Monday, October 22, 2012

kuku kurung

Konfius dengan tajuk? This is just another random update.

Baru-baru ini menyiapkan 2 + 1 baju kurung untuk seorang akak tokey kain. Kain cotton dia jual memang marvellous cute! I tengok pun jiwa goyang. 

Banyak benda dukacita jadi kebelakangan ini. Cumanya di sebalik kedukaan itu, terselit jua nan 2+1 pasang baju kurung yang sempat disiapkan. Alhamdulillah...

mesti tayang hasil punya. don wori.

Cabaran kali ini, tuan empunya diri  membekalkan secukup-cukup kain sahaja. bila dapat kain 2 meter atas, 2 meter bawah dah siap potong, agak sukar skit sebenarnya. Tambahan pula tuan punya sedikit berisi. Kain untuk lapik leher tak dapat nak ambik. Maka saya gantkan dengan leher list yang saya tak pernah buat lagi sebelum ini. Dah buat sebenarnya tapi dah lamaaaaaaaaaaa dulu dah tak ingat. Jadi berbekalkan semangat yang kental, saya godek-godek jugalah. Kain untuk lapik span pun kena curi-curi kain dari kain dia lah... yang kaler kelabu plain itu.

Tuan empunya masih belum claim. Maka saya nerves. Ini adalah first attempt customer untuk cuba tailor baru. I lew tew tailor baru dia... ngehngehngeh...


Saya telah cuba menyiapkan baju ini dengan jari yang mengalami kecederaan akibat kecuaian dan kealpaan sendiri. Agak kelakar bila dah tua-tua ni tersepit pintu akibat perbuatan diri sendiri. hahaha. sila tertawakan i.

berdenyut nadiku pilu.


Alhamdulillah, bungkusan ke Langkawi, dua pasang kurung untuk adik beradik yang telah diwar-warkan di SINI telah selamat tiba kepada tuan tangan. Alhamdulillah menerima respon yang cukup baik. Lega sangat-sangat... Dia kata, anak sulung dia asyik cakap cantik... cantik...  YEE... maka saya wajib kembang setaman. 

Lega hati bila tau orang puas hati ok.. kerana i mementingkan kualiti. cewahhh sangat!






1 comment:

Thanks for dropping out your thoughts...