Friday, June 10, 2016

Baby Car Seat

Masa Fatihah lahir, aku takde kelam kabut pun nak cari baby car seat. Adalah tengok-tengok survey2 gitu-gitu je sambil sambil lalu beli barang baby yang lain.  Tapi takdela terasa nak beli sangat. Mak pak aku anak berderet 7 tak pernah ada  baby car seat. Abang aku pun anak dah nak masuk 5 pun tak ada baby car seat. jadi aku antara tak tau la nak pakai baby car seat ke tak.

Yang jadi kelam kabut nak beli just sebab ura-ura gomen nak wajibkan baby car seat tu. Aku rasa macam tak berapa nak praktikal kat Malaysia sebab kereta Malaysia ni kecik-kecik. Orang putih pun manade beranak ramai-ramai sangat. Ko p tengok kereta US, Uk and negara-negara yang mewajibkan baby car seat ni.. Luas kereta diorang. Kalau anak 4 berderet kecik-kecik macam mana nak selit baby car seat, mampu pakai Myvi je? Harga kereta kat malaysia ni pun boleh tahan bedebah dia...  Ko p oversea, kereta 2nd hand boleh dapat 4-5ribu cash and carry. Macam beli mesin basuh je kat Malaysia ni. Tapi jangan convert plak eh.. Pakai currency diorang lah. Pendapatan diorang. Ko debat kat sini lepas convert apa bagai, memang aku kalah. Cuma nak nyatakan, kalau ko kerja kat sini, pendapatan RM dan kereta in RM, memang sakit la bak hang. -satu hal plak aku nak xplen benda ni. harap hangpa paham -

Masa tu jugak ada sorang member opis aku kata nak bagi baby car seat. OK lah, orang nak bagi, kita terima ajelah. Cuma memula tu macam skeptikal jugak aku sebab dia mention nak cari yang 200 below. Huhuhuhu.. terus aku rasa nak mintak duit je, biar aku beli baby car seat elok terus. Aku ni jenis yang kalau membeli, nak beli yang elok terus. sekali belanja je. Kalau tak, dia dah besar sikit lagi kang, nak kena beli lain pulak. Ini pun salah satu sebab kenapa kitorang dok survey baby car seat ni.




Ni yang dapat hadiah..
Sebab dia dapat pun dah besar sikit, so nampak macam dia tak berapa selesa dalam tu.
Baby car seat ni sesuai untuk baby jelah. Dia ni dah toddler.


Masa survey tu, taste tak nak kalah aku ni, berkenan la pada brand Britax. Kita bukan hanya mahu baby car seat. Kita mahu baby car seat yang selesa. Macam kesian je kat dia, dah la kena paksa duduk car seat setelah sekian lama duduk di ribaan mommy, car seat tak selesa plak tu. ewahh.. alasan. Napsu serakah kebendaan mommy memang tak dapat dibendung. Survey  kat Manjaku brand yang takde brand pun aku pandang sebelah mata je. hati langsung terpecah-pecah tak mau tengok pun kalau boleh. Tapi aku layan je suami aku, sebab dia kata.. xyah la mahal-mahal... aku rasa berbaloi je beli mahal sebab anak pertama. Anak 2-3-4 nanti pakai yang tu je.. aaaaa... kan kan?

Rakan aku yang baik hati pun meminjamkan aku seat Britax dia. and aku sangat puas hati tengok Fatihah duduk, tidur selesa dalam tu... So, aku pun dah meroyan ke Britax ni. Member aku tu pun membantu la aku survey pasaran luar dan dalam negara, mana boleh dapat murah. Haritu aku lambat order dengan Barang Murahuk, habis terus offer dia. Lambat ke, takde model yang aku nak ntah. aku pun tak hengat.



Ni masa pinjam Britax kawan aku.
Nampak dia selesa kan?
Mak nyer pun terus meroyan nak beli Britax.

Masa tengah dalam pantang kan takdo kojo, kojo tengok henpon, tengok baby, tengok tv jo.. Jadi aku scroll balik page Barang Murahuk. Tengok-tengok ada diorang iklankan baby car seat Ferrari ni. Amboi ewah... anak naik Ferrari... 

Diskasen ngan hubby, memula dia reluctant jugak. Iyolah, isu dia masih kepada harga yang mahal. Tapi bila dah p sevey-sevey lagi yang murah sikit memang nampak kurang keselesaan dia tu, maka dia pun bersetujulah. Dia pilih yang ada isofix. Aku plak kata mahal. Hahahaha.... Last-last pilih yang Group 0-1 yang kat bawah tu. Aku pilih kaler merah. Nak pilih kaler pun boleh bergadoh laki bini. Laki suh pilih kaler hitam. Tapi merah murah sikit. Pastu dia suruh aku basuh kalau kotor. Malas nak layan bibir juih laki, biar aku je yang juih bibir, aku pun amek la kaler hitam. RM159 tau beza harga dia. Cis betoi.





Pasai lepas servey-servey memang tak dapat harga ni kat kedai baby Malaysia ni (g sevey kat 2-3 kedai je pun~~), maka kami berpendapatan harga car seat ni dah jauh murah sangat untuk brand ini. Kena tunggu shipping pun berbaloi pasal aku kan tengah coti pantang. Bukan nak p mana-mana lagi.






First time jalan jauh bagi dia duduk dalam baby car seat ni. Nampak dia selesa. Aku pun selesa sebab nak pegang baby sorang lagi. So, takdela aku kena kawal dua-dua orang sekali. Bila dia tidur dalam tu pun rasa selamat dan nampak selesa.

Fatihah pun baik je duduk dalam ni. Kitorang takde ajar dia duduk car seat dari baby. Tapi  masa bagi dia duduk 1st car seat dia tu, dia ok je. Nak je duduk. Alhamdulillah... baik sangat budak ni. Adalah masa dia meragam... If duduk lama sangat pun dia penat. Aku bukak jelah, tukar tempat dengan adik.

Jadi tuan-tuan dan puan-puan,
carilah baby car seat yang selesa untuk anak anda.

Sekian.






2 comments:

  1. yayyy..boleh komen.

    aku pun selama ni tak pernah amik port bab carseat. dulu masa rifdi penah la beli. konon kan, anak sulung. lepas tu masa mula letak macam pelik aje rupanya kami beli yang toddler. sudahnya tak pernah pakai. lagipun aku mana drive keta so letak ajela kat stor. anak aku pun semua aku pegang je masa baby.

    pastu skrg dpt baby bila laki aku outstation mula la menggelepor pinjam carseat org. nak beli macam tak padan sbb aku bukan hari2 guna pun, cuma guna time laki aku takde je. mujurla ada kawan yg dah tak pakai so dia pun bagi la guna sampai anak akan dtg pun takpe katanya. hahah. tapi tu la citer aku..aku mmg tak carik pun carseat. lagipun bak kata ko la, keta aku kancil, ejang keta wira..sumbat carseat satu automatik keta sempit mcm troli pasaraya.

    ReplyDelete
  2. kewujudan baby car seat ni membuatkan kapasiti kereta berkurangan.

    ada masa memang berkepentingan jugak baby car seat ni.. takpelah, asalkan ada. ni sementara anak 2 je lagi ni, memang muat la nak sumbat kami anak beranak dalam kereta tu. Kalau anak 4, berapa bijik baby car seat nak letak?

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...