Here comes March. and goodbye February. rasanya macam baru je ucap bye-bye pada 2011. 2012 ini sudah pun hampir menganjak pada suku pertamanya. Next month sudah April and its the end of suku pertama 2012.
Alhamdulillah, last week berjaya mencecahkan semula kaki ke kelas menjahit. hikhikhik... SMS cikgu punya pasal. itupun, macam biasalah pergi kelas lambat. Sampai-sampai aje semua orang masih mengenali diri saya ini. "Cikgu!!! kak Chiku datang..." saya terus sengeh kerang busuk. Aida, budak slumber paling kecoh masa dalam kelas. kalau dia takde, sunyilah kelas. Dialah yang jerit tu. buat announcement percuma.
Sambung ilmu cikgu bagi on baju kurung. Sambung belajar kain lipat batik. Tapi tak sempat nak habiskan jahit kain lipat batik. Maklumlah, datang kelas lambat. Nak balik awal pula. Pukul 12 harus gerak pulang sudah sebab mahu ke Shah Alam. ada Talk from Wardina, You are Beautiful, Allah loves You.
Sebelum pulang, Aida jerit lagi "Akak bila nak kawin??"... ada jugak yang kena libas dalam kelas ni.
Nampak Wardina secara live. Masya-Allah, cantiknya dia... Masa dekat surau, nampak dia secara dekat. Memang dia sangat cantik. tinggi orangnya... dalam hati dah meronta-ronta nak mintak ambik gambar dengan dia. tapi malangnya tak bawak kamera. Kawan yang datang sekali, yang bawak kamera, ada dalam surau tak keluar-keluar. Saya tatap wajah dia macam nak telan. Entah dia sedar ke tidak. padahal memang depan-depan aje. Mungkin dia pun tak selesa ditatap begitu, dia buat biasa aje macam tak nampak saya. hihihi... Sadis ah tak dapat amek gambar ngn dia.
Nway, this is another baju kurung yang sempat saya siapkan. For my cute little model, 6 years old. Cik Piah.
tahniah kerana berjaya melawan 'malas' anda buat kali ini.
ReplyDeletehehehe
n tahniah sbb dpt jumpa wardina tp xdpt amek gmbr. hahahhaha
ape cer talk tu ?? share le..bley bley..
neway ko so far jahit bj kurung biasa je kan?
terima kasih di atas ucapan tahniah itu. gambar Wardina yg disnap dari jauh adalah. tapi tu pun dalam kamera kawan aku...
ReplyDeleteuntuk isi Talk dia tu, insya-Allah aku try selit lain entry. pasal kuliah Ustaz Don haritu pun aku tak update lagi.
yup...for now aku masih dalam fasa baju kurung sahaja. kenapa? ada spesel request ke?