Wednesday, October 25, 2017

Bayou Lagoon, Melaka. Day 1

(20 Oktober 2017)

Haritu kan aku kata dah aku nak stay kat Bayou Lagoon tu. Bukan apa. sebab teruja tengok water theme park dia. Anak dara tu plak memang suka kan nak main air. Anak sapa la tak suka main air ye dok?

So, bersempena minggu depan birthday 2 beranak itu, incik suami pun bertanya.. Mana nak bawak Fatihah ni? Sebab dia dah janji nak bawak swimming. Ini adalah contoh janji ditepati. Dah kabo, kena buat. Sapa suruh janji khaaannn.... Aku pun cepat je petik Bayou Lagoon. Incik suami ajak p PD. Tapi aku kata, kalau PD ada apa? kalau Bayou Lagoon tu dia boleh main air. main la sampai lebam. ok lah, cadangan diterima.

Terus contact number yang aku dapat through a friend. Dapat bilik Jakuzi, RM170 1 malam siap dengan 2 tiket water theme park. Terkunjat husband aku sebab dia tengok Agoda harga 2x ganda. Tiada berfikir panjang lagi, terus dia suruh book 2 malam. Jumaat petang2 lepas balik kerja terus bertolak ke Dont Mess with Melaka.


Late check in. Tp owner dia baik yamat je melayani kami. Sampai Melaka, kitorang check bilik dulu. Yang bestnya masa check in n check out ni tak payah kena go through kaunter nak beratur nak tunggu turn. Terus sahaja ke bilik. Bilik not bad. For that price, we did not aspect more lah... Peti ais ok. Ada iron, iron board,sejadah and extra Toto dalam almari. Katil besar, selesa kami muat 4 beranak. Tv Njoi tak dapat siaran sangat tapi takpelah, xkan nak duduk bilik tengok tivi plak kan? Tv ada USB, so kalau rasa nk  lepak bilik tengok tc, bawaklah external hard disk yang ada cerita. Tempat letak pinggan dia berkarat. Tapi pun tak apalah, kami tak pakai sangat. Oh ye, jangan letak sebarang benda di bawah aircond yang dekat katil. Situ kadang air turun. Terperanjat encik suami masa tengok ada air turun dari situ. Dah la kami letak beg  kat bawah tu. Tapi tindakan pantas dia menyelamatkan beg pakaian kami. Fuuuhhhh... [ni kes khusus untuk bilik kami tu la... bilik lain tak sure]

 Nescafe, gula, teh, tiket theme park semua dah sedia.

 Ada living hall. 
Boleh datang lepak ramai-ramai.

Room view 
 
 Pantry

 Room with jakuzzi

 Gambar full toilet harus ada

 Tingkap ni boleh main cak cilut dengan Jakuzi



Lepas dah dapat kunci bilik, kitorang terus menghala Alai. Nak makan kat restoran Cerana haritu lah... Terliur-liur terkenangkan ikan bakar dengan air asam dia haritu. Tapiiiiiii... al-kisahnya malam tu maybe sebab belum malam minggu, jadi mungkin chef lain yang bertugas. Sebab bila tanya ketam telur masin, dia kata chef malam ni tak masak ni. Maknanya dia tukar-tukar chef la kan? Menu yang kitorang order malam tu pun rasa dia kureng skit lah.. Rasa dia tak sampai. (dah kenapa macam komentator AF? ko nak sampai apa ni?) Pendek cerita, dinner malam itu tidaklah seindah kali pertama kami sampai di situ hingga bisa membuat kami terbayang-bayangkan nikmat yang tersampai di deria rasa hujung-hujung lidah kami ini. 

Cuaca panas.
Budak ni  putera lilin mana boleh panas.
Merengek, menggaru bagai berpeluh-peluh.
Bukak baju dia...


Sampai Melaka pun dah pukul 9 malam. Tengok bilik, cari Alai, tunggu  order,makan bagai, budak-budak dengan mak budak pun dah letih. Balik bilik semua tiduuurrr~~~


No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping out your thoughts...