Menghairankan bagaimana makanan pertama yang masuk ke dalam badan kita adalah susu tetapi apabila sudah dewasa kelak, sudah lupa macam mana nak minum susu. Macam geli dan loya pula tekaknya untuk meminum sebuah gelas yang mengandungi susu.
Ya... aku adalah antara manusia itu. Entah mengapakah terjadinya fenomena itu. Siapa boleh terangkan, angkat tangan...
Seperti yang diwar-warkan dalam tv dan iklan yang kompem akan menyatakan produk mereka adalah terbagus dan terlaris dalam pasaran, Anlene adalah satu-satunya iklan yang menekankan tentang pengambilan susu untuk kalsium yang perlu dibekalkan kepada badan kita. Aidid Marcelo dan famili pun minum Anlene katanya.
Kerana telah berada dalam usia awal 30-an, maka dengan ini aku harus disiplinkan diri mengambil pemakanan sihat. Pemakanan sihat la sangat~~ susu je pun... Hahahaha... Sebenarnya sebelum ni pun dah ada war-warkan konon nak ambik Anlene dan jadi disiplin. Cita-cita terkulai layu di tasik madu. Anlene tersebut telah tamat tarikh dan bungkusannya tidak dibuka pun. Kahkahkah...
Maka dengan ini, saya try beli Anlene bungkusan kecik dahulu. Beli di pasaraya bawah area rumah je. RM6.70. Trial pack ah ni. Pagi tadi, instead of minum nescafe macam biasa, aku minum Anlene pule. Istikamah ka? We wait and see la...
haruslah perasa coklat...
ehem.u should take it dear.dpt minum segelas sebelum tidur pun dh cukup.ko kena minum jugak susu.kita dah tua..ohok ohok ohhokkkk
ReplyDeletePerlu..ttp sukar.. perkara yg x perlu tu rasa mcm x berapa ssh plak nk buat eyh.. hikhik.. all tge best to me..
ReplyDeleteCHAIYYOKKKK!
ReplyDeleteerr.emo sungguh.