Tuesday, December 13, 2011

Ombak Rindu




Saya telah menyaksikan filem tersebut and this is my review.

Ini adalah hasil daripada pandangan dan pendapat saya. Saya sedar mungkin ramai yang tidak bersetuju, tetapi sekali lagi saya katakan, ini adalah from my point of view.

1. saya rasa watak Maya Karin adalah sangat tak sesuai dengan dia. I would vote for Fazura instead. watak perempuan kampung yang mengaji slang Jerman, lalu menjadi guru mengaji untuk kanak-kanak. Slang dia memang betul-betul potong. Tolong jangan ambil dia berlakon watak perempuan kampung lagi kalau dia masih belum brush up skill pertuturan dia. kamon....Asyraff Sinclair pun dah boleh cakap total Bahasa Indonesia, takkan Maya Karin tokleh. ye dak?  ada tengok Cinta dan Anugerah? Macam tak percaya itu Asyraff Sinclair habaq hang...  Cuma yang boleh dipuji adalah Maya Karin menggunakan suara sendiri dan mengaji sendiri menggunakan suara sendiri. 

2. Lisa Surihani. saya tak nak cerita panjang-panjang. tapi rasanya dia ni a total joke in this movie. satu wayang gelak bila ada part dia nak mengamuk sakan. Samada brush up skill or ganti with er...er...err... Fazura jugak? hahaha... cant come up with a name rite now. Even dia memang ditakdirkan untuk menjadi watak antigonis (kata mereka), rasanya tak perlulah nak kena pakai baju pun nampak bahu, make up  kena tebal-tebal. kan? kan tak?

3. Azizah mahzan over. Patutkah tergedik-gedik enjut-enjut bahu setiap kali berkata-kata? Macam tidak perlu bukan? Hahahaha.. entahlah. dia juga bangga tunjuk dada dan satu wayang bunyi woooo~~~ masa first scene dia keluar. tengok sendiri la tak nak hurai lebih-lebih.


4. slot cerita ni, aku rasa (ehh....aku plak? tadi saya... antigonis betul!) macam main tampal-tampal. kalau tak percaya, cuba tengok betul-betul. macam sikit sini, sikit sana. pastu sikit sini lagi, tetiba sikit sana pula. kesinambungan cerita itu tak smooth la. mungkin alasan dia sebab novel nak dipack-kan kepada 2jam movie adalah terhad. so, they should work for it lah kan. means, duduk berbincang dan make it happen. kalau perlu sequal (eja pun tak betul), then sequal it should be. Lagipun, bukankah memang hendak buat sambungan cerita itu, tapi bukan berdasarkan novel itu lagi? Kalau betul, aku rasa penulis novel tu boleh saman kot. sebab Ombak Rindu adalah hasil tarikan peminat-peminat novel 1 Malaysia. atau adakah Aaron Aziz yang telah menarik-narik kami a.k.a aku ke pawagam? kah kah kah... teruk betul aku ni. setakat ni semua komen negatif aje.

5. adegan ranjang? entahlah. adegan dia takdelah over sangat, tapi it still is la kan. Banyak pula scenenya... Adegan ranjang yang pertama tu saya tak faham sebenarnya. Siapa yang rogol Izzah dulu. Adakah tokey cina hensem siapakah gerangannya tersebut, atau adakah Abang Aaron? please tell me. Kalau tengok imbasan Izzah masa Aaron Aziz ketuk-ketuk pintu bilik air Izzah, pun boleh konfius, pakcik dia pun dah pernah cabul dia ke apa?

eh.. mengapakah saya belum sebut tentang Aaron Aziz? pelakon utama lain dah sebut.. ha... ni nak masuk part best of my review for this film.

6. Aaron Aziz hensem. no doubt of it. har har har. gelak sekarang... Okeh, di samping wajahnya dan bodi dia yang memukau itu, lakonan dia memang superb. Kalau tak caya, g tengok and komen balik kat saya.

7. Bront Palare juga kadang-kadang nampak hensemnya dalam cerita ini. Lakonan dia yang bersahaja saya suka. Rambutnya nampak cantik  lembut beralun. Apakah rahsianya???

8. yang paling terkesan pada saya dalam cerita ni, adalah lagu Hafiz and Adira. Lagu dia memang best. Itu sahaja.

Dalam setengah jam pertama, saya masih cuba untuk bersabar. Namun selepas itu, saya rasa bosan dan berharap agar cerita itu cepat habis. Stuck di dalam panggung kerana tiket sudah bayar, sayang hendak keluar separuh jalan. maka layankan sajalah.

The End.


Saya memang betul ingin memberikan sokongan pada filem-filem tempatan. Tetapi, setelah menonton Ombak Rindu dan beberapa filem lain, saya rasa, kita tunggu hari raya nantilah kalau-kalau dia keluar tv. Kalau tak keluar pun takpe, pergi ngaji lagi bagus. tapi jangan cari cikgu ngaji slang Jerman.


Mari tunggu filem ini keluar. Nampak touching dan pengisian yang bagus.. ni baru OMBAK yang menginsafkan dan menyedihkan...


5 comments:

  1. sebab tu aku tak pernah terlintas nak ajak laki aku tgk ombak rindu eventho aku suka gilak bc novel ni dulu.

    sebab aku xnak kena tipu dgn preview dkt tv.
    hahahahahahha

    ReplyDelete
  2. aku xbaca pon novel ombak rindu..
    nak tgk wayang..
    sket tade excited..
    pasal aaron..
    aku xbape minat dia..
    erm.. entah..
    sme dok ombak rindu jekkk..
    aku kena layan anak.. hahaha..
    *tapi.. rasa nak tgk gak a..
    nak kena beli novel dulu kah??

    ReplyDelete
  3. shem:
    bukan saja preview di tv yang menipu, malahan berpuluh-puluh komen orang, and wawancara radio pn tipu juga. lupa pula, bila dijemput artis yang berlakon dalam cerita tu, mestila artis tu cakap cerita tu best.. ye dak?

    motchisuki:
    aku rasa ada baiknya ko tgu dvd cetak rompak atau tunggu dia keluar kat tv je. kalau nk beli novel dia, pastikan ko ada masa untuk baca. anak dah 3 kan? hahaha

    ReplyDelete
  4. aah mestilah kan dia nk promote filem dia utk dia dpt income.

    aku paling teruja tgk wayang bila keluar cite katun, harry potter n pirate. cite lain jrg sekali. hahahah

    ReplyDelete
  5. itula... nak tgk drama..
    yg org dok tgk ari2 pon susah..
    haihhhh...
    jelesssss jekkk...

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...