It was 10-11 March 2012.
Semenjak punya cik putih, saya juga mencari-cari dan tercari-cari geng cik putih. Kasihan sama dia, mahu kasi kawan. Tak nak dia jadi Mr Lonely. Pernah satu tika, saya nampak satu gerombolan geng cik putih sekalian berkonvoi ke Stadium Bukit Jalil. pergh... hati berdarah. i wish i was in that convoy.
Alhamdulillah saya diberi kesempatan itu. Berjumpa satu geng berkenderaan yang sama. Walaupun saya buta hal ehwal kereta, dari segi penjagaan enjin, performance, modified dan segala-galanya, mereka masih menerima saya dengan tangan terbuka, malah sedia membantu. Mereka memang Cool.
9 March 2012
saya import adik dari Kedah turun KL untuk bersama-sama join konvoi ke Terengganu. Dia excited. Sanggup turun. Saya pun of course lah excited juga. Ini pertama kali bagi kami. Dia sampai 4 a.m pagi-pagi buta. Jemput dia di Hentian Duta, kemudian pulang dah tak boleh tido, kemudian terus siap-siap g kerja.
Petang itu pulang kerja, ngntok gilos. Cuak dah ah camana nak bawak kereta jauh-jauh ni. Tapi takpe, semangat kental. Tido jap. Pukul 10.30 pm bergerak pergi meeting point - Petronas Gombak.
Bergerak dari Gombak 6 kereta. First time join, diorang pass Handy supaya senang nak berkomunikasi. tak payah nak telepon-telepon buat habis kredit. Nak mencarut pun senang. tekan button, carut-carut. Lepas tu, tekan button, just nak gelak aje. Lutut rasa kebas kejap sebab tak pasal-pasal diorang bagi tanggungjawab untuk pegang salah satu handy. mana nak drive lagi. mana nak pegang handy, nak halo halo lagi. first time maa... goyang ah lutut. tapi lepas dah biasa tu, dah macam pro macam berlagak plak dah. kahkahkahkah. dasar lupa daratan!
Dalam 12 lebih baru gerak. Straight to Kuantan. Ada la berhenti 2 stop sebab ada yang nak terkencing. Kemudian ada yang nak buang air besar. Potong betullah...
Meeting point. Petronas Gombak.
first time kena pegang handy.
halo halo... bola satu ke bola dua.
sedikit info, taklimat dan ceramah mengenai konvoi
siap pakai letak lampu atas keter untuk marking konvoi.
mmg la aku eksited weh.
har har har
dari kiri, cepat jalan!
arriving at Kuantan.
pick-up 1 lagi kereta.
Lepas pit-stop kat Kuantan to pick up 1 lagi kereta, we headed straight to Marang, Terengganu. vrooommm~~~~
10 March 2012
Sampai di Marang pepagi buta. rasanya dalam 6 lebey nak dekat kul 7 jugak. sempat solat Subuh di ambang-ambang waktu kat Resort. kemudian geng-geng girls berhempas pulas pula buat reben nak taruk atas kereta. cis. masing-masing tak reti. suku waktu pertama, masing-masing masih mencuba. suku waktu kedua, 2 orang dah tumbang cover tido. tinggal saya n sorang je lagi. masing-masing punya keazaman nan kuat. Tapi reben masih tak nampak rupa. -nangis-
owh lupa nak habaq. ini rombongan nak pergi team member punya kenduri kawin. so, group hantar few kereta untuk arak pengantin time kenduri. itulah yang ada usaha jaya bakti nak buat reben letak atas kereta tu.
saya sempat lelap mata sekejap, setelah hampa dan kecewa dengan hasil tangan sendiri. 10 a.m terus siap-siap mahu ke kenduri kahwin itulah.
posing promote Resort
menghadap ke laut i tell you.
syahdu.
berlakon poyos
berlakon poyos sama adikku
dengki sama kucing ini pasal dia boleh tido.
saya tak bley tido.
the girls
operasi memasang reben yang jadi tak jadi itulah
pengantin yang sempoi.
pakai kipas angry bird je.
cumil sangat. haha.
bergambar dengan Hafiz, Awan Nano
peserta rombongan cik putih.
kurang sorang pasal dia balik dulu,
sakit gigi katanya.
Dah jadi entry bergambar plak dah. ayat sebaris dua aje. takpelah. aku sudahi part 1 trip cik putih di sini. to be continue in part 2, 3 and 4. wah...best nih feeling2 drama sequal. daaa~~~
wahhhh konvoi yg pertama sukses la eh!! tahniah!!
ReplyDeleteku pikirkan myvi rupanya bukannn..
neway caiyorkk!!!
cepat update yg part 2 lak =))
mula2 ingat nak update sekali terus je semua dlm 1 entry. sekali byk plak dah nak letak gambar. kahkahkah....
ReplyDeletei will update soon. tq