Few days back, menjadi sangat rindu kepada ibu bapa yang jauh di mata sekarang. Dek kerana PC saya adalah PC zaman dah tak berapa nak maju dah, maka banyak kekurangan yang ada pada dia. Cadangnya nak gantikan dengan iMac 21" atau McBook aje. wahhh...banyak duit kau Lijah? tu pasal la saya bercadang aje. Kalau duit saya banyak, sudah tentu cadangan itu tidak tinggal cadangan tetapi adalah kenyataan.
PC tiada webcam. Tidak dapat Sykpe ibu bapa. ibu bapa sekarang pun sudah moden. Sykpe sudaaaa.. halaju PC juga macam sedikit haram. lembap macam silambam. maka saya jarang berinternet di rumah. biasanya update blog dan facebook secara haram di kantor sahaja. Streamyx kaya sebab orang macam sayalah. Bayar tanpa guna. Bila tak banyak guna, tak banyak complain. Maka customer service pun suka.
Terasa sangat rindu pada mereka. Besides that (nak guna di samping itu, tapi nampak macam formal sangat), ada benda nak tanya, nak mintak pendapat diorang. And once upon an evening, all of a sudden, tetiba number yang tak dikenali terpapar pada skrin telepon Sony Ericson Walkman yang maju giler itu. WAAAHHHHH.... mommy daddy telepon!!!! i was so excited! Rasa sangat lega dapat mendengar suara mereka!!! sangat rindu merekalah i tell you!
tak boleh cakap lama. Bil mahal nanti. maka pasrah. Tetapi hajat hati mendapat kelulusan. maka excited lagi. keijinan telah diberikan. Maka 2 beradik bertuah ini kini telah menjadi teman saya di rumah. Happy? walaupun mengalami poket yang rabak, tetapi of course im happy!
kebetulan rindu ibu bapa, kebetulan ibu bapa telepon. itu rahmat bukan?
2 beradik yang amat kucintai
kini jadi teman setia di rumah
mmg la teman setia, dia bukan leh jalan p mana pun~~
Petang kelmarin, semasa sedang mengaji, terjumpa hukum saktah(correct me if im wrong), yang ada huruf sin kat atas tu kan. and then ter-remember yang dalam surah yasin pun ada huruf sin itu. selama ini hanya tau yang harus berhenti senafas di situ. tetapi tak sure apa hukumnya. Dalam hati terdetik nak tanya kat fb wall Ustaz Don Daniyal. dia kan ada episod Tajwid.
Tup tup bukak TV Al-Hijrah, 9.30pm malam tadi, Ustaz Don sentuh tentang kesalahan-kesalahan dalam bacaan yassin. Maka hukum saktah itu pun termasuk sekali dalam topik itu. saya pun sembang sorang-sorang dalam hati.. 'e eh... ni baru tadi je terdetik nak tanya Ustaz Don. sekali tak sempat tanya terus dia jawab daaa....' sambil membajet saya dan Ustaz Don ada connection. hahahahaahaha...boley blah.
kebetulan nak tanya Ustaz Don, kebetulan Ustaz Don jawab sebelum tanya. itu memang rahmat la... hihihihi [gelak gatal]
Kebetulan dan rahmat... itu mungkin datang dari Allah. syukur Alhamdulillah....
aku selalu rasa gitu.. 'the coincidence'
ReplyDeletesetiap kali aku was-was kan sesuatu yg berkait dgn nak bljr lbh dkt ttg islam tak kira dr segi tajwid,fardhu ain,sirah,taddabur or what so eva, dgn kuasa Allah aku dpt pentunjuk dan jawapan tak lama selepas itu.
then lama² aku realize sesuatu. Hey! Allah dgrlah hajat aku! Allah makbul la keinginan aku! Allah show me the way. Allah help me. dan ketika tu aku ajar diri aku utk lebih bersyukur atas setiap yg apa Allah beri kini.
BERSYUKUR IN EVERY SINGLE THING!
kalau niat kita ke jalan Allah pasti Allah tlg kita.
wah...kau shem...
ReplyDelete'the coincidence' gitew...
insya-Allah kalau kita ingat Dia, Dia akan ingat kita...
wallahua'lam...