Monday, October 31, 2011

selamat hari raya haji


salam...

baru je habis raya deepavali. sekarang dah nak dekat raya haji dah. bulan october pun dah berlalu pergi. bakal menyapa bulan november. pejam celik, pejam celik, its gonna be the end of the year sudah. pantas. dalam sedar dan tak sedar.

Alhamdulillah, dalam tahun ni dah ramai rakan-rakan yang sudah dan bakal mengakhiri zaman bujang mereka. yang menemui kebahagiaan dengan insan tersayang. Tidak ketinggalan my ex. -senyum dalam kepahitan- Tak kurang juga yang baru menimang cahaya mata, dan ada juga yang tambah koleksi. Aku? insya-Allah... doakan sahajalah. jodoh pertemuan itu kan di tangan Allah.

Raya Deepavali haritu, tak rancang pun nak pulang ke kampung halaman jumpa ayahanda bonda. sebab memang dah plan nak balik raya haji sahaja. dah lama tak balik Raya Aidiladha. stranded kat KL. sedey. tak mampu nak balik untuk both perayaan coz just selang seminggu aje. rindu tak rindu, homesick tak homesick, terpaksalah ku tahankan jua. Tapi kebetulan kakak aku - kakak cencaru and abang ipar a.k.a abang gorilla a.k.a abang G, nak pulang ke Kedah nun di sana. maka diorang dengan berbesar hati menjemput aku sekali dengan perbelanjaan ditanggung beres. Aku pun apalagi, beres-beres ni yang aku nak dengar kan. ON sudahhh.... dapatlah lepas rindu kat ibu bapa and budak kecik nama Amin itu. dah pandai main. sangat seronok !

Tiket bas untuk balik raya haji ni dah lama beli dah. Alhamdulillah sempat. masih ada rezeki. Memandangkan cuti jatuh hari Ahad, boleh lah balik lama sikit kan. Dengar ceritanya, raya pertama ada korban. My daddy cool nak masak mee rebus dengan daging korban tu. waduh... meleleh air liur den ni hah. Bayangkan lemak-lemak daging fresh tu, bakal menambah perasa marvellous pada kuah mee rebus itu. lemak-lemak jati akan terlekat-lekat di bibir tika menjamah dan menghirup kuah mee itu. Owh man... please come Friday soon.

Dengar ceritanya lagi, raya kedua pulak, ada BBQ. Kalau tak salah, 2 ekor lembu nak dikorbankan. Saudara-mara from Singapore nak turun. Sekor lembu mungkin dari diorang. Jadinya, raya kedua tu, akan di BBQ kan daging-daging tersebutlah. Banyak tu kan, dah tolak-tolak yang diagih-agihkan, takkan semua nak buat mee rebus kot.

Kesahihan berita-berita menarik tersebut hanya dapat dikenalpasti pada hari kejadian. Cannot wait la haiyoh.

Dalam excited perasaan nak balik kampung, tiket nak balik Kl semula belum beli lagi. Sebab bila nak balik ke KL semula memanglah perasaaan yang tak berapa nak excited kan. Menjadi warga yang hidup dalam dunia yang serba canggih dan moden, maklumat di hujung jari, bayar bil semua pun kat hujung jari aje, aku pun melayarilah www.maraliner.com.my. nak beli tiket kat hujung jari nyer pasal.  bas lain tak nak. nak maraliner jugak. tak taulah kenapa.



dah berkali-kali try, login, pilih seat cantik-cantik and nak bayar di hujung jari, dah keluar error plak. mood pun jadi tak cantik. terus telepon adik kesayangan nak mintak tolong dia belikan dari sana terus. mommy yang dengar dari kejauhan, terjerit-jerit excited. okeh. rasa nak nangis sebab mommy excited nak suruh daddy tolong belikan. terharu i. omak cakap, cuba cakap ngn daddy ni (buat loudspeaker).

aku pun panggil daddy manja-manja "daddy~~~~~~"
dengar bonda ayahanda gelak besar di hujung talian. aku bajet daddy dah cair dah ni. Buat ayat kesian dan pujuk rayu sikit, maka setellah urusan di hujung jari yang menjadi urusan di hujung talian. ekekekeke....

mommy daddy i love u. muahx...

6 comments:

  1. sapa yg masuk korban tu?
    tau kan kita xblh mkn daging yg kita korbankan yg dikorbankan oleh family kita.

    daging yg dikorbankan atas niat kita/family hanya boleh diberi kepada jiran² yg bkn family kita.

    ngeee..

    aku pon nk blk kg.. weee

    ReplyDelete
  2. herm.... kalau tak salah la, kita boleh ambik 1/3.

    Diharuskan juga daging itu dibahagikan tiga iaitu 1/3 disedekahkan kepada fakir dan miskin, 1/3 dihadiahkan kepada bukan fakir dan miskin, dan 1/3 untuk dimakan oleh orang yang berkorban.

    ini ada yang aku jumpa kat world wide web. google saje... nanti aku carik info lagi.

    thanks....

    ReplyDelete
  3. aha.. silap²

    yg aku baca tu kalao korban utk nazar atau tolong korbankan utk org yg dah meninggal maka tak boleh makan.

    ngee slh lak.. sorry ye.

    so kena tgk niat org yg buat korban tu la.

    in this case agak bahaya gak kalo org tak tahu kan.

    ReplyDelete
  4. aha.. silap²

    yg aku baca tu kalao korban utk nazar atau tolong korbankan utk org yg dah meninggal maka tak boleh makan.

    ngee slh lak.. sorry ye.

    so kena tgk niat org yg buat korban tu la.

    in this case agak bahaya gak kalo org tak tahu kan.

    ReplyDelete
  5. aku gugel td dpt yg ni

    http://pondokhabib.wordpress.com/2009/11/20/huraian-berkenaan-dengan-ibadah-korban-dan-hukum-hukum-berkaitan-dengannya-bhg-2/

    ReplyDelete
  6. banyak pendapat pasal korban ni...
    youtube pun banyak...
    salah cungkil, salah la maklumat.
    kadang maklumat dah betul, tapi cara pemahaman tu salah...
    wallahua'lam.

    yang penting, aku tak sabar nak balik raya haji nih. hahaha

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...