kah kah kah kah kah kah...
kah kah kah kah kah kah...
kah kah kah kah kah kah...
Tertawa dulu baru masuk intipati ceritanya.
Ketawa biar puas dahulu agar tahu yang bicara tidak seperti lakunya.
kah kah kah kah kah kah...
kah kah kah kah kah kah...
kah kah kah kah kah kah...
Ceritanya, bangun pagi Sabtu kesiangan. Diselimuti kabus pagi, gelapnya tirai jendela menutupi cahaya mentari pagi. Memeluk bantal kesayangan seolah tidak bisa berpisah buat seminit dua lagi. Akhirnya kesiangan terus.
Baru semalam memasang cita-cita mahu segerakan graduasi kelas jahitan, hari ini ponteng lagi. Minggu lepas tidak kepergian gara-gara hadiri acara sanding teman rapat. Teman yang katanya dia tidak akan kahwin. Teman yang diam-diam menyulam cinta. Dan akhirnya tiba-tiba saja mengkhabarkan berita pertunangan dan akhirnya selamat dinikahkan minggu lepas.
Namun ini bukan cerita tentang dia. Ini cerita tentang aku. yang kalah pada cita-cita dan angan-angan. Kalah pada kesiangan. Ahh... tebal mana azamku ini?
Hari ini diisi dengan sibuknya memunggah semula barang-barang di dalam bilik kecil ini. Mahu melupus barang-barang yang tidak diguna. Memunggah kotak-kotak yang tidak diingat apa isinya. 3 plastik besar sampah sudah terhasil. Masya-Allah. Apalah yang menjadi simpananku selama ini.
Perjuangan mengemas, memunggah dan membuang masih belum sampai separuh jalan. Masih in progress. Entahnya bila pula boleh selesai. Semak kepala dengan barang-barang yang entah apa-apa di dalam bilik ini.
Beberapa kenangan juga telah dibuang. Beberapa foto bersama dia jua kubuang. Hati kata jangan. Namun nasib baiklah tangan dan otak bersatu, lekas-lekas saja foto-foto itu dimasukkan ke dalam plastik sampah itu. diikat kemas, dah sudah selamat di tempat buangan sampah. Foto kenangan yang pernah menjadi tanda cinta telah menjadi sampah.
Bersama kenangan yang aku buang itu, aku sertai beberapa penyesalan akan kebodohan dan dangkal pemikiran ku dahulu. Agar ia sama-sama terbuang jauh.
Ibu bapa hadir disini hari ini, Rumah dipenuhi manusia. membuang jauh sepiku sendiri disini. Esoknya bakal menghadiri satu lagi majlis perkahwinan. Majlis yang dimana belum tahu bila pula rezeki aku untuk dihadiri tamu pada majlisku pula...
~Ayat-ayat aku dah jadi ayat-ayat novel sastera pulak. Tunggu hati jadi gembira semula untuk hasilkan entry 3 suku seperti dahulu~
bila mood sensitif tiba bab kahwin ni mmg emosi xboleh nk control. ayat mmg sastera abis.
ReplyDeletemungkin juga bakat terpendam. kah kah kah....
ReplyDelete