More updates on my sewing activity. Baru-baru ini telah berjaya menjahit jubah seorang anak dara yang belum akil baligh. Beliau adalah tidak lain, tidak bukan adalah anak buah daku, which i like to call her as Cik Piah. Marah dia kalau saya panggil dia begitu. Hahahaha...
Kain sudah dapat sebelum raya puasa lagi sebenarnya. Tapi hanya baru-baru ini sahaja saya berjaya menyentuh dan memberanikan diri membelasah kain tersebut. Pernah cuba buat pola dan bawa ke sekolah, tapi cikgu kata bukan begini nak buat jubah. Oh... harus pasrah ketika ini. gelabah juga. Kerana sudah pertengahan bulan 10 dan dia nak pakai bulan 11. kerja last-minit. Tak pernah berubah. Hahahaha...
Maka dengan pola yang tak jadi itu, saya pulang dengan pasrah. Cakap pada kakak ipar, cikgu kata kalau buat jubah kena begitu begini entahlah bagaimana. Kalau dirimu sempat mencari tailor lain, suruhla orang lain buat. Atau mahu percaya dan berserah diri dan bertawakal pada Allah, agar ibu saudaranya yang comel ini dapat menyiapkan jubah nan sehelai itu demi hari penganugerahan tamat pra-sekolah beliau. Maka kakak ipar berkata, "tak kisahlah. Jahit jelah " dengan muka kelat-kelat masam. Hahahahha...
Sebelum pulang raya Haji tempoh hari, abang saya pula sms tanya - "dah siap ke baju kakak?". Hahahahaha... see~~ mereka sangat risau. Mengapalah tidak percayakan saya sangat ni? Sebenarnya ini telah menyebabkan saya lebih menggelabah. Maka saya reply dengan nada cool - "don wori... sempat punya" padahal debar di dada jangan cakaplah. Terus capai kertas pola malam itu, lakar lebih kurang je ikut jubah contoh yang dah diorang bagi. Kemudian terus potong kain, baca bismillah banyak-banyak. Cantum lebih-lebih kurang supaya boleh tunjuk pada mereka. Sekurang-kurangnya dapat melegakan sedikit hati mereka walau hatiku ini bergelojak nan hebat tak terkata.
Sepanjang proses menyiapkan jubah ini, memang saya rasa sangat saspen. Boleh ke dia masuk ni. Muat ke, tak ketat ke? Mula-mula ingat nak buat zip belakang. tapi rupa pola pun dah macam tak paham sangat boleh cantum ke ni? Maka niat suciku itu dibatalkan saja. Tu yang risau boleh masuk ke baju tu dengan dia. takut ketat di ketiak. Proses termenung panjang pun banyak juga. Terkompius-kompius camanalah nak buat leher dia ni. macam mana nak finishing and so on, so on...
Maka akhirnya, saya amat berbangga dengan hasil belasah hentam kromo diri ini. Presenting jubah for 6 years old girl~~~~
the jubah itself
bahagian belakang
bahagian depan
tambah sikit lace dekat cantuman lengan hadapan
Ini adalah few of her best shots. Believe me, susah nak dapat shot dia ni. Muka pempuan habis dah. Baju nak pink pink aje... Perangai... isk isk isk...
kalau tak, dia mintak nak posing macam ni!
Nanti hari ikhtifal, amek gambar banyak-banyak lagi ye Cik Piah... Nak jugak tengok baju kawan-kawan dia macam mana....
Abang saya tanya: berapa upah?
saya jawab : kasih sayang yang tidak berbelah bagi~~~
No comments:
Post a Comment
Thanks for dropping out your thoughts...