Thursday, August 2, 2012

Kegilaan baru saya

Opppsss... August sudah sampai... maknanya tidak lama lagi sudah setel 2/3 daripada tahun 2012.


Saya sudah dilanda kegilaan satu lagi hand made arts yang saya baru ketemui menjelang pemulangan saya ke kampung halaman tempoh hari. omma keluarkan 'magic box' dia yang sudah 30 tahun tersimpan katanya. i guess patutnya 30 tahun lebey coz katanya sejak sebelum kawin. if 30 tahun then dah sampai saya anak ke-empat ni. matematik omma ni tak lulus.

pulang ke kampung hari itu, saya mendesak omma untuk ajar saya mengait.

"Ommaaaaa... "
"hmmm..." jawab malas.
"ommmaaaaa..."
"hmmm...." jawab malas.
"Ommaaaaaa"
"APAAAAA!!!!"

hahahahaha... Saya gesa omma ajar saya mengait, kemudian omma bising. balik 2 hari nak belajar mengait apanya. Dia suruh tunggu balik raya nanti saya cuti lama sikit. Tapi masa itu dah sibuk nak balik kampung, ziarah sana sini, masak rendang, masak mee rebus ya rabbi sedapnya!, masak laksa, masak itu ini, kemas rumah, makan sampai kenyang, tido, tengok tv cerita raya Astro asyik ulang je cerita tahun-tahun lepas. Adakah masa?

Tapi di satu petang yang saya menyendel lagi dekat dia, dia mula keluarkan 'magic box' dia. Dia kata ada satu lagi arts, tapi bukan mengait, yang dia warisi belajar dari arwah tokcik yang jaga dia masa kecik. Ada koleksi yang dia dah siap buat. CANTEKKKK!!! Maka saya jatuh cinta serta merta dengan arts itu. Sudah mula berangan macam-macam.

sekarang sibuk google sana sini nak cari supply bahan. Memang susah sikit nak cari bahan dia kat Malaysia. Arts ni tak meluas kat sini. Tapi rasanya kat oversea pun dah tak ramai yang buat. Ada segelintir orang je yang masih meneruskannya. The group yang saya join baru-baru ni kat fb pun baru ada dalam 83 orang. Bayangkan 1 Malaysia ni ada lebih kurang 83 orang sahaja. And i am the latest member. so, peluang untuk saya melebarkan sayap dalam arts ini adalah insya-Allah luas.

Apakah arts itew???

Jeng jeng jeng.... TUnggulah kalau dah ada hasil nanti saya beritahu. Sekarang masih cuba-cuba berjinak-jinak dan cuba memahirkan diri sikit. Selain sibuk menjahit konon.

Chiku! please be rajin!!!

5 comments:

  1. apakah ituuuuu
    jeng jeng jeng..

    syoknya la dah jumpa omma eh..

    ReplyDelete
  2. syok la tu yg balik kg terus nk posa sama2...

    nanti dah ada hasil i tunjuk k.. :)

    ReplyDelete
  3. nak teka ni.nak teka.

    apakah kegilaan itu yang bernama "cross stitch"?..

    ReplyDelete
  4. hahaha...

    teeetttttttt.... salah.. sila cuba lagi. :P

    ReplyDelete
  5. alah.salah.
    taknak teka dah.
    wuwuwuwuwu...

    ReplyDelete

Thanks for dropping out your thoughts...