Friday, December 2, 2011

1433 Masehi

Serasanya... tiada apa lagi yang tinggal buat aku di sini...

Misi tahun baru ini, di tahun baru Maal Hijrah ini, pada 1433 Masehi ini, aku mahu cepat-cepat habiskan apa yang perlu dipelajari di kelas jahitan. aku mahu rajin-rajin ke kelas. aku mahu rajin-rajin ulangkaji di rumah. aku mahu rajin-rajin terima tempahan buat latihan kendiriku. Harus belajar berkorban dengan godaan masa sekarang demi sasaran masa hadapan.

Kemudian nanti, insya-Allah bila segalanya selesai, segalanya di dalam genggaman, kemahiran sudah seolah memetik hujung-hujung jemari, aku mahu pulang ke tempat letaknya ayahanda bunda ku. Mungkin meningalkan kota yang sudah tiada apanya bagiku lagi disini. 

Semoga pabila teringatkan sasaranku ini, cita-citaku ini, aku akan lebih bersemangat untuk membawa diri ke kelas, menghabiskan pelajaran. Semoga aku lebih bersemangat untuk menyudahkan tempahan. Semoga aku lebih bersemangat menghasilkan pakaian-pakaianku sendiri. 

Itu azamku untuk tahun baru ini. 

Insya-Allah....

2 comments:

  1. wahhh plan yg sgt berat.
    meninggalkan kolumpo yg penuh kenangan.

    ktia hanya merancang slbhnya Allah menentukan. moga yg dirancang akan tercapai. moga jauh mana pon ko kita masih berhubungan.

    ReplyDelete
  2. banyak sgt kenangan aku kat sini.. mungkin meninggalkan lebih baik untuk aku... wallahua'lam...

    kita hanya merancang, namun Dia lebih tau... mana tau tetiba aku tersagnkut dgn org KL lg kan. kih kih kih..

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...