Alhamdulillah syukur, akhirnya baju ini telah berjaya disiapkan. Terima kasih kepada rakan yang mempercayai dan memahami. Bukan sekejap nak siap baju ni. Sebab kekangan masa. Well, saya kan menjahit ni part time aje. Hari biasa adalah pekerja buruhan di kantor. Weekend pula, biasalah...banyak betul dugaan. Mesin jahit tepi pun tak ada. So, agak susah sikit untuk saya. Tambahan pula ada anak kecil (anak buah) di rumah. Sibuk membontoti majang dia ni. Pantang masuk bilik, kalau pintu ditutup, dia ketuk-ketuk, lepas tu buat suara sedih panggil nama majang~~ majang~~. Bila dah masuk bilik, habis onar dibuatnya. [Alasan nak sedapkan hati je tu. Kalau nak seribu daya beb. Kalau tak nak, ni la dia, alasan panjang berjela].
Anyway, lega sangat coz dapat deliver. And dia pun agak puas hati. Cuma katanya, kecil sikit, sebab dia suka pakai baju besar-besar. Ni mak dia pula nak tempah. Tapi saya belum ambil lagi sebab masa pergi rumah dia haritu, saya tak bawa pita pengukur. Lepas ni, kena bawa pita pengukur ke mana sahaja... Kalau ada Galaxy Note ni kan best... boleh ambil ukuran, n tulis dalam Galaxy Note... barulah nampak macam Tukang Jahit yang berjaya dan bergaya. owh.. i like!
wahh tahniah.
ReplyDeleteaku nk tempahhhhh brp rm???
ngehehe... berapa RM? aku amek murah je.. kalau tak caya, tanya la aku... :P
ReplyDeletekalau jadi g kelas, ko bawak kain je, aku bawak pita pengukur. dah siap leh pass masa kelas je. hahaha