Pagi tadi sedang bersiap-siap untuk ke pejabat sambil pasang tv9, rancangan Tanyalah Ustaz. Ustaz kata bersabar dengan ujian. mungkin akan dihadiahkan sesuatu yang lebih baik. Selepas ribut menjelma, akan dihadirkan pelangi selepas itu.
Aku yang sedang bersiap sambil menghadap cermin cuma mampu tersenyum.
Sedang bersiap-siap menatap cermin yang membelakangkan tingkap bilik, yang tirainya telah ku buka untuk membenarkan cahaya masuk.. Sambil ustaz berkata begitu, dah setelah aku tersenyum, cahaya matahari memantul ke cermin. makin lama makin cerah. Jujur aku katakan, belum pernah terjadi sebegitu...
Entah mengapa tiba-tiba hati jadi tenang. Seolah aku diusap dan dipujuk. Seolah diberitahu akan ada sinar di sebalik semua ini. Sukar digambarkan perasaan aku tika itu.
Aku tersenyum dan bersyukur akan ujian-Nya.
Moga ada pelangi selepas ribut ini. Yakin ku pada-Mu, Tuhan...
Hikmah dan barakah hari Jumaat...
No comments:
Post a Comment
Thanks for dropping out your thoughts...