Pages

Thursday, June 8, 2017

Lexis Penang Day 1

Assalamualaikum...

Dah bersawang berhabuk dah skill menaip ahkak ni.. walaupun kerja hari-hari depan pc, tapi skill mengupdate blog dah berlari-lari meninggalkan ahkak.. Meh akak try kejar...

Dah lama nak update pasal Lexis Penang ni. Nak dekat 2 bulan dah cerita dia bersawang.

Husband aku la kemaruk sangat nak tido Lexis. Dia cakap kat Aidil, kalau Aidil dah boleh jalan, papa bawak pergi Lexis Penang, boleh mandi swimming pool dalam bilik. Iyolah.. macam la dia dah boleh berenang lepas pandai jalan. Tapi rezeki ko la dik.. Tak berjalan pun lagi, papa yang tak sabar-sabar nak pergi. The most excited one mestilah kakak dia.. Nampak swimming pool tu dah macam hapa dah dia... memang gaya nak terjun tiruk terus.

Kitorang grab harga kat MATTA fair. Dah laki aku asek tanya bila nak balik kampung? Hahahaa... sebab kitorang amek 2 bilik. Sajalah nak heret mak ayah berjalan sekali. Mana tau kot boleh dapat adik sorang lagi. Tengok-tengok adik-adik jantan aku 3 orang tu mengekor sekali semua tido sekali ngn mak pak aku. Untunglah rezeki korang~~~



(15-16 April 2017)


Ni gambar ketibaan. Ramai jugak orang masa ni. Ingatkan bukan cuti sekolah takdela ramai sangat. Lagipun Lexis Penang tengah buat promotion. Tu pasal la ramai kot. Chek in time dia lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa gilaa... Tapi staff friendly la.. Nasib la budak-budak tak merengek sangat.

Geng bujang adik-adik aku dah tambah sorang ahli.

Nak jugak letak gambar aku seketul

Bergambo depan bilik weolls.
Kitorang request bilik sebelah-sebelah.


TADAAAAAAA...
Jom tengok bilik dia..

 Bukak-bukak pintu je, ada ruang sikit, then nampak ni..
Tak amek plak gambar ruang depan pintu tu.
Dia buat built in shoe rack yang kitorang discover hari kedua.
Bahaha...

Amek kau 2 katil king.
Nampak dinding belah kiri tu boleh slide kan

 Katil dah podot-podot dah...
Kompem la sampai-sampai kuak lentang dulu kat tilam kan...

 Ni dinding tadi tu

CAKK...
Lepas slide nampak area wide bathroom dia...
Pintu kecik tu jamban.

 Pintu lutsinar belah kiri tu almari pakaian dia. 
Iron dah siap ada tak  yah susah-susah nak mintak

 Jalan teruuusss lagi incik, nampak bilik mandi dia. 
Ada bath tab seketoi

 Ada 2 pancuran air.
Atas kepala tu, nampak?
 Sebelah bath tub tu ada wide window. 
Boleh skodeng orang tengah mandi pool
Ada blinds la boleh tutup kalo ko mandi bogel kan takut orang kat luar nampak. 
Kang bercuti ngn kawan-kawan, menyetan plak diorang p skodenk ko kat luar. 
Hahahahaha

Tengok la anak dara tu tak sabar-sabar.


Tu jelah pasal bilik dia... Yang kitorang ambik ni Premium Pool Suite.

Sebenarnya sampai-sampai tu memang dah kebuluq. Pak aku ni jenis nak masakan rumah. Siap bawak bekal la kitorang. Sampai-sampai je, semua serbu nasik bekal. Makan depan pool hadap laut. Layan~~


Adik-adik aku berjalan merewang sakan dalam hotel. Diorang memang pakai habis facilities hotel ni.


Ni gym dia.
Aku bajet nak bangun awal pergi bakar kalori jap kat gym pagi esoknya.
Tapi apakan daya, terlajak perahu bisa diundur, terlajak tidur, 
maka simpan ajelah lemak-lemak tepu tu...

Eksyen kau kan pergi gym. Siap selfie hantar kat family group. 
hahahahaha

Budak-budak ni ha siap main table tennis.

Eh kau... dah siap bergu plak lawan staff Lexis ni.
kenmain korang.

Table pool pun diorang belasah.

Nah.. belanja korang gambar Baywatch adik-adik aku ni layan pool bilik.



Malam tu memang kitorang aim dah nak cari Seafood. Masa google internet haritu, ada orang sajes apatah nama kedai tu, katanya 5 minit drive je dari hotel. Jumpa nama yang akan-akan, ingatkan bukan kedai tu. Tapi rasanya memang kedai tu. maybe blogger tu salah tulis nama kedai atau kedai tu dah rebranding. hahaha.. bukan rezeki kitorang la kat situ.

Apak aku sebenarnya aim nak makan depan pantai. bawah tu ada kedai makan. Lajuuu je dia jalan sampai ke depan pantai tu.. Memang dekat sangat la dengan hotel. Tapi actually kedai bawah-bawah tu kedai Cina je yang ada. So, kami tak makan la situ.

Patah balik and tanya orang hotel, mana nak makan best kat situ.. Dia sajes pergi kat D'Seafood Paradise. Dia cakap, nak makan kat kedai yang dekat tu(betul la aku tak ingat nama.nak google balik malas..), ok jugak. Tapi kedai lagi satu ni jauh sikit. Dia kata, mahal sikit tapi berbaloi la, sedap. Katanya... Maka kami gigih la on Waze dan mencari. Memang agak jauh terpencil tersorok jalan nak masuk dia. Memang mencuakkan. Ramai orang. So, kami bajet pun memang sedap la kedai ni. Ceruk-ceruk ni pun ramai orang datang.





Nampak meriah kan... Banyak jugak benda tak habis tu. Kitorang order soft crab ngn sotong goreng tepung kot tak habis. Ikan tu boleh jugak gagah-gagah telan sorang sikit. Soft crab dia tak berapa sedap. Sotong tu sebab amek banyak sangat kot tapi pun tak berapa sedap jugak rasa dia... Yang tak habis, kitorang tapau, bagi dekat guard Lexis...


Panjang plak... Sambung Part 2 la...
Kikiki


No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping out your thoughts...