Wednesday, February 20, 2013

Pembaziran

Assalamualaikum....



bukak page ni, jadi ketagih kain..
bukak page tu, jadi ketagih nak menjahit..
bukak page ni, ketagih nak tatting..
bukak page tu, ketagih nak buat arts..

sudahnya, semua nak buat. last-last tak terbuat semua. 

cumanya, bab ketagih kain tu dah jadi bahana. habis ratus-ratusan. sekarang cuma perlu tunggu little creature from me aje. hahahaha... harapnya adalah rezeki satu hari nanti. untuk aku jahitkan kain-kain yang aku order online tu untuk jadi habuan mereka satu hari nanti. sebab corak comel-comel, sweet-sweet buat hati geram tu, banyak more to kids punya corak. one fine day... one fine day baby~~~ Amin...

by the way, kain-kain yang di-order belum sampai ke tangan. katanya shipping from US. kenalah bersabar lebih sikit. 2-3 minggu baru leh sampai. then kena tunggu orang yang in-charge deligate pula. dah sampai nanti, insya-Allah aku post di sini buat sesi tayang-menayang. kemudian,simpan buat kenangan. harap-harap sempat la jadi baju or apa-apalah before aku mati. kehkehkeh...


sementara itu, mari kita lihat apa yang telah dibazirkan via online dan tak online... MUAHAHAHHAHA



Sekarang kan kecoh kolagen-kolagen bagai nih. Aku yang mata dah start berkedut ni mulalah tak senang duduk. So, ni kali ke-2 aku try consume Kinohimitsu Collagen Drink ni. Bekalan cukup sebulan aje. Tak cukup, tahun depan baru beli lagi. Aku tak mampu la nak maintain. Hahhahaha.. Banyak juga keywords yang lead ke blog ni sebab Kinohimitsu Collagen ni, as aku pun pernah tulis sebelum ni di sini. Nantila lepas sebulan dah telan habis botol-botol ni baru aku review lagi sekali.

Time beli ni dapat murah dari harga yang kat kotak tu. Promotion Chinese New Year barangkali. Beli kat Watson. masa tu gigih compare harga dengan Guardian. Keluar masuk, keluar masuk. Akhirnya Watson menang. Ada juga sevey kat kedai farmasi lain kat luar. tapi selagi kedai tu takde harga promotion, memang tidak la aku beli. Nasib baik jumpa Watson. masa beli ni, harga dia RM139. terus sign up jadi ahli Watson sekali. tambah Rm12. T__T






Hari Sabtu hari itu, daku telah berbaik hati menghantarkan adik yang nak dating ngn awek dia kat One Utama. Sebagai kakak yang baik hati, daku hantar hingga masuk Parkson dan tunggu girlfriend dia datang. Sementara itu, maka kami pun menjamu mata. Menjamu mata bersama adik jantan di bahagian wanita. hahahaha... Maka konon-konon nak beli 1 kasut yang boleh multifunctional. Aku memang jenis gitu. beli la 13 jenis kasut pun, kalau aku dah selesa ngan 1 kasut tu, nak bedal yang tu jelah pun. lagi best dan senang nak dipakai adalah selipar. kalau boleh, pegi kenduri pun nak pakai selipar aje. Haish...

Berjalan-jalan di bahagian beg. ada beg yang aku berkenan nak menggantikan beg sekarang yang aku lenjan hari-hari samada pegi kerja, pergi jalan, pergi kenduri, 1 beg nan setia. Punya belek-belek Cik Carlo Rino, kaler hitam lining-lining pink. comel gilerrrr... tapi harga pun comel. Cis. 4 rat lebey. jalan-jalan lagi, berkenan beg Guess plak. pun 4 rat lebey. tetiba rasa migrain. takpelah... handbeg kita hold dulu.

kasut pun kasut lenjan. ada 1 kasut flat yang daku suka pakai itu sudah tercabut-cabut dan sudah terbuang sudah. Maka mahu cari 1 lagi kasut menggantikan dia. Satu ok... Satu!!! Entah macam mana boleh end up jadi dua.



Kasut putih flat untuk dibawa berjalan-jalan kunun.

Kasut hitam di sebelah kanan itu kunun nak pakai pergi ofis. Tapi masa soping ni, masalahnya daku ditemani adik yang daku tinggi takat telinga dia. So, bila pakai kasut ni, baru sama paras ngn dia, so rasa macam ok kot. Amek je tanpa rasa bersalah. Bila dah balik rumah baru rasa segan, nanti pakai ni jadi gayut giler. Maka masih pakai kasut Pak Ngah belikan di Singapore yang dah jadi kasut lenjan ke opis dan jalan-jalan. Selesa. sedap pakai. (kasut Pak Ngah beli). Kasut baru belum pakai. Ngehehe...




kasut hitam yang konon nak pakai pegi opis beli tahun lepas (sini), masih elok bersimpan. Kahkahkah... Inilah yang dinamakan pembaziran. Adik-adik... Kalau nak beli kasut, sila pastikan selesa. Tak cantik takpe, janji selesa. Takde orang sangat nak belek kaki anda. Paling paling pun orang akan tengok, then kata... 'cantiknya kasut awak!' Excited kejap, then life goes on. Pastikan selesa ok. Barulah pembelian adalah berbaloi-baloi. kihkihkih...


Setelah meninggalkan adik berdating bersama girlfriendnya, ditemani kawan girlfriend dia, Maka dating la mereka bertiga. Daku pun keluar masuk Forever21, TopShop, Topmen, Guess, Nine West and whatsoever (jamu mata ajelah), maka daku penat berjalan sudah. Terus cari area parking kereta dan keluar dari One Utama dengan yakinnya. Separuh perjalanan, baru teringat, kunci rumah ada ngan adik! huhuhu... Maka terpaksalah diri ini membawa diri ke Jaya Jusco pula. Terpaksa OK! Nak patah balik macam dah jauh. 

Di Jusco, niat hati ingin cuci mata lagi. Habis tu, apakah lagi yang harus dilakukan di pusat membeli-belah selain beli dan blah kan? Masuk kedai ROMP. konon-konon nak usha jeans. Belek-belek Levi's konon. mahal bangat dong. Cutting pun macam tak kena je ngan makcik kampung macam aku nih. Belaka jenis strech. Dah rasa macam pakai legging. Baik beli legging lagi murah. boleh dapat 100 helai. wakakakaka... Try-try serba tak kena. Maka sales person itu pun meracun ku dengan brand lain pula. Ok la.. Lets give it a try. At least i get the colour i want. Ngehehehehe...

jeans jenama ROMP.
blom try blom tau...


tudung online 3 helai.


The tudung plak beli via online. Lama dah order, tapi sebab Pos Laju cekap giler sempena Cuti Tahun Baru Cina ni, katanya post office melimpah-limpah, maka parcel aku dah berzaman kat Pos Office. Sepatutnya mereka dah bersiap-sedia sempena musim perayaan ni. Mana boleh guna alasan tu. Customer bayar lebih kot untuk perkhidmatan Pos Laju. Anyway, tak kisahlah... Barang dah selamat sampai. Tudung 2 alam. 2 in 1. belah dalam corak lain, belah luar corak lain. so, boleh pakai terbalik-terbalik. 3x2, so aku ada 6 helai tudung. jimat. hihihi..

Actually 2 helai tu macam sama kaler. Aku cakap kat akak tu, lagi sehelai nak kaler hitam putih. Mana-mana pun takpelah. Tengok-tengok kaler cekelet tu dia bagi 2 plak. Tapi corak lain-lain la... Belasah je la. Dah sampai dah pun...





Tu blom campur set baju n seluar dalam. wahahaha... apa motip itu pun nak cerita? saja nk note down pembaziran-pembaziran yang telah kulakukan di kala jiwa dalam kekacauan. wakakaka...

Terperanjat beruk aku bila nak bayar.. Main kaut je kan. Tak sedar 1 bra tu harga dia Rm78 ++. nak dekat RM80 la dah kan. [elleh... baru RM80 dah kata mahal.org lain rembat ratusan takdek hal pun. kan? kecoh je minah ni kan? is kerana i is bukan orang kaya laaaaa~~~] selamba kaut 2. nasib baik 1 lagi tu murah jgk. kehkehkeh... sekali total makan ratus-ratus. tak tenggelam bijik mata hitamku. sapa suruh tak check dulu la kan. takpelah.. memandangkan takdela beli tiap-tiap bulan, aku redhakan aje.. sambil tengok wallet yang makin nipis.

lepas ni makan bubur n maggie ajelah......

T__T


3 comments:

  1. syoknya shopping.

    ala beb.aku juga cutting kampung,tapi pakai levi's carik cutting untuk org kampung la.mihmihmih..

    psl baju dalam tu.aku klu nk beli,belek2 klu harga sampai rm50 and above,mmg cancel la.terus kuar kedai.kedekutnya aku kan?tapi nak brand bagus2.

    ReplyDelete
  2. aku carik haritu, kata dia latest collection mmg strech aje. aku tak mboh yg streching. nnt aku stress.. hahaha

    baju dalam tu pn pasal tak sedar sebenarnya. masa nak bayar baru terperanjat...

    ReplyDelete
  3. aah.skrg ni mmg style kain nk stretch je.sebab tu aku asek beli size besar,last2 bila pakai dh mcm aku pakai seluar pinjam plak dah..stress la tu.

    baju dlm ni taktau nape mahal sgt ye.aku rasa selama aku beli ni main setahun sekali je kot.hahaha..kecuali la time aku pregnant.mesti aku carik yg baru.

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...