Tuesday, October 14, 2014

#35 minggu 3 hari


flashback. throwback. balingbelakang.




29 september 2014

Hari isnin itu mommy bizi. Bizi di opis. Biasalah orang bajet bizi ni mana ingat benda lain dah. Ingat dia sorang je ada kerjaya dalam dunia ni. Ke sana ke sini, ke hulu ke hilir macam bizi sangat. Macam.. eh eh... pehal banyak keje sangat ni, tau-tau dah petang. Aaaa... bajet sikit macam orang penting padahal henpon masih depan mata, whatsapp masih macam 'kau takde keje ke?' Bila dah bizi macam tu, tiba-tiba petang macam tu, tiba-tiba macam baru teringat ada orang dalam perut. TIba-tiba je teringat macam, 'eh eh budak ni biasa bergerak sampai tersenget-benget perut ni, harini ada gerak tak?'

Biasa lagi petang lagi dia aktif. Maka telah tak kira movement, maka cuak ah apalagiii... Terus telepon hubby, dia kata lek aaa.. g solat dulu. solat asar + maghrib kat opis. Balik terus pergi checkup kat swasta.

Masa jumpa hubby, baby dah melompat-lompat. Hati dah lega, tapi sebab husband nak outstation ke Perlis, dia suruh pergi je check. so kita boleh tau berat dia berapa, ok tak dia, position macam mana... eh eh, dah macam doktor plak laki aku nih. Maka kami pun pergi ajela check swasta lalu mengscan budak ini. Alhamdulillah dah ligat aktif gerak-gerak. Maybe aku tak perasan. Maybe sebab bizi sangat konon. Maafkan mommy.

Tapiii, doktot cakap baby macam kecik sangat, growth ok tapi berat kurang, 2.2kg katanya. Apa pasal ntah tak ingat, dia suh g buat ctg scan. ok lah, kami yang naif ini pergilah ke HKL dengan buku merah tulisan doktor minta buat ctg.

Bila pergi HKL, jumpa seorang nurse cantik yang entertain registration saya. Nurse cantik tapi kerek. Hek eleeee.... Tapi nurse lain baik-baik aje... Doktor pun  baik. Bila check doktor, doktor kata ok je... dia scan dapat baby 2.4kg. should be ok. Ntahla, as long as doktor cakap baby ok, mommy fine already aje. Dah hepi, ingat boleh balik lepas doktor cakap baby ok, tiba-tiba doktor cakap, kita ward la ye, tengok progress baby.

Aku rasa muka aku terus berubah, takde darah kat muka. Muka yang berhidung kembang ni pun rasa makin sememeh je. Tetiba sayu. Takmooooo tido sepitaiiiiiiii~~~ Tengok muka husband yang tunggu kat depan, memang dah tahap nak menitik air mata. Aku tanya doktot, tak nak warded boleh tak? Lepas tu doktot tu panggil boss dia. Boss doktot la kira kot. bos doktot pun scan-scan baby... pastu dia tanya-tanya.. pastu dia kata ward. OHMAIGOD. Lagipun doktot kata sekarang ni macam-macam sangat kes.

Doktot kata boleh kalau tak nak warded tapi kena sign surat perakuan la kata hospital tak bertanggungjawab kalau pape. Aku pujuk husband kata nak sign surat, husband pulak pujuk aku ward ajelah.. tido 1 malam apa salahnya. Guess who win?  T__T

Maka di keheningan malam, di kala perut kelaparan kerana bajet lepas checkup boleh dating makan malam ngan husband, aku pun pasrah di wardedkan.

Tengah-tengah malam, ur daddy datang hantar beg baju salin lengkap tuala yang mommy tak listkan tapi akhirnya mommy tinggalkan di hujung kepala katil hospital T__T. Datang hantar makanan serta bantal kesayangan mommy. Macam nak mintak dia tinggal di situ juga sekali. Tak boleh ke nurse?



30 september

Bermula round check kat setiap katil. Ada doktor india tu tanya, Movement dah cukup 10 kan? kenapa dia warded? Aku pun macam nak nyampuk jugak jawab, ha ah doktor, kenapa warded saya? Hahaha... tampar sedas baru tau. Jadi, doktor lain tolong jawabkan, slow fetus movement. OKlah, dia just suruh rekod pergerakan baby. dah cukup 10, boleh discharge. Maka, itu adalah hari paling cargas aku mengira pergerakan baby.

Ada sorang doktor tu datang kata, kalau akak nak balik awal, sekarang pun dah boleh start count. tapi kena stop within 12 hours tu la. Aku senyum terus start counting. Start kul 8.10 pagi.

12.30 dah mintak keluar. pukul 2 lebih dapat discharge.



2 comments:

  1. memula tgk tag tu, mcm kenal.. sy dl wad tu gak la, MH3A..sbb semua katil penuh, yg kosong wad tu je..

    moga awk n baby baik² je ye..

    ReplyDelete
  2. tq MizzTina~~
    harap2 kami baik-baik sahaja. sedang menghitung waktu dan detik ni...

    ha ah.. kalau HKL, memang tengok mana wad kosong je. itu pun syukur ada yang kosong. tp best jugak, dpt jalan2 sembang ngn org lain. haha

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...