I went to a pharmacy to servey the Kinohimitsu Collagen idaman kalbu. sebenarnya semasa itu adalah untuk menservey harga. Dulu masa kakak aku single dia selalu ajak pergi farmasi itu, tak tahu mengapa. Samada alasan dia barang yang dia nak kat situ biasanya ada, ataupun harga kat situ murah sikit. Im lost memory sudah. Aku pergi jengah, sebab memory lost, aku andaikan kakak aku suka pergi situ dulu sebab harga dia murah sikit dari harga farmasi lain.
Memula tengok macam tak ada dalam stok. Bila tanya orang dalam tu, katanya ada dalam store.
Di muka depan pintu farmasi tersebut, ada 2 nyonya bukak booth. mula-mula aku buat dek je kepada mereka. Tapi tempat kolagen itu berada adalah di belakang mereka. Sementara menantikan orang kedai itu mengambil stok di store, aku ditinggalkan kesepian di situ. (aku tak pgl pharmacist kerana tak sure dia ni setakat kerja kat sini atau betul-betul masa belajar dulu dia amek pharmacy dan kerja di farmasi. get what i want to tell?)
Nyonya itu apa lagi... Approach sudah...
"Miss.. mau check itu usus ka?" the 1st nyonya agak ramah.
"Aik? macam mana check?"
"Sila duduk. isi nama and phone number. Sekejap saja.... Ini kita check pakai gelombang. bla bla bla..." tak ingat dah apa dia cakap.
Petugas farmasi pun datang menunjukkan kotak kolagen kepada daku. Sempat daku bertanya, "ini memang harga dia ke?" sambil tunjuk harga standard pada kotak. Dia jawab iya. Ok.. itu kesalahan besar dia. Hahahaha... Then aku kata... "jap ye.." sambil layan nyonya itu. Petugas itu pun berlalu pergi.
Duduk. Pakai headphone, tak ada lagu, tup tup boleh dapat bacaan usus. katanya bacaan didapati melalui gelombang otak. pergh.. hebat sangat ni.
Di hadapan nyonya no 2 ada sebuah laptop. click sana sini biar gelombang bergerak melalui otak kemudian boleh dapat bacaan. Aku layankan aje...
Lepas dapat result, Nyonya no 2 pun soal siasat aku. Strugle sungguh dia nak bercakap dengan aku. Kadang-kadang ada terms english yang aku saja-saja buat tak paham. Nak tengok effort dia translate untuk aku. Hahahaha..Kejam tak?
Dia pun terangkanlah apa bacaan yang dapat tu. Dia tanya aku, ada berak tak? ("Gile ke tak berak?") Tapi aku jawab, "jaranglah..takde hari-hari..." .. Wah... dalam hati nyonya tu mesti kata, ini adalah mangsa yang tepat! Hahahaha... Katanya, usus aku ada keradangan. Kalau dilihat di dalam rajah, inflammation aku 5 ok. Kira kalau ikut graph dah risky la tu. Katanya, kurangkan makan makanan pedas. Ok. ni betul sangat. kalau takde cili api, tak sah. boleh buat sambal guna 100% cili api saja. perghh...terangkat beb... And dia suruh makan sayur. hello~~~ aku memang makan sayur ok. Pulak kalau ada ulam-ulaman. memang makan jadi lagi sedap! Khasiat terus dari pokok. Dia terangkan yang lain-lain tapi aku tak ingat la plak.
Kemudian, dia mula promote produk dia, prebiotic. untuk cuci usus. Katanya lagi (yang dah dengar aku nak beli kolagen), usus aku tak dapat nak serap kolagen tersebut kalau beli pun. Manyak rugi... You beli makan kolagen, tapi usus you tak dapat nak serap. Masa tu dalam otak aku berpikir dengan dungu sekali, kolagen tu dalam bentuk cecair. Apakah kaitan serapan kat usus pulak? Kolagen tu kan untuk kecantikan dan keanjalan kulit (kot).
Dia kata, kalau beli produk dia itu, nanti dia akan call semula dan buat ujian semula untuk check perkembangan usus aku setelah consume prebiotic itu. Fikir ku, setakat pakai kompiter, tekan-tekan, pakai headphone and gelombang otak boleh baca bacaan usus, adalah tidak masuk akal sangat. Nanti bila dah amek produk dia, dia pun check and kata ada perkembangan yang baik dalam usus aku, jadi aku kena teruskan usaha untuk makan and beli lagi produk dia.
Maka, what did i say? I said, Its ok lah... Dan terus cabut keluar dari farmasi tersebut kerana Kinohimitsu Collagen Diamond Drink pun harga dia takde promotion. Hahahahahaha....
Aku tak tau sangat la selok belok medical ni kan. At that time, just ikut logik akal je. If anyone knows something yang memang boleh baca usus melalui gelombang otak ni, please do let me know. Tq!