Dah lama tak jumpa anak-anak buah kesayangan bucuk-bucuk manja. RINDU! So, saya plan untuk masak di rumah dan jemput famili abang saya datang makan. Menu pancingan untuk ajak abang sefamili datang rumah, a very simple one only.
Ikan patin masak tempoyak.
Sambal tempoyak (as requested)
Telur dadar.
Nasik putih boleh makan sampai mengah.
Awal-awal pagi dah bangun kemas rumah and get prepared. By 10am lebey start masak, tak lama, sekejap aje dah siap. Resepi cilok internet sudah. Sangat simple i tell you, you should try.
Anak buah sampai aje rumah, terus seru nama majang~~~. Kemudian peluk i kata rindu. Wah wah wah... Ini segmen mencairkan hati. Memang i pun rindu uolls tau...
My first ever trial masak ikan patin tempoyak.
Alhamdulillah... habis diorang bedal. Bertambah-tambah makan. Senang hati i tengok uolls makan. Kalau nak dirujuk pada gambar, kelihatan agak pekat sikit kuahnya. Kalau nak ikutkan resepi Ikan Patin Tempoyak Temerloh, rasanya takdelah sepekat ini. Sepatutnya light-light saja gitu. Tapi oleh kerana mempunyai stok tempoyak yang agak banyak, maka penambahan tempoyak sesuka hati telah berlaku. Anyway anyhow, ikut pada selera masing-masinglah. If you like it light, maka letak sedikit sahaja tempoyak. Tapi if u like it pekat like ada stok tempoyak setahun, silakan mengubah citarasa anda.
Oleh kerana dah pernah buat hairband untuk orang tua a.k.a my friend, maka dengan kehadiran budak kecik ini, saya make a hairband on the spot for her. Hairband kain lebih lembut. Senang dipakai buat lasak sekalipun tak payah nak risau dia patah ke apa ke.
Ayah dia dah start mintak komisen jadi model.
Hewah hewah~~~
She said to her daddy : "Kakak nak duduk sini jaga majang boleh tak?"
[hahahaha....siapa jaga siapalah pulak ye? Tapi niat dia sangat sweet~~]
Then lepas lepak-lepak di rumah saya, abang saya hendak pulang, mahu pergi carefour dulu. Budak ini suruh saya ikut sekali. But i got lots of work to do la sayang... She even ask his daddy yang dia nak stay with me. Tapi ayah dia tau, majang dia ni bz gilerrrzzz kan, so semua anak-anak dia angkut pulang lah.
Semasa dia salam saya hendak pulang, saya tarik dia hendak kiss pipi. Selepas kiss pipi dia, saya bangun. Kemudian dia pula tarik saya hendak kiss pipi saya. woohoohoooo.... This kids really melt my heart.
No comments:
Post a Comment
Thanks for dropping out your thoughts...