Di dalam beberapa hari dalam minggu lepas, saya telah mengcraving beberapa buah makanan. Tidaklah di sini saya ingin menyatakan yang saya mengidam kerana anak didalam kandungan saya. Jikalau begitulah, tentulah saya akan di tempeleng dan dimaki hamun seluruh ahli keluarga. Ini adalah kerana saya adalah masih single trang tang tang.
Tidak tahulah apa yang tak kena dengan selera diri ini. Lebih kepada hendak memenuhi tembolok perut sendiri lagaknya. Makin set dalam otak nak diet, makin nafsu makan membuak-buak. Well., perempuan kan ada 9 nafsu yang perlu dikawal.
Satu hari di minggu lepas, buka peti ais, tengok ada daun kucai. Ye ke daun kucai? ntah saya pun tak pasti. Tapi mengikut firasat hati dan kepercayaan diri, saya yakin ia adalah kucai. Kalau salah pun tak apa, itu keyakinan saya... (hahaha)
Tak tahu kenapa, terus hati membuak-buak sayu nak makan daun kucai. tapi nak masak apa ya? Herm... dalam masa yang sama sangat kempunan nak makan sup ayam. Maka apa lagi, campak saja daun kucai dalam sup ayam tersebut... Kembung perut saya menghabiskan 1 periuk sup tersebut. Disertai dengan sambal kicap pula tu. Subhanallah, sedap dan nikmatnya. Walaupun pedih di punggung, tetapi nikmat setiap hirupan itu adalah tidak terkata. Masya-Allah.... Slurppp...
Ayam 2 ketul aje.
Soup for 1 person only maaa...
Pada hari Isnin-nya pula, saya telah menjadi sedikit tamak haloba. Sangat-sangat teringin hendak makan KFC. Tetapi bukan itu sahaja. Di mana ntah selera buaya ini datang, hendak makan Red-Velvet cupcake juga pada masa yang sama. Maka telah up entry di facebook. beberapa rakan telah mensajes sebuah kedai yang dah siap ada, tak payah order tunggu seminggu baru siap. Hari ini berkehendakkan red-velvet, hari ini juga boleh dapat. yahooo... hati rasa bahagia.
Maka sesudah tamat waktu pekerjaan, saya bergegas ke KFC berhampiran. padahal sebenarnya lagi suka ayam goreng McD dari ayam goreng KFC. tak tahu kenapa selera jadi begitu teringin ayam KFC. Kakak aku mengandung barangkali. hish...
Sifat tamak haloba itu tidak berhenti di situ. Sebaik tiba di KFC, dinner plate yang memaparkan 3 ketul ayam nampak lebih berselera dari Snack Plate 2 ketul ayam. Guess what, tentulah saya order Dinner plate 3 ketul ayam. HAHHAHAHAHA...
Dalam pada rakan-rakan di facebook mensajes kedai cupcake sedap di KLCC nama Bisou, saya pula sibuk mengadjust seorang teman yang kompem balik naik LRT dekat stesen KLCC. Cakap pada dia, saya teringin nak makan cupcake red velvet. Alhamdulillah, rezeki hari itu, rakan saya yang baik hati itu, sudi membantu. ngehehehehehe... senyum lebar~~~
Saya order 10. Ingatkan sikit dah. Sebab cupcake red velvet yang biasa saya makan, yang kawan saya biasa tempah dekat 1 tokey ni, sekali makan, boleh la sekali 3 terus. Sedap habaq hang.... Rupanya cupcake ini besar sedikit saiznya.
If you can zoom in the receipt there, you can see how expensive it is. untuk 10 ketul, RM60 yawwww.... terduduk jap saya bila di inform oleh my friend yang tolong belikan untuk saya itu. Tapi dapat percuma 2. Jadi 12 ketul adalah RM60 yaawww.... ya ampun... memang mahal mintak ampun! And to be frank, takdelah sedap sangat. Makan 1 pun dah cukup muak. Saya prefer red velvet yang kawan saya biasa tempah itu. Tetapi craving tak ketahuan punya pasal, saya relakan aje. Oleh kerana ada 12, 2 daya beri pada kawan yang tolong beli itu. 4 saya bawa pegi ofis makan dengan teammate. 3 saya sedekahkan pada jiran bawah yang rapat sikit and rajin bagi makanan juga pada saya.
Jiran tanya, "Buat sendiri ke?"
Saya jawab dalam hati "are u kidding me????".
Jawab luar hati "Takdelah kak...mestilah beli". Kemudian senyum-senyum sopan mintak penampar.. eh... mintak undur diri...
Kek dia rasa muak. Cheese dia pun rasa macam mana ntah. Ntahla... mungkin tak kena dengan selera saya. Nak menyesal tiada gunanya lagi. Inilah akibat craving yang melampau. Lupa pula kedai ni berada di KLCC. memanglah harga mahal mintak ampun. Tak apalah, dah beli pun. Siapa suruh craving mengarut-ngarut lagi. Redha dalam tangisan. T__T. This might be the first and the last beli cupcake di sini. atau mungkin boleh cuba perisa lain pula. hahahaha...
And there goes my diet...
Alhamdulillah rezeki Allah bagi...
Malam tadi pergi kuliah Ustaz Don. Alhamdulillah dapat peluang jadi makmum dalam solat Isyak yang Ustaz Don imamkan... Sedapnya bacaan dia. 120 minit bersama Ustaz Don, serius tak terasa. Cara dia menyampaikan kuliah seperti bercerita. insya-Allah saya up lain entri ye.... daaaa~~~~
No comments:
Post a Comment
Thanks for dropping out your thoughts...