Sebagai manusia biasa, terutama sebagai seorang wanita, adalah tidak baik untuk membiarkan seorang wanita itu berada dalam stress yang berpanjangan. Ini boleh membawa kepada banyak kesan buruk kepada sesebuah institusi, samada di dalam syarikat atau institusi kekeluargaan. Paling parah adalah dalam institusi kewangan.
Tak tahu mengapa, tetapi terapi shopping a.k.a membeli belah sangat berkesan bagi wanita-wanita yang mengalami masalah stress berpanjangan ini. Shopping sakan akan terjadi walaupun dalam keadaan yang kekurangan wang. Bahaya. Isu ini harus bijak ditangani dengan segera.
Sekiranya anda merupakan seorang lelaki dan mempunyai isteri, pastikan anda memberikan tumpuan dan kasih sayang yang mencukupi kepada isteri anda. Jika tidak, dia akan stress. Bila stress, wang jadi taruhan...
Maka... sebagai seorang wanita yang lemah, maka aku turut terjebak dalam sindrom ini. stress dan perlu habiskan duit ke jalan yang tidak benar. Tapi pada tika dan waktu itu, memang terasa sangat kebenarannya. Get what im trying to say?
Selama ni aku usha je blog and facebook Al-Humaira' Contemporary dari jauh. Model dia cantik amat. Bila dipakaikan shawl yang sangat vah vah davoom gitu, memang lagi nampak cantik la. Memang pandai dia menggugat iman aku yang memang tak kuat ni. Tapi kerana level stress tak berapa nak tinggi, maka aku dapat kawal lagi tahap kegugatan-ku itu.
Sehinggalah di suatu hari yang dingin, stress level capai tahap pundaknya. wahh... sasterawan sangat perkataan ni.
Maka, tanpa segan silu, i roger kawan i.
"Beb... shawl ni lawa kan?" a.k.a facebook, siap copy paste link kat wall dia. Nampak tak gigih di situ?
"Aku nak pergi nanti. Ko nak yang mana?" Vah vah... level stress dia juga sedang tinggi nampaknya. Hahahaha... Maka kami sambung perbualan di wasap.
Setelah difikir-fikirkan, kami pakat akan roger besok hari dulu. Tengok macam mana dulu.
Esok harinya, stress level aku masih belum berkurangan. Maka pagi-pagi aku roger Ika semula.
"Beb.. aku tak g kelas. Jom?" Kantoi di situ tak pergi kelas kan? Owh... cikgu best aku dah lari. T__T
"Ok. kasik aku mandi dulu. Nanti dah siap aku bagitau."
Hahahahaha... Nikmat bila punya kawan yang sebegini. Tak payah fikir panjang. Tak payah banyak alasan. Bila stress level sama tahap, masing-masing tak perlu dibawa berbincang. Maka di suatu pagi yang gila, kami pun terus ke Al-Humaira' Contemporary di Kota Damansara, membawa jiwa stress sama level kami bersama-sama.
Dan bermulalah episod jiwa lara tak ketahuan hala.
we are aiming for this.
shawl FREYA
lihat.. cantik kan model dia dengan apa kaler sahaja pung?
aku rembat kaler ini, kemudian perasan nak lawan model dia.
muahahaha...
jauh ketinggalan. T__T
RM69 sepasang. I is no banyak money, so I amek sehelai sepinggang aje. Ika amek 2 sebab dia kaya. *Jeles*
Tapi kemudian kami singgah gulatis. Beli kain pula! Owh no!!!!!!!! Hahhahahahahahahha
Kami stress dengan kehidupan. Sesiapa lagi yang berminat untuk mengurangkan stress level mereka, boleh juga melayari https://www.facebook.com/alhumairacontemporary atau di sini http://www.alhumairacontemporary.com/. Al-Humaira' Contemporary juga melayan wanita-wanita yang tiada masalah stress...
Sekian, terima kasih.
stress pulak aku nengok regenya tu..
ReplyDeletehahahahahah
ko punya stress level belum capai tahap tertinggi tu.. bila dh tinggi, ko tak nampak dah harga dia. hahaha
ReplyDeletestress aku sebab mahal sangat.hehehe..aku jua stress tapi takde langsung chance nak hilangkan stress macam tu..camne haaa?
ReplyDeletedd..
ReplyDeleteko ada anak 3. agak2 stress, ko peluk diorang ketat2, com, gomol2.. tgk diorg senyum n gelak mesti cair hati ko. Aku nak gomol sapa? hahahahhaa
aku stress jugak kadangkadang.diorang asek nak aku je..hahahaha
ReplyDeletehahahahahaha...
ReplyDeleteok.. komen ni kelakar. hilang jap stress aku. hahaha