Tuesday, March 26, 2013

Being Parents


-dari aku yang belum ada anak tapi yang sedang jadi anak-


Anak-anak adalah amanah dari Allah...
Anak-anak sepatutnya menjadi harta dan aset. Samada aset di dunia ataupun di akhirat. 
Lihat cara anda didik anak hari ini. Anda siapkan anak anda untuk aset di mana?



Kita suruh dia solat dan puasa. Adakah dia faham mengapa harus solat dan mengapa harus puasa?
Kerana mak ayah suruh? Kerana Allah suruh? Mengapa Allah suruh?


Bila sudah dididik, sampai masa dia akan terbang dan berjumpa dengan dunia luar yang luas terbentang.
Hah... masa ni dah susah dah nak pantau anak-anak. Bekal kasih sayang, perhatian, didikan selama inilah yang bakal menentukan pilihan dan corak kehidupan dia. 


Ingat senang bila dah ada anak?
Amanah Allah. Akhirat nanti Dia akan tanya...


Bagaimana kita mahu anak-anak kita jadi pada masa akan datang, kita lihat diri kita sekarang.


Aku anak yang macam mana?
Aku rasa... aset dunia pun tak sangat. aset akhirat pun tidak juga...
Hmm... muhasabah diri semula apa tujuan hidup di muka bumi ini.


No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping out your thoughts...