Thursday, March 21, 2013

Satay Kambing.


Kambing adalah haiwan kegemaranku. Maksud aku, bila aku nampak kambing, aku nampak dia sebagai sedap. Walaupun dia masih berjalan di tepi padang sambil meragut-ragut rumput bersama kawanan kambing yang lain di waktu petang. Sekiranya dia berkawanan, aku akan kata, 1 kawanan yang sedap. Haish... sambil menaip ni pun dah kecur air liur terbayangkan kambing.

Sewaktu zaman muda remajaku, di zaman aku dan teman-teman masih belum pasti akan masa depan, - kawin dengan siapa, anak berapa orang, di saat kami hanya memikirkan.. ok... lepas ni apa nak buat? lepas ni nak pergi mana? - kami akan berkumpul boleh dikatakan tiap hari makan malam bersama. 

Antara port kegemaran kami waktu itu adalah Nasi Lemak and Char Koew Teow Mali di Taman Bunga Raya.  Kami menghurung Mali hampir setiap malam. Sejak dari zaman menghidang dari meja ke meja hinggalah sekarang harus layan diri, saat dia masih belum ada cawangan di Danau Kota.. Style pelayan dia masih sama. Ada seorang yang biasa jaga cashier. Manis wajahnya. sentiasa senyum. Yang lain-lain? Hampeh sikit. Hahahhaha... Tapi mereka cekap dan pantas. Tak kisahla nak muka macam bagus or macam sombong, tapi mereka pantas di kaunter. Tak perlu tunggu lama. (itu dulu..zaman kami melepak sana. sekarang dah tak sure macam mana)

Waktu cawangan buka di Danau Kota, pekerja-pekerja kaunter mereka juga macam style sombong gitu. ehh...kena train macam ni ke diorang ni? Tapi waktu aku pergi masa itu, perkhidmatannya tobat lembap bikin aku panas hati. Tak macam Mali, Taman Bunga Raya. Aku dah lama tak pergi cawangan Danau Kota. Sekarang tak tau macam mana. 

Jadi antara dua tempat ini, masih aku pilih ke Mali, Taman Bunga Raya (TBR).

Kat Mali TBR ni ada sorang makcik ni jual satay. Selain makan nasik lemak n koew toew, kami akan order dengan makcik ni satay. Keistimewaan makcik ni, dia ada satay kambing. Kami yang gila kambing ni, memang biasanya akan order satay kambing dengan makcik ni. Biasanya sorang 4 cucuk. Satay kambing dia memang terbaekkk... Lemak-lemak gittew.

Setelah few of us dah berkahwin ni, kami jarang lagi lepak di situ. Baru-baru ini rindu dengan satay kambing makcik itu, kami decide untuk gathering dah buat port luck bertema Mali. Aku ditugaskan untuk cari makcik itu dan order satay kambing dengan dia. Malangnya, setelah 2 hari pemantauan ke atas Mali TBR, aku gagal menemui makcik itu. 


Mana lagi nak cari satay kambing eyh???


Kau sedap!!!
(image from goggle.)



3 comments:

  1. Sate Zul Kuantan! -- hahahaha.

    situ pun sedap sate kambing dia.ada sate perut,sate arnab,sate rusa..

    slurrrpppp!*meleleh dah airliur aku atas kertas kerja*

    ReplyDelete
  2. woi woi woi...
    ko tak hagak2 sajes kat Kuantan kan.. kalo aku smp sana, aku nak hentak2 kaki ah nak pegi jgk makan sate Zul..

    ReplyDelete
  3. aku keje kat jerantut!

    HAHAHAHAHA

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...