Puan N memang cool. Maka saya di sini sedang diselaputi perasaan sangat bersalah yang sungguh menebal. Sudahla sangat bersalah. Sungguh menebal pula tu. Nampak tak yang saya benar-benar rasa bersalah ini sehingga meng'up' entry khusus untuk ini. Bagaimanalah untuk diri ini menjalani hari-hari mendatang. (Okey ini dah over~~)
Pagi tadi sudah bangun mandi dan bersiap-siap. T-shirt pun i gosok you~~~ konon nak p kelas. Tinggal nak pakai tudung and kumpul-kumpul nota yang dah bersepah-sepah. Tiba-tiba saya duduk termenung. Tengok jam dah melepasi pukul 9. Kelas start 9a.m. Tapi teringat Puan N pernah cakap, datanglah dalam pukul 8.30 pun takpe. Puan N memang cool. Entah kenapa rasa segan kalau pergi di kala waktu sudah melewati pukul 9.00 lebih. Padahal bukan nak pergi mesyuarat Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu pun. Macam lah tak boleh masuk kelas, kena berdiri dekat luar pintu sambil junjung mesin jahit kalau masuk lambat. Takkan punya.
Akhirnya, setelah dirasuk syaitan (salahkan syaitan tq), aku terus termenung untuk beberapa lama. buka pc and decide untuk ponteng kelas lagi. 'Ah... minggu depan lah, bulan 3 start semula kelas'. Dalam hati i berkata-kata.
Maka memang sahlah harini saya tidak menghadirkan diri di kelas. Macam ni nak register kelas Master? Perangai suka ponteng kelas tak boleh nak dikikis. Disiplin pun tak ada. Kelas Master konon. (ada hajat, tapi perlaksanaannya entahla bila. Semua benda pun nak buat. Haiyak!)
Setelah menjamu selera di tengahari yang HOT ini, harap-harap jeans i baru basuh sempat kering, saya pun membaringkan diri sambil menonton cerita Korea, Lie To Me. Entah bila mataku terkatup tidur tidak sedarkan diri.
Bila bangun dah pukul 3 lebih terus check henpon. Auww... cikgu SMS i lerrr... 'Salam chiku. dh lama x dtg claz?' owh yeah... seperti terkena panahan petir pabila membaca SMS tersebut. Setepet terus terkena atas batang hidungku ini. Saya rasa hidung ni dah berdarah-darah dah. I reply. 'Sori cikgu, saya ingat nak start semula bulan 3'. - Minggu depan ler tu kan. Mari kita berharap supaya minggu depan akan tertunai kata-kata ku itu. Dah cakap, kena pergi jugak beb. Kena pegiiiii... Kena pegiii... Kena pegiiiii... Kena pegiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........
Sepatutnya harini kalau pergi kelas, dah boleh belajar and siapkan kain lipat batik terus. Kemudian mungkin cikgu boleh mula ajar baju jenis lain pula and beri homework untuk buat di rumah. Siapa suruh tak pergi? Padan muka!
And owh yeah. Kawan lagi seorang dah hantar sepasang kain untuk tempah baju kurung juga. Nampaknya saya dah ada 2nd customer... Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment
Thanks for dropping out your thoughts...