It was 9 Jun 2012.
Ketibaan dif-dif terhormat
Sticker a.k.a entrance pass
It started late though. Around 9.00 - 9.30pm. Which is not quite good because there are some mothers that bring their child/baby together. Poor them coz have to wait and layan their crancy kids. Iyelah, kanak-kanak boleh jadi tak selesa or akan jadi overdose, if you get what i mean.
while waiting...
------------------------------------
Oki muncul dari belakang dewan. Dengan gimik sebagai salah seorang hadirin yang ingin menyampaikan persembahan sukarela sementara menunggu ketibaan panel. Beliau membacakan puisinya. Muncul dengan memakai niqab. Berjalan ke depan dewan sambil menyampaikan puisi, dan menitiskan air mata. Sehabisnya bacaan puisi beliau, mbak Oki menerangkan mengapa beliau tersentuh lalu menitiskan air mata. Kerana katanya, semasa duduk di belakang sambil menunggu, dia terdengarkan bacaan seorang hafizah sedang menghafal quran. Maka dia jadi tersentuh kerana masih belum bisa menghafalnya...
Mbak Oki menceritakan bagaimana dia mula berhijab. Cita-citanya dari kecil ingin menjadi seorang bintang. seorang artis. seorang pelakon. Dia mulakan dengan modelling. Dari tewas, tewas dan tewas. Namun dia tak pernah mengalah. Kemudian dia jadi juara, juara, juara dan tidak pernah tidak juara. Sehingga dia di'ban' dari menyertai sebarang acara yang kemudian diangkat menjadi juri.
Dia kemudian casting untuk berlakon. Mencari casting di sana sini tanpa jemu. Hingga akhirnya, ibunya diberitakan menderita satu penyakit (maaf saya kurang ingat). Dia kemudian berazam untuk memakai tudung dan meminta pengharapan hanya dari Allah. Dalam desakan hidup dan memikir-mikir cara untuk biaya kos perubatan ibunya, dia dipanggil untuk tawaran berlakon watak utama yang memerlukan dia untuk membuka hijabnya. Sesuatau yang dinanti-nantikan sepanjang hidupnya.
Namun apa yang dilakukannya adalah, mengambil air sembahyang, melakukan solat, dan berdoa. Katanya, "baru beberapa hari dia memakai tudung, manakan bisa dia menanggalkannya". Lalu dia bersangka baik dengan Allah. Katanya, "Aku lakukan ini untuk-Mu ya Allah. Aku pasti akan ada ganjaran yang baik dari-Mu utukku ya Allah" (bukanlah ayat sebenar tapi lebih kurang la kan~~)
Dia kemudian dicemuh kerana menolak tawaran itu. Kata mereka, kamu tidak akan ke mana-mana dengan tudungmu itu.
Maaf kerana the rest of the story saya kurang ingat. Tapi kemudian dia meneruskan kehidupan dan melanjutkan pelajaran. (pun tak ingat bagaimana kondisi ibunya). Kalau tak salah, sewaktu beliau melanjutkan pelajaran, ketika inilah desas-desus mengenai casting yang memerlukan wanita bertudung - karya dari habiburrahman el shirazy, Ketika Cinta Bertasbih - mula kedengaran. Beribu-ribu orang yang menghadiri casting, namun rezeki itu dari Allah, mbak Oki terpilih dari ribuan manusia.
Mbak Oki bilang, siapa kata aku tidak akan ke mana-mana dengan tudungku? Dengan tudunglah aku menjadi orang yang sebegini pada hari ini. (Sewaktu mbak Oki berkata begini, hati saya sangat kagum dan tersentuh dengan pendirian dan kata-kata beliau. Serius time ni mata dah bergenang. Kalau tak kerana mengenang ada kawan kiri kanan, rasanya dah menderu air mata ni turun).
(Dah macam sinopsis novel plak ayat-ayat saya nih.)
Actually you should hear the story from herself, bagaimana dia menceritakannya. Sungguh asyik mendengar dia bercerita. Suaranya sedap, lembut. Cara mbak Oki bercerita pun lebih menarik.
Oki Setiana Dewi baru berusia 23 tahun. Namun rasanya terlalu jauh matangnya dia dari diri saya ini. Terasa kerdilnya diri ini dengan dia...
---------------------------------
ketibaan Wardina n her cute daughter - Amna
before diorang keluar ni, dengar suara aje - diorang mengaji sama-sama
Wardina pula memilih untuk tidak menceritakan bagaimana perubahan yang dilaluinya. Iyolah, video dia kat youtube for sure ramai dah tengok kan.
So, dia banyak mengupas tentang peranan wanita dan ilmu. Tentang ilmuan-ilmuan wanita pada zaman dahulu. Tentang bagaimana wanita harus bangkit dan mempersiapkan diri dengan lebih banyak ilmu.
Masya-Allah... memang semangat tengok diorang ni berkata-kata.
-------------------------------
Actually, to be frank (from my honest opinion), it was not a really good talk towards the end, because of the not really 'brilliant' question from audience. Ramai yang nak tanya soalan, yang for me, ada yang just for the sake of asking. Macam apa dia ni.. tanya macam ni. And for me, the moderator juga kurang berjaya menarik perhatian audience. (Jauh berbeza masa Wardina jadi moderator on the talk yang saya pernah attend - We Are Beautiful, Allah Loves Us. Walaupun tak berapa kenal dengan panel, tapi Wardina berjaya menghidupkan suasana forum.) So impak talk ni towards the end dah kurang. AKhirnya macam semua orang datang untuk tengok Oki.
Tapi apa yang kita nak adalah penghayatannya kan... Insya-Allah...
Thanks Wardina and Oki for the sharing.
Anyway, just fyi, We got the discount on group purchasing for the entrance ticket. So the entrance fee for us was RM36 per head.
Us..
Mbak Oki.
Dia sangat cantik.
Dapat dari jauh aje...
ko pergi?
ReplyDeletebestnya.aku ada baca kat rina salleh.itu pun aku rasa dh kagum sangat dengan cerita oki tu.
Ha ah...
ReplyDeleteAlhamdulillah aku dapat g.
Ha ah.. aku nampak Rina Salleh masa tu, duduk tak jauh dari kitorang. dia ada cerita jugak pasal Oki tu eyh?
ada.bila ko buat entry ni aku rasa macam best gile kalau aku dapat join sama.hehe.
ReplyDelete