Tuesday, July 31, 2012

Ramadhan 8 & 9.

Saya pulang ke kampung halaman hujung minggu lalu.
Suara omma membebel tak puas hati dengan ayahanda yang suka mengusik omma.
Kemudian ayahanda gelak-gelak dengan saya.
Kemudian omma masih tak puas hati, mengadu dengan saya bila ayahanda tiada berdekatan.

"Mintak air sikit"
"Tak reti amek sendiri??"

Cara adik-adik bermesra.

Makan sahur dengan nasi dan lauk-lauk terhidang atas meja.
Buka puasa omma masak lauk request saya. Sambal gulai tempoyak.
Di meja makan ada omma, ayahanda dan adik-adik.

Malam pergi masjid berterawikh. Ayah buat 20. Saya dan adik-adik buat 8 aje lepas tu lari balik umah. hahaha...

PERFECT.

Ini sebab saya pulang. Untuk merasa Ramadhan bersama ibu-bapa. Kehadiran adik-adik adalah bonus. Lengkap kami ber-4 yang belum berkahwin.


Kemudian pulang ke KL semula. Sunyi.

Thursday, July 26, 2012

Habatussauda dan Minyak Zaitun

Previously i posted about the collagen - Kinohimitsu J'Pan Collagen Diamond 5300 Drink - that i took (here). I tell you i fell great with it! Recomended. Within those 6 days that it mention in the phamplet, i can feel the changes already. Seriously i feel like my skin is getting smoother. i kind of feel fairer also. Tak tau lah kalau saya je yang perasan lebey kan. Coz i can see those sunburn kat tangan macam dah slowly blend in dengan kulit yang tak sunburn. Tak taulah memang kesan collagen itu atau memang dah lama pun tak ke laut kan~~~ owh... i miss island! i miss diving! Kesan sampingan - tak sure plak. So far Alhamdulillah takde pape. So long, saya tak tau la plak kan. huhuhu..

But!!! Tetapi!!!

Tetapi harganya itu mensenakkan jantung saya ini. Oleh kerana bekal Habatussauda and Minyak Zaitun yang saya pesan thru seorang rakan yang pesan dari rakan dia dari seberang telah Alhamdulillah sampai ke tangan, maka sekarang saya cuba amal benda ini pula. Stop collagen for a while maybe. Saya order masing-masing 5 botol. Tapi Habatussauda telah diberikan secara ikhlas hati kepada omma dan amma. Amma is my sister. Anak dia panggil dia ammma... Hahahaha... Amma la deyyy~~~  Omma a.k.a mommy a.k.a ibunda pula telah cilok 1 botol minyak zaitun saya. Nak muda katanya. Elleh... 1 botol leh muda ke mommy?





Saya masih tidak dapat mengeluarkan sebarang fakta atau testimoni ke atas minyak zaitun ini kerana saya masih belum start comsuming. nak tunggu collagen saya habis dulu, which is pagi tadi is the last bottle. Rasanya sungguh sedap sehingga rasa sedih nak menghabiskannya. T__T. (kenapa kau mahal??). 

Saya is agak tidak suka sebenarnya consume benda kapsul-kapsul ni. Saya rasa laluan tekak saya ni sempit sebab bila nak makan ubat, ubat selalu tersekat di tekak lepas tu rasa nak muntah lepas tu muka dah merah-merah biru rasa ubat tersekat kat tekak. espeseli kalau ubat kapsul yang besar. Saya juga suka membuat kesimpulan sendiri bahawa kapsul-kapsul ini nanti tidak hadam dan akan menjadikan usus/hempedu/organ-organ dalaman sebagai tempat bermastautin abadi. Saya benci ubat.

So, melihatkan kepada keadaan kapsul minyak zaitun itu, kemungkinan besar saya akan membuka kapsul dan letak atas sudu lalu telan bersama madu/air milo/air kosong atau kalau dah malas sangat minum begitu sahaja. Tidak tahu lagi apa rasanya. Tidak tahu lagi rajin ke tidak nak cabut kapsul tu. Juga tidak tahu membazir  ke tidak nanti ada minyak-minyak zaitun yang terlekat kat kapsul jadi tak dapat consume penuh. cisss kedekut.  For habatussauda saya tiada pilihan. Dia macam padat-padat dalam kapsul kalau bukak nanti habis terpelanting ke apatah tak tau lah. So, terus telan kapsul aje.

Setakat ini baru start amek Habatussauda. Kalau sendawa rasa habatussauda. Baru sahaja start amek. Sekarang asek terbuang-buang angin. Angin naik atas keluar bawah pun ada. Selasa lepas angin naik atas kepala sampai rasa senak kat otak. Melelong. Tak tahulah kesan puasa, angin dalam badan or  kesan Habatussauda tengah tolak angin keluar dari dalam badan. Sungguh kompius. Syaaban haritu ada jugak puasa tapi takde pun rasa kena tolak-tolak angin ni. Herm...takpelah. Benda yang baik, kita amalkan sahaja. istikomah katanya. 

Lepas habis supply ni, tak tau  lagi dah nak dapat kat mana coz MAYBE kawan kepada kawan saya yang bawak balik benda ni dah tak bercontact tah la camana nak terangkan. Kalau dah takde supply, cmana nak jadi muda ni???


Wednesday, July 25, 2012

Baju Kurung Kedah n Kain Lipat Batik

owkeh... tak habis-habis lagi entry pasal baju eyh? maklumla saya ni kan seorang blogger tukang jaet. Apatah lagi excitement saya jika tidak menjurus lebih kepada hasil-hasil jahitan i ler. 

Baju ni actually dah lama siap. Siap dalam kelas hasil tunjuk ajar cikgu. Dah lama siap tapi tak load lagi pasal sibuk ngn tempahan yang i tell u earlier lah... Lagi satu  pasal masa tu jahit mata lalat keliling leher masih lom siap. maka tak nak la upload benda tak siap. walaupun kalau pakai bukan orang nampak pun. tapi rasa macam tak mboh up benda separuh jalan yang takdela separuh mana sangat pun. hati je rasa tak best.



Ampunkanlah diri ini kerana terpaksa menjadi model tak berbayar kepada diri sendiri. Posing sebelah kiri, senget-senget tu adalah semata-mata kerana berangan nak jadi model AnnasEaskay kahkahkahkah... Posing sebelah kanan adalah kerana pakai baju kurung kedah, so kena bajet ala-ala anak mami tengah kepoychi nak tunjuk gelang. namun kerana ketiadaan gelang emas, gelang tak berapa nak emas pun jadilah...

kan...dah siap baru best nak tayang.

op kos la baju sendiri sesuka hati i la nk jaetkan mata lalat kat leher walaupun lepas pakai tudung orang tak nampak tapi suami nampak. Hai bakal suami~~ walau di mana pun anda berada. T__T



Langsir kat belakang tu belum berapa nak boleh tayang sangat coz ada lagi part lom siap. Jahit semata-mata nak buat backdrop, baru cantek sket. cantek keee mak jemah~~~


Siap!!!


Saya telah diserang heart attack beberapa minggu lepas. bukanlah heart attack sebenar. namun lebih kepada terkejut dan mengelinjat kerana tempahan seorang rakan. Biasalah ni keje last minit punya cerita hahaha. Rajin dia sms dan bertanyakan bila boleh ambil baju. Bila tiba tarikh yang ditetapkan, katanya tak perlu rushing, dia pun belum cukup ongkos mau datang collect. okeh. jantung saya jatuh berdebuk masa ini. Sila jangan main-main dengan saya. Saya hanya tukang jahit separuh masa. T__T

Namun begitu saya bersyukur kerana telah berjaya menyiapkannya. Namun dengan harapan yang setinggi gunung ini berharap supaya tiada proses alteration diperlukan. Percayalah...alteration lebih ghenyah(orang utara kata), leceh(org KL kata). Lagi pula baju raya saya masih blom siap. Ngeh ngeh ngeh...


Ready for pick up...


*Note yang background kat belakang tu adalah langsir baru i ~~~


Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan 2012


Berbahagialah bagi mereka yang dapat menyambut 1 Ramadhan esok. Malam ni dah mula terawikh. Awan gelap. Cuaca sejuk. Alam pun turut menyambut kedatangan Ramadhan. Berbahagialah bagi anda semua yang dapat sama-sama keluarga, berpuasa dan berterawikh pada 1 ramadhan.

Ibu bapa berada jauh di mata. Keadaan tak mengizinkan bagi saya menyambut 1 Ramadhan esok. Kemeriahannya tidak dapat saya rasai. Namun insya-Allah saya bakal menyusul tak lama lagi. 

Marilah mengimarahkan Ramadhan kali ini. Moga lebih bermakna dan membawa seribu satu erti dalam hidup kita. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. Amin...


Thursday, July 12, 2012

Last minute

Currently been busy.

Dengan tempahan jahitan. Yang customer dah hantar lama. Tapi perangai sejak zaman sekolah tak hilang-hilang lagi. Membawa kepada zaman universiti. Hinggalah sekarang. Masih belum hilang perangai nan tak molek itu.

Masih tengah struggle. insya-Allah customer nak amek weekend nih. Tengah struggle habis-habisan.


 Mother doter set

 kemasan mata lalat di lengan + leher.


mata lalat all the way


Ada beberapa helai baju lagi yang dalam proses untuk kemaskini and tinggal nak cantum-cantum. Sesak nafas. Sungguh la selagi belum dateline, selagi tu la urge nak siapkan awal tu tak sampai.


LAST MINIT sungguh!


Friday, July 6, 2012

A Moment to Remember


It was 9 Jun 2012.



Me and my friends went to a Talk - A Moment to Remember. Talk by the famous and dearest Wardina and Oki Setiana Dewi.

Ketibaan dif-dif terhormat

Sticker a.k.a entrance pass

It started late though. Around 9.00 - 9.30pm. Which is not quite good because there are some mothers that bring their child/baby together. Poor them coz have to wait and layan their crancy kids. Iyelah, kanak-kanak boleh jadi tak selesa or akan jadi overdose, if you get what i mean.

while waiting...


------------------------------------

Oki muncul dari belakang dewan. Dengan gimik sebagai salah seorang hadirin yang ingin menyampaikan persembahan sukarela sementara menunggu ketibaan panel. Beliau membacakan puisinya. Muncul dengan memakai niqab. Berjalan ke depan dewan sambil menyampaikan puisi, dan menitiskan air mata.  Sehabisnya bacaan puisi beliau, mbak Oki menerangkan mengapa beliau tersentuh lalu menitiskan air mata. Kerana katanya, semasa duduk di belakang sambil menunggu, dia terdengarkan bacaan seorang hafizah sedang menghafal quran. Maka dia jadi tersentuh kerana masih belum bisa menghafalnya...

Mbak Oki menceritakan bagaimana dia mula berhijab. Cita-citanya dari kecil ingin menjadi seorang bintang. seorang artis. seorang pelakon. Dia mulakan dengan modelling. Dari tewas, tewas dan tewas. Namun dia tak pernah mengalah. Kemudian dia jadi juara, juara, juara dan tidak pernah tidak juara. Sehingga dia di'ban' dari menyertai sebarang acara yang kemudian diangkat menjadi juri.

Dia kemudian casting untuk berlakon. Mencari casting di sana sini tanpa jemu. Hingga akhirnya, ibunya diberitakan menderita satu penyakit (maaf saya kurang ingat). Dia kemudian berazam untuk memakai tudung dan meminta pengharapan hanya dari Allah. Dalam desakan hidup dan memikir-mikir cara untuk biaya kos perubatan ibunya, dia dipanggil untuk tawaran berlakon watak utama yang memerlukan dia untuk membuka hijabnya. Sesuatau yang dinanti-nantikan sepanjang hidupnya.

Namun apa yang dilakukannya adalah, mengambil air sembahyang, melakukan solat, dan berdoa. Katanya, "baru beberapa hari dia memakai tudung, manakan bisa dia menanggalkannya". Lalu dia bersangka baik dengan Allah. Katanya, "Aku lakukan ini untuk-Mu ya Allah. Aku pasti akan ada ganjaran yang baik dari-Mu utukku ya Allah" (bukanlah ayat sebenar tapi lebih kurang la kan~~)

Dia kemudian dicemuh kerana menolak tawaran itu. Kata mereka, kamu tidak akan ke mana-mana dengan tudungmu itu.

Maaf kerana the rest of the story saya kurang ingat. Tapi kemudian dia meneruskan kehidupan dan melanjutkan pelajaran. (pun tak ingat bagaimana kondisi ibunya). Kalau tak salah, sewaktu beliau melanjutkan pelajaran, ketika inilah desas-desus mengenai casting yang memerlukan wanita bertudung - karya dari habiburrahman el shirazy, Ketika Cinta Bertasbih - mula kedengaran. Beribu-ribu orang yang menghadiri casting, namun rezeki itu dari Allah, mbak Oki terpilih dari ribuan manusia.

Mbak Oki bilang, siapa kata aku tidak akan ke mana-mana dengan tudungku? Dengan tudunglah aku menjadi orang yang sebegini pada hari ini. (Sewaktu mbak Oki berkata begini, hati saya sangat kagum dan tersentuh dengan pendirian dan kata-kata beliau. Serius time ni mata dah bergenang. Kalau tak kerana mengenang ada kawan kiri kanan, rasanya dah menderu air mata ni turun).

(Dah macam sinopsis novel plak ayat-ayat saya nih.)

Actually you should hear the story from herself, bagaimana dia menceritakannya. Sungguh asyik mendengar dia bercerita. Suaranya sedap, lembut. Cara mbak Oki bercerita pun lebih menarik.

Oki Setiana Dewi baru berusia 23 tahun. Namun rasanya terlalu jauh matangnya dia dari diri saya ini. Terasa kerdilnya diri ini dengan dia...

---------------------------------

ketibaan Wardina n her cute daughter - Amna
before diorang keluar ni, dengar suara aje - diorang mengaji sama-sama

Wardina pula memilih untuk tidak menceritakan bagaimana perubahan yang dilaluinya. Iyolah, video dia kat youtube for sure ramai dah tengok kan. 

So, dia banyak mengupas tentang peranan wanita dan ilmu. Tentang ilmuan-ilmuan wanita pada zaman dahulu. Tentang bagaimana wanita harus bangkit dan mempersiapkan diri dengan lebih banyak ilmu.


Masya-Allah... memang semangat tengok diorang ni berkata-kata.


-------------------------------


Actually, to be frank (from my honest opinion), it was not a really good talk towards the end, because of the not really 'brilliant' question from audience. Ramai yang nak tanya soalan, yang for me, ada yang just for the sake of asking. Macam apa dia ni.. tanya macam ni. And for me, the moderator juga kurang berjaya menarik perhatian audience. (Jauh berbeza masa Wardina jadi moderator on the talk yang saya pernah attend - We Are Beautiful, Allah Loves Us. Walaupun tak berapa kenal dengan panel, tapi Wardina berjaya menghidupkan suasana forum.) So impak talk ni towards the end dah kurang. AKhirnya macam semua orang datang untuk tengok Oki.

Tapi apa yang kita nak adalah penghayatannya kan... Insya-Allah...
Thanks Wardina and Oki for the sharing.

Anyway, just fyi, We got the discount on group purchasing for the entrance ticket. So the entrance fee for us was RM36 per head.

Us..



Mbak Oki.
Dia sangat cantik.
Dapat dari jauh aje...