Wednesday, October 31, 2012

Smocking technique

Very nice smocking techniques. Just for my future reference... jahitan,





Rapuh...


i cried. i cried and i cried last night.
i cried my heart all out.
then i sleep.


Pagi ini, seawal 4.30 pagi terbangun celik bijik mata. tak dapat lelap. tak dapat tidur kembali.
segala macam jenis persoalan turut sama celik bangkit menerjah dalam minda, serentak masa dengan celik biji mata.
kemudian air mata turun lagi.


Air wudhu' diambil.
Tahajud, Istikorah diselesaikan.
Semoga Allah kuatkan hati ini.
Semoga diterima amalan.
Semoga ditenangkan hati.
Semoga ditunjukkan jalan.
Semoga ditunjukkan jalan keluar bagi tiap permasalahan.

Kemudian jiwa tenang seketika.
Harap ada semangat dan jiwa baru menjelang November.


Tiadalah lain yang diharapkan agar mereka beroleh kebahagiaan mereka.
Saya tahu banyak silapnya saya dahulu.
Maka saya lihat dari perspektif yang lain.
Allah nak duga, nak sedarkan diri ini.
Semoga saya dapat berubah, menjadi insan yang lebih baik.
Semoga lebih banyak sabar.


Cuti Deepavali ini, mahu pulang ke kampung.
Mahu peluk ibu bapa kuat-kuat.
Banyak dosa pada mereka.
Harap mereka turut lembut hati.


Harap hati dapat terus kuat.
kerana sekarang ia sedang rapuh sekali...



Tuesday, October 30, 2012

....

baru dapat tahu...
dia akan berkahwin pada Disember ini...
dan dia yang seorang lagi, sedang menanti penuh debar ketibaan sebuah cahaya mata...

dan diri ini...
masih disini...
sendiri....

Ya Tuhan...
dugaan apakah ini?







Monday, October 29, 2012

Secebis cuma...


aku hanya meminta secebis bahagia
hanya menuntut sedikit hak
untuk menjadi manusia biasa atas muka bumi ini

namun dari dulu ada saja rintangan
ada saja yang tidak kena
ada saja alasan

Allah....
kebergantunganku hanya pada-Mu saja
jadikan jiwa rapuhku ini kental ya Allah....

Tuesday, October 23, 2012

Ted




I watched this movie last week. its cute, its funny, and it is more to 18sx. The words used in this movie are not suitable for kids viewing.

The teddy bear is super cute. But the cuteness is on appearence only. 

Teddy bear ini sangat kasar sebenarnya. Menghisap ganja, flirting with girls and bahasa yang err.. rough.  

Ada 1 family yang duduk di depan saya, terpaksa keluar kerana filem ini sangat tak sesuai for kids. Kasihan dia kerana bawak anak yang mungkin dah berangan nak tengok teddy bear cute giler yang come to live. Anyhow, tak tau macam mana the family dapat masuk. maybe tak sedar ada Rating18 yang diletakkan. Maybe juga orang wayang ingat budak itu under parenting control, so tak apalah. Hahaha...



Kesimpulan - biasa-biasa aja ceritanya. but the teddy is cute. :P
                       - and dont bring your kids to watch this movie...


Monday, October 22, 2012

kuku kurung

Konfius dengan tajuk? This is just another random update.

Baru-baru ini menyiapkan 2 + 1 baju kurung untuk seorang akak tokey kain. Kain cotton dia jual memang marvellous cute! I tengok pun jiwa goyang. 

Banyak benda dukacita jadi kebelakangan ini. Cumanya di sebalik kedukaan itu, terselit jua nan 2+1 pasang baju kurung yang sempat disiapkan. Alhamdulillah...

mesti tayang hasil punya. don wori.

Cabaran kali ini, tuan empunya diri  membekalkan secukup-cukup kain sahaja. bila dapat kain 2 meter atas, 2 meter bawah dah siap potong, agak sukar skit sebenarnya. Tambahan pula tuan punya sedikit berisi. Kain untuk lapik leher tak dapat nak ambik. Maka saya gantkan dengan leher list yang saya tak pernah buat lagi sebelum ini. Dah buat sebenarnya tapi dah lamaaaaaaaaaaa dulu dah tak ingat. Jadi berbekalkan semangat yang kental, saya godek-godek jugalah. Kain untuk lapik span pun kena curi-curi kain dari kain dia lah... yang kaler kelabu plain itu.

Tuan empunya masih belum claim. Maka saya nerves. Ini adalah first attempt customer untuk cuba tailor baru. I lew tew tailor baru dia... ngehngehngeh...


Saya telah cuba menyiapkan baju ini dengan jari yang mengalami kecederaan akibat kecuaian dan kealpaan sendiri. Agak kelakar bila dah tua-tua ni tersepit pintu akibat perbuatan diri sendiri. hahaha. sila tertawakan i.

berdenyut nadiku pilu.


Alhamdulillah, bungkusan ke Langkawi, dua pasang kurung untuk adik beradik yang telah diwar-warkan di SINI telah selamat tiba kepada tuan tangan. Alhamdulillah menerima respon yang cukup baik. Lega sangat-sangat... Dia kata, anak sulung dia asyik cakap cantik... cantik...  YEE... maka saya wajib kembang setaman. 

Lega hati bila tau orang puas hati ok.. kerana i mementingkan kualiti. cewahhh sangat!






Thursday, October 18, 2012

Lelah


Kadang-kadang terasa lelah dengan kehidupan ini.
at this stage, saya tidak tahu apakah lagi tujuan sebuah kewujudan.
seolah tiada wujud. tiada punya arti apa-apa.
Patutlah Islam menghalang dan menjatuhkan dosa besar atas manusia yang mengambil nyawanya sendiri.
jika tidak, sudah tentu ramai.
Yang mencari, tercari, serabut jiwa melayan perasaan sendiri, tak tahu arah tuju hidup. 
Yang tiada iman di dada, sudah pasti syaitan bersorak gembira.


Duhai ibu bapa...
anak-anak adalah amanat Allah. bukan sekadar melahirkan, kemudian mereka wajib turut dan taat padamu.
pimpin tangan dan bimbinglah mereka. mereka wujud atas kehendak kamu.
atas keinginan kamu.
amanat itu selagi bernyawa...



Harap iman di hati ini masih ada. Walau tidak tebal, biarlah ada.....



Monday, October 15, 2012

Kurung moden kain kipas and my wedges


Alhamdulillah, Sabtu lepas berjaya pergi kelas. Dengan jayanya, masih lewat sejam. HAHAHHA... hampeh punya student. bila tah nak insaf? Takpelah, ini maknanya memberikan ruang buat rakan-rakan lain belajar dan menggunakan cikgu buat sejam yang pertama. Ah... bunyi macam baik hati sangat, tapi ni alasan je kan? 

Pada petang itu, saya harus menghadiri majlis perkahwinan seorang teman. Baju yang sepatutnya digunakan, tak sempat siap cikgu kata. oo yeah, i tempah baju kebaya dengan cikgu. Nak tunggu jahit sendiri, tah bila tahun la nak siap. Silibus baju kebaya masih belum masuk. Tapi saya tak boleh salahkan cikgu, sebab dia dah kata macam tak sempat siap tapi i paksa juga dia amek. HAMEK KAU! memang tak sempat siap pun.  

Bila pulang ke rumah, mula lah berpening lalat pikir nak pakai baju apakah ini? Temanya dark pink. makanya... TENG! baju kurung moden yang belajar kat kelas pun hampir siap sudah sebenarnya. Maka saya pun meligan diri untuk menyiapkan baju kurung moden yang belajar dalam kelas itew. 4.15pm siap! 4.30pm terus siap-siap nak p kenduri. Kawan saya buat hi-tea. Kenduri dia memang start petang. 


Baju kurung moden, kain kipas, lengan getah.
Kain beli kat Nagoya. semeter RM8 (kalau tak salah)
Oleh kerana baju adalah warna warni, 
maka saya belasah aje pakai shawl dark pink konon.
Pelamin dia sangat sweet kan?   


Cerita n gambar pasal kenduri kita up later okeh. [janji palsu kah ini?]






And ini adalah kasut a.k.a wedges terbaru koleksi saya. Larrie - beli di Parkson and adalah sale 50%. Setelah diskaun, harga adalah Rm30~~ lebey kurang. Rembat sahaja sebab kasut yang selalu belasah ni macam dah nak arwah. Bedal pegi jalan dan juga pergi kerja. Tapi oleh kerana wedges adalah lebey  kurang 3 inci tinggi, maka terus rasa bersalah nak pakai g opis. Nampak panjang menggalah i pun tak selesa. harus cari flat pula untuk ke opis.

Saya suka rebennya ituu~~~ Nampak macam kiut and classy konon~~~. Dont care lah... saya sukeeee~~~

Lately ini, saya suka pulak pakai wedges. Padahal baru ada 3. Oh... 1 dah arwah, maka tinggal lagi 2. Yang arwah itu pun saya lenjan sampai tercabut, tertakbolehpakaidah... Walaubagaimanapun, wedges tinggi tak sedar diri ini hanyalah boleh dan selesa dipakai sekiranya saya bersama orang-orang tertentu sahaja. Contohnya kaum keluarga. Sekiranya pakai di sekitar mereka, saya akan menjadi halus ya amat. Maka memakai wedges tinggi adalah rasa tidak bersalah sama sekali. tetapi jika tidak, biasanya saya akan look like a giant.


Seeing a long lost friend and i look like a giant.
Waktu kami form 1 dulu,saiz adalah sama.
[without 3 inch wedges]

around family members.
I look like an ant! hahaha
[without 3 inch wedges]

See what i meant???
But usually, i would love to wear my super comfy slippers. Hahahaha....


Thursday, October 11, 2012

Galaxy Note 2



I actually tak paham pun apa dia cakap. Yang saya tau, Note 2 dah keluar and it look awesomeness!!!!

Saya adalah peminat tegar Samsung Galaxy Note. Saya menelan air liur selama ini sewaktu melihat Galaxy Note keluar. Harga ya Rabbi i tak mampu~~~ memang jatuh cinta pandang pertama pada dia. Semasa orang mengatakan iphone2, iphone3, iphone new, iphone 18, s2, s3, ss2 segala, i dont care. I just want Galaxy Note. Note. Note. Note. Mengapa? Tak taulah. cinta pandang pertama memang begitu agaknya.

Sekarang Note dah keluar Note 2 pulak. Note 10.1 juge. tahukah bagaimana perasaan saya? Saya rasa saya sangatlah mahu menangis teresak-esak. Kerana saya mahu!!! tapi saya tak mampu~~~ Mengapakah dikau keluar Note 2 n Note 10.1?? Mengapa dikau melakukan daku seperti ini??? Dikau kejam!

I sentap ngn Samsung. Dengar citer harga Galaxy Note 2 ~ RM2.5k. T___T  <- menangislah ni!!!!

I adore you~~~
Yes you Note 2!


Words of Wisdom...


It is not easy to live life sometimes, and face the world with a smile when you're crying inside. It takes a lot of courage to reach down inside yourself, hold on to that strength that's still there, and know that tomorrow is a new day with new possibilities. But if you can hold on long enough to this, you'll come out a new person. Stronger, with more understanding and with a new pride in yourself from knowing that you made it. Just because you fell apart doesn't mean you're broken. Have Faith and never, ever give up!!! :)



Allah knows what's hidden in the deep recesses of our hearts. Those feelings of pain, anguish, resentment, love, hatred, bitterness, longing, etc. that we so successfully hide from everyone else, including our closest family members and friends.

So why not let it all out. Why not let Allah be your "therapist". Let your prayer mat be your "couch" while you reveal and ask the One who is in control, Who knows you better than you know yourself, for all that you want

The home is the child’s first classroom.
Parents are influential in shaping not only their children observable behavior, but also their reactions and attitudes. Also the way a child is treated by his parents largely determines how he will treat other people later in their life , and Children follow more what parents do than what parents say.
So be wise models to your children and be careful - They are watching you live your life

[all taken from :- https://www.facebook.com/pages/When-Your-Life-Is-In-Darkness-And-Nothing-Seems-Right/186809978001677]


Satu dosa jika anak anak tidak medoakan ibu bapa mereka- Ustaz Dasuki-tv 9 now. Apa lagi kalau kita merasa sakit hati pada ibu bapa. Jom ubah bagi sesiapa yang ada masaalah dgn ibu bapa- Kenangkan masa kita baru lahir segala kebaikan yang di beri oleh ibu bapa. Bagi mereka yang masih tidak dapat memaafkan ibu bapa cuba kenang bagaimana hasil kehidupan kita- apakah ia bertambah baik? Jika kita mahu Allah ampunkan kita kita harus maafkan semua orang apatah lagi ibu bapa sendiri- Selagi tidak memaafkan selagi ego dan semakin dekat dengan syaitan . Bayangkan sakratul maut, alam barzah, padang mahsyar, menerima buku timbangan dan melalui titian sirat kita setiap kali membuat keputusan dalam fikiran , emosi dan tindakan kita. Jom audit diri

[taken from Prof Dr Muhaya's ]


Im feeling down. So i need more words of wisdom to digest within myself. [There are more in the facebook. That's why i still need my facebook account.] untuk lebih muhasabah diri.... I paste some here, just to share...


Tuesday, October 9, 2012

Kurung lagi..


I have so much things going on. I have so much to write about sebenarnya... Tetapi ilham dan mood mengarang susah betul nak datang sekarang. so, for now, biarlah saya update the latest hasil tempahan yang siap sepenuhnya dan bakal di pos kepada customer yang berada all away from Langkawi. 

2 pasang baju kurung, zip belakang dengan button ladybird with kemasan leher mata lalat untuk anak-anaknya...



Aint it cute?



Ada lagi 6 pasang yang perlu disiapkan hopefully sempat siap before cuti raya haji...


Friday, October 5, 2012

Doa Dhuha




Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...
Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...
Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh


Doa yang sangat cantik. 
Ayat yang sangat indah.
Begitu Allah hendak kita mengingati-Nya.


Wednesday, October 3, 2012

Debat Perdana Pengguna Siswa


Ola! Assalamualaikum....

Ok... Its suppose to be Wordless Wednesday. but i have never care. kehkehkeh.... 

Saya tau saya masih dirundung kesedihan. tapi kita ketepikan itu dahulu kerana sebenarnya masih banyak lagi perkara-perkara yang menarik telah berlaku ke atas diri ini yang telah menjadi kenangan semata dalam hidup ku ini. Biasalah, kalau hati tengah rawan, kaki tangan pun jadi lemah berantakan. wahh... ayat apakah ini? Sejak menjadi sedih ni, saya rasa ayat-ayat saya ada sedikit lagi boleh jadi sasterawan negara. kehkehkeh...

Cerita ini adalah tidak sedikit kebelakang. It happened on 12 - 14 May 2012. 4 months back. Kalau tanam pokok cili pun agaknya telah berbuah jika ditinggalkan selama 4 bulan. Adakah? kerana saya tidak menanam pokok cili maka saya sebenarnya adalah tidak tahu.


12 - 14 May 2012 adalah tarikh berlangsungnya Debat Perdana Pengguna Siswa antara mahasiswa mahasiswi seluruh Malaysia yang bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ~ my own university, once i was a student there~~~. 

I was there and watch few debates. I must say, WOWWWW!!! They all are so amazing! 

Credit must be given as they all are brave enough to speak in front of people. I must say, mereka memang nampak yakin dengan diri sendiri. Ada jugak yang nampak takut-takut. For the first time maybe, tapi i must salute coz keberanian untuk berdiri dan menyampai hujah itu sahaja sudah cukup untuk membuat ketar lutut sebenarnya.

Maybe it was the first time untuk mereka merasa pengalaman berdebat British Parliamentary Style. Kerajaan Pembuka akan melawan Pembangkang Pembuka, Kerajaan Penutup akan melawan Pembangkang Penutup. Each team (consist of 2 person) dari universiti yang berbeza. Pihak Kerajaan tidak sepatutnya membangkang hujah sesama kerajaan, dan begitulah pembangkang, tidak sepatutnya membangkang hujah sesama pembangkang walaupun mereka dari universiti yang berlainan. Well, at least itulah seperti apa yang diterangkan waktu taklimat. For more info, boleh google tentang format ni ok. Takut saya salah bagi informasi.

Mereka akan diberi masa selama lebey kurang setengah jam kalau tak silap saya, setelah tajuk diberi on the spot untuk mereka bersama-sama team yang dibawa sekali untuk meng'google' dan membantu memberikan point-point dan isi-isi hujahan.

I must say team Kerajaan Pembuka adalah team yang membawa watak yang paling susah kerana mereka harus membawa seluruh isi debat mengarah kepada topik dan supaya tidak terkeluar dari topik sebenar. Mereka menanggung tugas berat untuk memberi definisi tepat untuk tajuk yang diberikan, sekaligus  harus memikirkan isi yang konkrit untuk penghujahan mereka. Sekiranya salah pemberian definisi, maka seluruh proses debat akan terganggu kerana pasukan lain harus meneruskan debat dengan isi dan hujah mereka, tapi dalam masa yang sama harus membawa semula pengertian yang membalik kepada topik asal. And... this will totally effect their marks.


I didnt snap any picture of the debates were in progress kerana takut mengganggu. Adab sopan harus dijaga hokeh. Berharap dapat curi sikit gambar dari organiser sebenarnya, tapi mcm sibuk sangat je la kan? Hahahahaa... 

I must say the debators are well presented, ada yang berperwatakan yang sangat menarik, ada yang hensem omaigod i pandang mata u, u pandang mata i balik. i buat donno je coz i tau u budak sekolah camana nak sara i. hahahahhaa.... ada yang pakai contact lense kaler and owh canteknya i tengok u dengan blazer sangat stylo i tell u. Well, ada jugak team yang annoying skit, tapi itulah asam garam manusia. barulah happening kan dapat tengok debates macam tu. 


tengok and komen on presentation dan tujahan suara, i dah rasa macam i ni Jennifer Lopez or Paula Abdul plaks. Nasib baik uolls tak nyanyi masa debat tu, kalo tak i kena singkirkan uolls and i nangis coz hati i bukan kristal~~~


UKM muncul juara!!! You go UKM! Mestilah proud coz i adalah ex UKM kan. (but too bad saya tak berkesempatan menyaksikan any of their debates... debat  berlansung serentak dalam beberapa buah bilik mengikut kumpulan masing-masing)

But kuddos to all the debators... You all sangat hebat, like seriously sangat hebat!!!

some of the students yang tengah tekun mendengar taklimat dan pengagihan tajuk

KPDNKK

the extra huge banner

Dato' Sri Ismail Sabri banner

~the little evidence of my existence~


For me, program ni bagus untuk pendedahan pelajar-pelajar kepada fungsi dan hak kepenggunaan. Pada pandangan peribadi saya, di Malaysia hak kepenggunaan masih baru hendak diserapkan supaya masyarakat lebih aware dengan hak mereka. Most of pengguna yang tidak tahu akan hak mereka sebagai pengguna akan ditindas oleh pemaju/contractor/peniaga etc. It is more than winning the debate, but more to ilmu yang hendak mereka korek, guna dan pakai pada masa akan datang. Students are also a consumer...

Aiceh... dah macam wakil rakyat nih.

---owh... by the way, i adalah juri jemputan...----


Tuesday, October 2, 2012

Garis Waktu...


garis halus makin ketara di bahagian mata
aku dikejar waktu
biological clock berdetik terasa lebih pantas

hati, naluri, keinginan
melonjak rasa
cemburu iri hati
melihat  mereka-mereka sudah membina penghidupan masing-masing

aku juga ingin...

yang sama mengerti hati ini
yang tempat berpaut harapan
yang tempat ku disisinya
yang susah senang bersama
yang tempat luah bercerita
yang sama melahir dan membesarkan

hati dipagut rasa sunyi
rasa bentak
rasa berontak
melihat jari-jemari yang masih kosong



ironinya, tiada siapa peduli.
Tiada...

Namun segalanya kuserahkan pada Dia yang Maha Mengetahui...