Apakah menatang ini ye kawan-kawan? Saya rasa penyengat.
Saya amat mentakuti mereka. mula-mula nampak seekor beterbangan dalam bilik saya di belakang. saya gagahkan diri lagi. tapi memang takut lah. kemudian, bebrapa hari yang lalu, kedengaran macam bunyi semacam dari atas almari baju. maka dengan sedikit semangat takut-takut berani, saya pergi panjat katil dan ketuk-ketuk atas almari. maka dia terbang melalui tingkap, dan saya katup tingkap itu.
Kemudian, hari seterusnya, tiba-tiba nampak seekor lagi sedang bermain di tingkap. Aik?? adakah dia masuk semula? Tapi pintu bilik dan tingkap bertutup. maka saya buka tingkap dengan jantung yang berdebar kencang. Maka beliau pun lari berterbangan di udara.
Kemudian, di suatu pagi yang dingin, sedang mencari-cari mood nak g kerja, tetiba ada 1 saiz bapak penyengat main terbang-terbang pulak kat ruang tamu. e'ehhh... Ko ingat i berani sangat ke nak lawan u nih??? Maka buka tingkap, dan lari masuk bilik, tutup pintu. Tak tau dia pergi mana dah dengan harapan, dia terbang keluar kot.
Tak selang berapa hari lepas tu, bila masuk bilik, dengar lagi bunyi berdengung semacam atas almari. ini tak bley jadi! I ni dah dihantui misteri nih. Maka berbekalkan semangat yang tak berapa nak ada, saya capai Ridsect di tangan kiri. Muka dah pucat lesi biru agaknya masa tu. Cuak-cuak tak berani sangat. Ketuk-ketuk almari lepas tu nampak dia terbang. Apalagas... terus tala spray pada dia biar dia pening-pening. Saya tutup pintu bilik cepat2. Nafas pun dah naik sesak. Lama sket pastu baru bukak nak tengok hasilnya. Heh... mampos kau. Yeay! berjaya! Terus tekup dengan bekas plastik tu. Yang atas sikit tu yang pertama tumpas. Maka ketakutan telah dihapuskan. Rasa macam berjaya sangat dah.
Namun begitu, ada sebab Allah tak bagi riak. Besok nampak lg sekor tengah melata atas lantai. Memang menggaban la saya cari spray. Spray lagi direct kat dia. Nasib dia tak terbang. Dia pun terus tumpas ke bumi. Spray satu bilik habis berbau bilik i. Then tutup pintu, mana tau ada lagi yang dok merayap-rayap atau bersembunyi di sebalik batu. Sesak nafas nak semput dah bau dia. Petang sikit baru berani buka pintu bilik. Nampaknya, hanya kelihatan seekor sahaja yang tumpas pada kali ini. Tiada tanda-tanda ekor lain pun tumpas sekali. Owh noo...ada berapa ekor ni??? Cuak kan??? (Yang 2nd ni, yg gmbr dia dkt skit tu)
Hari Selasa lepas, saya tido rumah abang. So, bila hari Rabu nak balik rumah, tukar baju, Guess what??? Saya dengar lagi bunyi berdengung lain macam itu dari atas almari. Ya Allah! Harus la daku cuak nih! Harus amek spray lagi. Wuhuhuhu... stress dengan penyengat.
Sebelum keluar lagi dari rumah, sempat sembang dengan jiran sebelah. Katanya, kalau nampak sarang, bagitau. Nanti dia informkan RELA or hapatah tak tau, nanti diorangg akan spray area sarang tu. Katapakcik jiran sebelah, katanya rumah dia pun pernah kena spray. ada beribu ekor. T__T. Mari amalkan hidup berjiran.
Kebetulan ayahanda ada di KL. Turun menguruskan hal saya di sini. ngehngehngeh. anak manja daddy i lap u. ngehngehngehlagi. Apalagi, report sama ayahanda la sambil muka cuak-cuak alam. Selesai beberapa urusan, ayahanda naik ke rumah, tolong check-check cari mana sarang dia. Selamba je ketuk-ketuk, kibas-kibas, panjat-panjat almari tu. Ohyemmm... saya sangat takut lihat daddy berani sangat. Maka kat tangan terus pegang spray sambil main intai-intai dekat pintu aje.
Daddy kata - "takdak apa aihhh..."
Mengapa mereka lari ketika daddy ada? Daddy jangan balik Kedah dah boleh tak? Stay with me please...
Daddy kata penyengat ni tak bahaya. Iye ke? Tapi takut kalau ada banyak-banyak ekorlah. Atas siling kat kipas macam ada lubang. takut dia berumah dalam siling tu aje. Serius scary.
No comments:
Post a Comment
Thanks for dropping out your thoughts...