Pages

Wednesday, March 20, 2013

Calar


Semalam aku bangun pukul 5 pagi.
Bangun untuk isyak lewat terbabas.
Kemudian sambung kerja-kerja menjahit.
Asyik di mesin jahit kemudian jahitan terbabas.
pukul 5.what do you aspect?
Ambil penetas dan tetas sambil baring... kemudian sambil tertidur pula.
Bangun 6.30 untuk solat subuh.
Waktu ambil wudhu' terasa muka pedih.
Macam ada kesan calar.
'owh...mana datang pula ni? habis muka i~~'
Sambil tengok wajah yang dah kemerahan dalam cermin.

Usai solat subuh, aku nampak seekor cicak di tengah karpet.
Diam tak berganjak.
Aku acah-acah pun dia buat tak reti jugak.

Aku saspek dia yang cakar muka aku.


No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping out your thoughts...