Tuesday, July 16, 2013

Cuti Wesak lepas (Part II)


Part I

Cuti wesak adalah pada 24-May. Tetapi hari ini sudah masuk bulan 7 a.k.a bulan Julai. Penceritaan Part II masih di takuk lama. Maka mari sambung... 


25 May 2013

Hari Sabtu kami telah diajak secara berjemaah oleh ayahanda bunda untuk menghadiri kenduri orang-orang yang kami tak kenali. Mula-mula omma yang pujuk pergi kenduri. Katanya "pergi yang dekat ni je~~~... yang jauh tu tak payah la pergi." Kata omma memujuk. Memikirkan aku pun tak rajin mana nak masak, maka setuju saja dengan cadangan omma, janji makan tengahari beres. Tapi appa ligat otaknya. Dia terus heret kami pergi kenduri dekat Yan sana. Nama pun naik 1 kereta. Kenyang makan kenduri pertama, aku terus tido tak sedarkan diri sehingga bangun celik mata tengok "SAWAH!!!" Aku anak bandar memang jakun sikit. Excuse me~~~

Maka crime partner, adik aku-pakcik Yo- and me dah terkinja macam hapa je dah nak jugak bergambar tepi sawah! Nasib baik rumah kenduri tu, seberang rumah dia je ada sawah. Lepas makan, kami terjah!!! Keh keh keh... Saksikan banjiran pictures dari kami yang jakun sawah. Homaigod, ya Allah!! memang dah lama kempunan nak bergambar dengan sawah. Kalah rasa nak bergambar dengan Hans Isac. Kalau boleh nak mintak autograph dengan sawah sekali.

amek dari dalam kereta. ni tahap dah tak sabar nak melompat keluar kereta nak amek picture sawah.

crime partner a.k.a adik aku yang poyo konon Hero Remaja.
kenalkan.. Pakcik Yo.
kami juga paggil dia 'tebu'.

ehem... gadis kampung habis la konon tu kan...

kat rumah kenduri. i am so very the like suasana rumah kampung macam ni.
baru rasa macam balik kampung.

kami yang jakun ini haruslah paksa kanak-kanak bergambar dengan jentera.
budak dalam rumah tu cakap..
"weii.. tu kami punya la.."
elleh... dekut! nak amek picture ja punnn...
tangkap cepat2 kemudian lari cepat2. hahaha

as you can see, sawah tu tak berapa nak hijau. tapi pada tika dan saat itu, cukuplah buat kami yang tahap ketagihan lagi jakun akan sebidang sawah. Balik dari kenduri, sambil ayah drive melalui tepian sawah-sawah nan menghijau yang lain, aku dan crime partner masih terjerit-jerit kekaguman dengan sawah yang semakin nampak menghijau dan terbentang luas. 

"Uiyooohh... ni amek gambar ni cantik ni!" 
"Uiyooohh.. hijaunya sawah dia" 
"Tengok sini... cantik gileee". 

Mungkin tak tahan dengan keletah beruk-beruk ini di dalam kereta, mommy minta ayah berhentikan kereta. "Abang.. berghentilah.. depan nak amek gambaq nu.." Tak cakap banyak, tetiba daddy berhenti. Kami yang takde berapa nak panjang akal lagi dah, terus lompat turun kereta. sadly, daddy n mommy redha je tunggu dalam kereta. Kalau tak leh la buat family potret tepi sawah. More jakun picture. Ngeeee....

baru terlepas keluar dari kereta.
lihat bebudak 2 orang tu dah lari sampai ke hujung sana.


gumpalan picture. tak larat nak upload satu-satu.


I love this picture.
Like we are buddies for life!
whether you like it or not.
Hahahaha...


26 May 2013


Went home and craving for this. Sudah request semenjak seminggu sebelum pulang lagi. Nama dia Gulai Tempoyak apatah. Nama pun tak sure tapi memang sangat suka request pada omma setiap kali pulang. Iye.. Kalau boleh setiap kali pulang mahu omma masak ini. Air tangan omak sendiri memang molotup la kan. Apo namo masakan pun den tak tau, tapi ini memang masakan orang nogori. Resepi original arwah nenek katanya~~~


Adik laki i pula craving for mommy masak kicap. Air tangan ibu tak sama katanya... (We call him 'tebu' for some reason). Pagi Ahad itu, mommy masak dua-dua sekali. siap tapau bungkus bawak balik KL okeyh! Hahahaha.. kasih ibu terhadap anaknya.


Bahan-bahannya

Hasil akhir


Bila dan kenyang, perut dah senang hati, nak heret diri back to Kuala Lumpur bukan mudah. Dari pagi, drag ke tengah hari, drag ke petang, drag ke senja.. Kami bertolak dalam pukul 7 lebih kalau tak silap and stuck in traffic jem along the paid highway. T__T


Goodbye Sungai Petani.
Raya  nanti pulang lagi...
insya-Allah..




1 comment:

  1. Ngehehehee...
    Umah mak mertua aku..
    Dkt ngan sawahhh..
    Jemput dtg..

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...