(21 Oktober 2017)
Lama plak aku biar entri ni dalam draft.
Beli roti and jem siap-siap malamnya, kitorang breakfast dalam bilik je. Jadilah makan roti je buat alas perut.Kenyang jugak tu kalau dah sampai sebungkus boleh habis. Kalau rajin, boleh la keluar beli nasi lemak ke, apa ke kat luar kan... Tak rajin tu la masalahnya. Siap makan, tukar baju terus pergi water theme park!
masuk entrance theme park diorang suruh pose dulu.
nak skip boleh, nak layan je pun boleh
husband aku suruh layankan aje.
1 photo ni rm35 kalau tak silap.
Aidil takes time (realllyyyy takes his own sweet time) nak warm up dengan water park ni. Nak berpeluuukkk je.. Culture shock agaknya tengok apakah keramaian ini di dalam air ini? Yang kakak dia jangan cerita la.. Lepas aku tangkap gambar dia, baru nak slide2 gambar tengok balik lepas capture, tengok-tengok dia dah dalam air. Dah la pergi kat tempat dalam. Cemas aku tengok dia terkial-kial nak berdiri. Aku menjerit dah kat situ... Fatihah!!! Fatihah!! ... sambil cari mana apak dia ni pergi simpan barang dalam locker. Orang yang ada kat situ pun boleh tengok je. Aihh... geram plak aku. Tolong la oi angkat anak aku jap.. Ni tengah dukung anak sorang lagi, mcm mana nak bawak p tmpt dalam tu. Nasib baik minah tu jenis kompiden air dia tinggi. Masa husband aku datang sebab dah dengar suara bini menjerit macam tarzan ni, Fatihah dah pandai stabilkan diri. Dia tak bajet agaknya tempat tu makin dalam. Fuuuhhhh.. terbang jantung mak sekejap. Terus suruh husband aku simpan henpon sekali dalam locker. Nyawa anak aku oiii...
Selepas ambik gambar ni lah kajadian Fatihah tetiba ada dalam air nunnn dekat area bawah slide tu.
OK lah theme park dia simple n nice. Senang la nak control kan kalau bawak anak-anak kecik ni.
Slide colleseum
Ada slide yang kat colleseum tu, aku bawak Fatihah naik sekali. Hahahaha.. gila fun budak tu. Slide hijau sebelah dia pun aku bawak Fatihah naik. yang hijau ni aku berani pergi sekali je bawak dia sebab lantai bawah dia licin. Sebab aku pegang dia, nak tinggikan dia xnak dia tenggelam, balancing aku lari. susah nak berdiri, tangan plak tak available nak ampu sebab nak pegang anak. Aku pun terminum air, apatah lagi dia kot. Orang-orang kat situ tak membantu betoi la.. At least tolong sambut anak aku ke kan. Tak nampak ke aku tengah struggle nak berdiri sambil pegang anak. Ni kalau orang dewasa naik sorang or jenis balancing terer,ok la kot nak naik banyak kali. Tapi aku tak berani dah la lepas try sekali tu. dekat colleseum tu pun lantai licin jugak, tapi ok sikit kot.
Kalau nampak slide hijau celah2 collaseum tu
Bila benda2 tak elok jadi kat tempat2 macam ni, mula la saksi kejadian timbul. "Dia tidak sepatutnya membawa anak dia mandi di kawasan yang dalam",saksi kejadian memberitahu. Dah tu, yang kau tercegat je kat situ buat apa? Nak tunggu jadi saksi kejadian? Slide hijau tu memang aku naik sekali je.
Maafkanlah i menjadi mak emosional sebentar.
Ni slide yang kiri sekali
Aku tak pergi slide yang belah kiri sekali. Husband aku pergi, dia kata tak best. Tak best sebab sangkut. Kena tolak-tolak badan. So, aku pun malas la nak pergi try.
Most of the time spent time dekat area kanan sekali tu je.
Kids area.
Sebelum pergi, aku ada jugak baca review from internet. Ada yang tulis review, tiles dia ada few places yang dah tercabut and few places yang berlumut. Yang ni aku tak nafikan, memang ada. Dekat bawah tangga children slides (ntah la nak describe mcm mana lokasi sebenar dia ni), aku rasa ada tiles yang agak besar lah kawasan tercabut dia. Aku pun terpijak area tu. Sakit nasib baik tak luka. Husband aku luka kat kaki tak sure dia kena kat mana. Seluar aku tu tetiba ada kaler hijau... Dah maknanya aku tlg cuci sekali la lumut dia tu.. Lantai dia licin. So dekat kids area, walaupun tak dalam sangat memang tak boleh lepa la tengok anak. Pengunjung yang ada pun maybe tak sempat perasan anak kau sebab diorang pun ada anak sendiri nak tengok kan. Kalau nampak anak terkapai2 dalam air tu, pergi jelah selamatkan sendiri. Mungkin diorang pun tengah buntang bijik mata memerhatikan anak mereka tak sedar anak ko tengah terkapai.
Aku tak perasan, tapi husband aku cakap memang dah ada notis no life guard. So, ok lah. Aku nampak je ada staff yang berdiri kat few places. Tapi ramai sangat kot orang, dia pun mungkin tak perasan sangat apa-apa hal kejadian. Atau aku pun tak tau la apa dia perhati. Hahahaha....
Setau aku setiap Selasa dia tutup untuk pembersihan ke camana ntah. So, kalau nak rasa bersih, datanglah hari Rabu kot. Bahaha...
Lepas panas tengahari terpacak atas kepala, aku rasa bapak dia tak tahan dah, ajak heret anak-anak balik bilik. Apa lagi anak dara aku tu menangis-nangis la tak mboh. Aku pun sedih tengok dia tak ready nak balik lagi. Suruh apak dia naik bilik dulu bawak anak bujang, tak mboh plak tu.. OK la..
Nak pujuk Fatihah punya pasal, kitorang bawak dia naik ride-ride yg ada kat atas tu. RM3 per ride. boleh la ride asal boley. ada mini roller coster tu... Husband aku tnya orang tu boleh ke bawak Aidil sebab Fatihah dah beria nak naik. Dia kata slow je. Aku pun dah dia kata slow, siap henpon nak amek video bagai. Sekali amekkk kau.. Laju oi.. Jenuh nak pegang Aidil dengan kamera lagi. Nasib henpon aku tak tercampak. Kesian Aidil. Untuk kids tak sesuai ok roller coaster tu walaupun mini.
Sambung mandi dalam jakuzzi. Keluar bilik air, susu terus padam dua2 ketul tu. Sekali dengan bapak dia padam. Elok aku nak padam sekali, yang kecik tu plak bangun. Melayan dengan dia jela 2 orang sementara tunggu 2 beranak tu bangun.
Bangun dah petang hari, apalah lagi.. Masing-masing dah kelaparan. Terus food hunting. Memula ingat nak g makan asam pedas Kota Laksamana. Tapi sebab dia belum bukak lagi dan masing-masing dah kebuluran, laki aku plak kata nak try benda lain plak lah, dah baru 2 minggu lepas kan dapat asam pedas. Dia google (https://siraplimau.com/tempat-makan-di-melaka-kafe-sedap/) list2 tempat makan best kat Melaka. Then husband sajes jom try Mee Besen. OK lah, aku ok je memana.
Mee sedap
Kuah sedap
Cili kicap dia pun sedap.
A+++
Recommended.
Tapi sebab kitorang oder mee sup je, menu lain tak berapa nak pasti la perasaan dia macam mana kan.
Selepas berpuas hati dengan hasil carian google yang pertama, suami ajak menjejaki roti John pula. Memula nak try Puteri Erra Roti John tapi kedai dia tutup pula. Kata bukak pukul 6. Tapi masa sampai depan kedai dalam 6.05ptg, nampak gate sebelah dia je yang terbukak dan tak menampakkan ciri-ciri nak bukak kedai pun. Takde orang pun dalam tu. So, meneruskan pencarian ke tempat seterusnya.
Roti John Barkat
Tak sedap pun. Tak tau macam mana masuk list. Hahaha..
Malam tu kitorang bawak budak-budak naik beca. Fatihah pilih beca Hello Kitty. Adik dia plak cuak semacam. Berpeluuukk jeeee. Apo takut benar kau jang dengan Hello Kitty tu. Dulu masa bawak Fatihah, dia takut-takut lagi. Ni adik dia plak yang takut. Tak ingat plak berapa ringgit 1 trip tu. Kejap je pun pusing. Tak pergi mana la sangat. Lepas tu balik bilik dan tidur.