Thursday, June 14, 2012

Me and my tempahan

Banyak benda nak tulis. banyak benda nak update sebenarnya. tetapi PC di rumah sudah kaputtt... hari itu saya sudah bawa ofis mintak tulun ofismate repair. sudah diformat segala, tah apa sengal la tak boleh nak start pulak bila dah bawak balik rumah. then bukak casing dia, try godek-godek. bila dah boleh start, dia dapat bertahan dalam 10 minit aje. kemudian kaputttt.. dia hang. dan saya pun jadi hang-at hati maka terus off.

saya rasa jangka hayat dia mungkin sudah sampai di situ saja. Sedih juga kerana mengenangkan duit kalau nak beli PC/laptop lain. Apple maybe? hahahahahaha...

Lagi pula, memblogging di ofis macam tak biasa? tapi... bila di rumah lebih selesa berblogging kan? 

Perlu siapkan tempahan. Customer dah bagi lama dah. tapi saya ni baru terhegeh-hegeh nak buat. memang sekarang dalam fasa bernafas pun tak cukup nih. Malam tadi ketika sedang semangat + mengantuk menjahit, tiba-tiba mesin buat hal. dah satu hal malam-malam kemengantukan itu kena bukak manual guide. stadi punya stadi. tido. T__T

tengah hari tadi pulang sekejap sambung menjahit. siap 1 baju secara lahiriah. (belum silang pangkah, jahit kemasan, jahit butang, jahit span). tapi takpelah as dah nampak rupa sehelai baju. Malam ini target nak siapkan kemasan dia, or siapkan kain dia. herm... kita tengok nanti mana yang nak menjadi. apa-apa pun dah kena marathon nih. customer nak amek awal bulan 7.

Rumah bersepah! tapi takpe. dahulukan tempahan. siap aje marathon baju ni, saya harus kemas rumah. dah siapkan baju saya pula. :P


2 comments:

  1. lepas satu satu kaput..
    hehehe.. dugaannnn dugaannn..

    weh ko ada belajar tips menjahit tak?

    mak aku tailor gak.. tp dah pencen sejak mata kena katarak..

    seigt aku dia pernah ckp.. dia gunting semua kain mlm isnin.. dia jahit malam ape eh.. lupa dah.. pastu jgn lupa baca selawat b4 start jahit. seminggu dpt byk baju gak.. tp yelah dia housewife ada la curi² masa menjahit sambil jaga anak org waktu siang hari..

    tu tips untuk cr rezeki dan keberkatan la.. menjahit utk tujuan cari rezeki dan tolong org.

    so far mak aku xpernah la dulu amek mahal².. sbb tu agaknya ramai giler org hantar sampai aku kekdg jd marah. hahahaha sbb sian mak aku tu.. dah la anak semua xmewarisi..
    kami tlg waktu mak aku suruh tetas benang je kalo dia terslh jahit.. hehehe

    caiyork!!!

    ReplyDelete
  2. susahnya aku ni coz siang keje full time. malam je yang ada masa nak curi-curi masa buat pun. weken paham-paham la orang bujang nih. kihkihkih...

    so far, Alhamdulillah tempahan sampai terpaksa tepis-tepis. tak mampu nak ambik takut tak siap.

    lagipun aku baru je nak berjinak-jinak dalam amek tempahan orang nih. blom expert. kalau baju sendiri, leh main cincai halal je.

    nway.. caiyok!!!

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...