband kena tunggu luar. sempat plak dia snap




tadaa.... 9 bulan dah dia
 cinta hati mommy.
baik sangat mudah nak jaga.





Aku tak tau ada berapa watak doktor pelatih sebenarnya malam itu. Semoga mereka berjaya menjadi doktor terlatih 1 hari nanti. Apa-apa pun, terima kasih di atas khidmat anda. Semoga cemerlang dan maju jaya.


No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping out your thoughts...