Wednesday, December 28, 2016

update

I have so much things to write about but so little time to do so. I miss the time that i actually have time to update. But hey, im grateful for whatever i have today.

A little tiring at home with those 2 little babies. Aidil, my 2nd baby, i didnt blog much about him... Im sorry baby. You are about to be 11 months in 2 weeks. Im struggling now to supply you with mom's milk. Semoga Allah mudahkan at least hingga awak umur 1 tahun. 2 tahun lebih bagus... Ameen...

This not so little baby anymore, baru nak merangkak sikit-sikit. Sekali dengan mengensot. Yes, nak masuk 11 bulan baru nak mengensot, serentak merangkak. Hahahaha.. Dia ni cool sangat. Rilek-rilek je. Dia penat merangkak, dia bergolek je. Bergolek 1 rumah dah sampai ke dapur pun bergolek. Aku tengok plak pening. Dia rilek je bergolek senyum-senyum.

Gigi dah nak naik 4 batang. gigi atas 2 ketul, gigi bawah 2 ketul. Sama macam kakak. Keluar terus 4 batang. Tapi kakak 8 bulan dah keluar gigi, demam. Adik keluar gigi 10bulan, tak demam. Maybe sebab masih menyusu badan. Wallahualam... Tapi Alhamdulillah... lega sangat dia keluar gigi ni tak demam.


Wednesday, December 14, 2016

Happy 2nd Birthday my 1st baby.

 Sungguh berhabuk betul blog ni sekarang. Kawan-kawan pun dah ramai tak update blog. Dunia blog sudah semakin sepi. Aku pun tak reti nak melompat ke blog memana dah. mari curi masa jugak update walaupun sikit cuma.

Birthday Fatihah 26oct haritu. tapi dah nak dekat krismas pun ni baru nak update kan.

Selamat harijadi anakanda. Mommy papa always love you k...

Kitorang takde buat majlis besar-besar jemput kawan-kawan meraikan bersama. Takde. Memandangkan birthday dia sehari selepas papa, jadi birthday diorang banyak kali sambut. Sungguh tak fair, walaupun papa sendiri yang beli kek. Kakakaka...


25 birthday Papa hari selasa. 26hb birthday Fatihah hari Rabu.

24hb Papa beli kek slices. kitorang sambut sama-sama kitorang ber-4 je. Fatihah ni suka sangat kek chocolate indulgence tu. Memang suka sangat la dia dapat kek tu. 


Rasanya 26hb tu, papa kata nak balik lambat. Memandangkan kakak aku duduk bawah rumah aku je, so aku ingat nak beli kek buat makan-makan ajak anak2 dia naik. Makan-makan kek je gitu. Alang-alang aku ajak la abang aku sekali, duduk area dekat-dekat je. Macam celebrate tak plan pun. Ingat nak beli kek je gitu. Sekali kakak aku kata nak belikan KFC la bagai. Aku on je. Sekali papa tak jadi balik lambat. So, ramai-ramai la celebrate. Tersuruh plak papa yang beli kek. Dah la besday dia 25hb tu aku tak belikan kek pun. hahahaha... Dinner kat luar pun takde ajak sebab dah beli hadiah, dah takde bajet. Hahahaha.. Sorilah papa.




gambar mommy takdak.



29hb kitorang balik kampung Temerloh. tak bajet pun nak balik beramai-ramai tapi kitorang roger-roger la adik-beradik belah suami balik. Suami just cakap nk bakar-bakar sikit. Beli sate frozen. Beli la kek biasa je pun. Asyik beli chocolate indulgence tu je. Then kakak ipar aku plak on nak balik kampung. dia offer nak belikan ikan, udang, sotong nak buat bakar. fuuuhhh... terus rasa delicious sangat.


 
 malam tu buat BBQ sikit. buat bakar2

Sempat jahitkan anak-anak n dua orang twin tu anak susuan seluar sama.
Birthday girl tu tido. lepas tu bangun meragam tengok semua orang takde. semua ada duduk belakang tengah sedap makan meraikan birthday dia.
Esok pagi baru potong kek. Tunggu mood birthday girl ok

Nampak semangat je nak potong kek dalam gambar ni. Padahal tak makan pun.

2 tahun. Cakap masih belum petah. Tapi sangat ringan mulut. Apa-apa je keluar dari mulut dia macam orang paham sangat. Nursery ryhmes banyak dah dia hapal. siap boleh nyanyi duet lagi ngan dia. Lagu Abc pun dah hafal. 1-10. Lagu alif ba ta pun hafal. Huruf2nya masih tak kenal lah, dia just hafal lagu. sekarang tengah obses dengan pensel warna pulak. Habit dia masih suka korek mulut mommy especially sebelum tido kadang-kadang sampai mommy naik stress.

2 tahun dah awak. Mommy doakan semoga dimudahkan urusan awak dunia akhirat, murah rezeki, berjumpa jodoh yang baik suatu hari nanti (in case mommy tak cukup panjang umur nak doakan awak, mommy doa siap2), menjadi anak solehah, disayangi disenangi insan keliling awak, jadi berguna dunia akhirat, berada dalam keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t. Ameen...

We love you much sayang Fatihah.


Friday, November 18, 2016

UPSR 2016

Sekarang sedang hangat memperkatakan tentang isu keputusan UPSR yang baru dikeluarkan semalam. Ramai anak-anak harapan sekolah yang menangis kecewa dengan keputusan masing-masing. Seorang anak buah aku tak terkecuali daripada menangisi keputusan yang diperoleh.

Ramai yang menyalahkan sistem baru. Salah itu. salah ini. Ironinya, masih ada pelajar yang beroleh keputusan 6A atau straight A's.



Kat sini aku takdela nak kisahkan salah siapa. Aku hanya nak cerita pengalaman aku masa amek UPSR dulu.


Masa zaman aku dulu, UPSR masih 4A. Keputusan aku 3A 1B. Tipulah kalau nak kata tak harap for straight A's kan. Apatah pulak lagi, abang akak aku semua scorer straight A's UPSR. Makanya aku dah la anak cikgu pula tu, mestilah harap 4A. Masa beroleh keputusan ditangan, 3A 1B, memang hancur luluh hati aku. B - penulisan bahasa melayu. Masa tu terus aku terbayang apa kesalahan aku masa mengarang tu.

Balik nak khabarkan dekat mak ayah. Aku tak ingatlah macam mana perkhabaran tu disampaikan memandangkan mak aku pun 1 sekolah dengan aku.  Yang aku ingat jelas terpapar wajah kecewa mak ayah aku masa tau tu.

Masa aku nak amek PMR, mak aku masih in doubt tentang penulisan bahasa melayu aku. Dibandingkan pula dengan kakak aku yang memang esei dia selalu jadi bahan contoh kelas. Sebenarnya aku okay je penulisan, cuma masa upsr tu aku berangan lebih. Aku tau salah aku kat mana. Tapi mak aku macam forever ingat aku ni noob tak pandai karangan kot.

Bayangkan 3 tahun tu penulisan bahasa melayu jadi bayangan hidup aku. Terasa bodoh bangang tak reti buat karangan. Masa PMR, aku susahkan cikgu bahasa melayu aku dengan latihan tambahan. Aku suruh cikgu aku check. Aku rasa, mungkin cikgu pun konfius kenapa budak ni takut sangat dengan karangan padahal dia tanda karangan aku semua ok je. Nampak seperti aku seorang budak yang poyo di situ. Karangan pun buat latihan tambahan. Mesti cikgu bajet aku rajin sangat. Padahal aku ada trauma dalam kehidupan seorang budak 12 tahun yang dapat B dalam penulisan bahasa melayu lalu dilekehkan ahli keluarga.


Ini kisah benar dalam hidup aku. Bagaimana kehidupan seorang budak berumur 12 tahun yang belum akil baligh pun lagi telah dibebani dengan kesalahan mendapatkan B dalam penulisan bahasa melayu. Nasib baik PMR aku score A. memadamkan trauma yang kenangannya masih terpahat dalam kepala hotak aku.


Dalam kes aku ni, Selama 3 tahun tu, mak aku berjaya pahatkan dalam kepala aku yang aku ni tak pandai karangan BM. Nasib baik ada PMR dan aku berjaya tebus pandangan slack mak aku. kalau lepas tu dah takde exam lain? Selamanya aku percaya yang aku noob bodoh tak reti karangan BM.

Bila dah tua-tua ni, kerja pun jadi kuli buat benda yang aku tak minat pulak tu, baru la boleh pikir... UPSR je pun. tak payah la put preasure sangat.

Kesimpulan aku, sebagai parents, ketahuilah... kita juga pernah jadi anak-anak, yang nak gembirakan ibu bapa dengan sekurang-kurangnya keputusan cemerlang dalam akademik. Walau berapa pun keputusan anak-anak, kalau kita tahu dia sudah berusaha sedaya mungkin untuk peroleh yang terbaik, peluk dia, cium dia. Hati dia dah terluka pun atas keputusan yang tak memuaskan hati. Parents pula menambahkan kekecewaan dalam hati dia. Remuk tau jiwa... I've been there. Tenangkan hati dia... Say its ok. Naikkan semangat dia.

Having a straight A's child is great. But having a child who is confident with him/herself is the greatest. Cuba tengok orang paling kaya dalam dunia. Dia belajar paling pandai atau dia berjaya sebab dia percaya diri dia? Nak dapatkan Noble prize pun kena ada percaya dalam diri jugak dulu kan...

Sekian...

Tuesday, November 8, 2016

Pengalaman kedua bersalin anak kedua di HKL - Part II


Ya ampun... lama betul benda ni duduk dalam draft.


25 January,Monday adalah tarikh perayaan Thaipusam. I was 38 weeks. Dalam kepala otak dah memang set dah tak larat nak p kerja. So, on Tuesday 26hb january pergi klinik minta doktor check + nak minta surat MC. Doktor pun ok je check. Sekali dia nak seluk daaaa~~~ Tanjat la aku ni bila dia kata dah ada 1.5cm opening. Tak berhajat pun nak ada opening, berhajat nak cuti je. Hahahaha... Jadi, dudukla di rumah penuh debaran. Ntah la nak berdebar ke tak. Aku duduk rumah siapkan comforter, sarung bantal, barang2 adik segala.


siap set bantal + comforter adik. menyiapkan dalam keadaan penuh kesaratan


30 January aku masih sempat attend birthday party anak kawan aku. Perut besar giler sampai aku berhalusinasi aku preknen kembar, scan sorang lagi tak nampak. Kah Kah Kah. Aku pujuk baby, JANGAN KELUAR ESOK! hahahaha... FEBRUARY BABY please....

sempat lagi attend birthday party 

perut inilah yang menyebabkan aku berhalusinasi pregnant kembar 
nasib baik tak.



1 February tu hari isnin.


Aku dah masuk 39 weeks. Lega aku, dah masuk February pastu terus pesan kat baby, dah boleh dah kalau nak keluar... Isnin tu cuti lagi. Cuti Hari Wilayah. Masih takde tanda-tanda. Dah la hari anniversary kedua kami, nak keluar p sambut pun cuak. Kang tengah makan, tetiba ketuban pecah macam mana? Duduk la kami laki bini di rumah sambil tertanya-tanya bilakah ni? Takkan esok tetiba nak p keje?



Petang 1 February tu aku masih sempat terpikir nak jaet blanket Fatihah. Tengah korek-korek, acu-acu kain, kemudian suami ajak keluar dinner, then pergi hospital check.



Masa dalam kereta tu, aku tanya la nak makan kat mana ni? Husband aku cakap, check dulu la kat hospital baru g makan. Aku kata, makan la dulu. Dia kata, nanti lepas check la terus makan. Bukannya tau nak habis check tu pukul berapa. Ewah~~ Ladies... Dont trust your husband too much ok.



Rezeki kami, mungkin kerana cuti weekend yang panjang, maka tak ramai orang di hospital. Masa kitorang sampai tu, memang takde pesakit lain pun. Kami masuk, rilek-rilek terus jumpa nurse, terus boleh masuk check. Tak payah beratur tunggu giliran pun. Nurse tanya aku, kenapa datang? Aku pun tak tau nak jawab apa sebenarnya. Aku kelentong nurse tu macam-macam. Kurang rasa gerak la, rasa mengeras la, sakit sikit la... Apa-apa jelah alasan yang boleh buat dia nak check aku. Alasan tak strong kang, dia suruh balik pulak. Padahal aku rasa dia bergerak ok je, mengeras tu ntahla.. macam since forever je dia mengeras. Hahahaha... susah la nk explen bab mengeras bila dah sarat2 ni.



So, then dia buat ctg la scan bagai.. baby ok je. Doktor siap tanya lagi balik semula, kenapa datang ye? Hahahaha... Saja la datang doktor. Saja-saja nak jumpa uolls. Instead, aku ulang ayat-ayat aku kelentong nurse tadi. Mungkin doktor itu berdendam dengan aku. Mungkin dia tau aku kelentong, terus dia bagi ayat paling gerun. Ok, saya check bukaan ye. 'Kau ingat aku tak tau kau kelentong?' Kata doktor itu barangkali di dalam hati.



kemudian doktor cakap "4cm" dengan muka tak berapa kompiden. Aku syak doktor tu doktor pelatih, sebab dia muda sangat. Aku rasa macam naik biru jugak muka aku masa ni, sebab setau aku 4cm dah kena masuk labour room. Maigad. Aku tanya doktor balik, "kalau dah berapa cm kena masuk labour room?" Tanyaku saja gatal. "4cm lah" dia kata. huwaaaaaaaaaaaaaaaaa... aku nak balik! aku nak polok Fatihah puas-puas dulu! huwaaaaaaaaaaa... apa ni? Aku tanya doktor tu, "saya nak balik dulu boleh tak? nak hantar anak saya balik. Kami datang 3 orang tadi." Doktor tu pun cuak-cuak je, dia tak bagi, tapi dia macam kesian kat aku. Dia p tanya doktor senior. Doktor senior tu tanya dia balik pulak, betul ke dah 4cm? Doktor senior pun tak bagi aku balik. Aku nak sign surat pelepasan pun diorang tak bagi dah. Takut pape jadi on the way pasal bukaan dah 4cm.



7.57pm

Aku wasep laki aku bagitau bukaan dah 4cm, dah kena ready masuk labour room, diorang tak bagi balik dah. Sambil menahan sebak di dada. Dia pun apa lagi, kelam kabut la sebab nak kena hantar anak balik pastu nak kena datang balik semula. Mula la aku memeluk dan mencium anak dara aku nan seorang itu. Air mata tertahan-tahan sebak di dada. Apakah semua ini, mommy tak sediaaaaaa~~~~ Sebak sangat nak berpisah dengan dia masa tu ok. Dah la tak makan lagi, nak kena tahan kat wad pula, nak berjauhan dengan anak pula, selepas mommy balik ni, Fatihah dah ada adik, mommy tak boleh peluk Fatihah seorang sahaja lagi ok. Masa ni, sumpah sedih.




Di kala suami kelam kabut kena hantar anak balik, aku pun telepon mak ayah, ahli keluarga. Aku telepon kakak aku, tak angkat-angkat. Nak minta dia jagakan Fatihah malam tu. Last-last aku telepon pengasuh dia. Tido dengan pengasuh la dia malam tu. kalau aku berkeras nak dinner dulu tadi, takdela aku dengan suami kebuluran malam tu. nanti nak meneran lagi. Haish... See, dont trust your husband 100% ok. Kitorang pun takdela nak sangka bukaan sampai dah 4cm sebab memang takde sakit sangat ke apa ke..



Nurse bagi baju suruh tukar. Aku dengan sambil cakap telepon ngan mak aku, sambil-sambil tukar, memang lambat la proses tukar baju terjadi. Sampai nurse datang tanya kat bilik air, "Puan ok ke?" Hahhaha.. Aku tengah bergayut, toilet pulak kecik susah nak tukar baju. T__T  Aku dengar nurse-nurse tu cakap kat luar, "dah 4cm dah dia tu.." takut aku terberanak dalam toilet kot.



Dah siap tukar baju, nurse suruh duduk kat kerusi roda. Aku cakap, "saya nak jalan je boleh tak?" Baik betul nurse nurse malam tu. Diorang tak bagi aku jalan, "duduk je, takpe saya tolak. Awak dah 4cm tu..." "Tapi saya tak sakit..." "tak boleh.. takpe takpe..."

Tengok ni.. nurse sporting sangat malam tu siap layan selpie.
masa ni aku tengah kena tolak dengan kerusi roda. hakhak



Dah masuk bilik labour tu, aku sempat lg wasep family,kengkawan, amek gambar bilik labour room. Hahaha.. Macam bahagia je rasa nak beranak kali kedua ni. nurse tu cakap, nanti tak boleh pakai handphone ye dalam bilik ni. Aku cakap ler, nanti suami saya nak datang~~ buat muka kesian sikit, terus main wasep.

sempat snap labour room. hahaha..
Ketegaq sangat pesakit nih


Alhamdulillah...doktor perempuan yang masuk. Doktor India. A very nice lady. Dia belek buku merah aku, then dia cakap.. "Ouh...happy Anniversary to you".Tak lama lepas tu, ada doktor pelatih masuk kot. Dia suruh doktor tu wish happy anniversary kat aku. hahahaha.. Then doktor tu tanya, "you nak induce ke? Nak bagi sama tarikh dengan anniversary? "Mendengar cerita orang ramai tentang induce itu sakit, tak hengen la aku saja-saja nk incude. Sporting sangat doktor ni. Biasa doktor gomen, kalau takde apa-apa kan diorang akan cuba push untuk normal delivery semungkin yang boleh. Aku just cakap, 2nd february is a good date also.


Doktor tu tanya, "nak ubat tahan sakit tak?" AKu tanyalah.. "bukan epidural kan?" sebab dah 4cm tapi belum terasa sakit, so i think i can do this without epi. Doktor tanya balik. "You nak epi ke? ada another one yang tahan sakit cucuk kat peha. Tapi kena make sure cucuk before 6cm. After 6cm you dah tak boleh cucuk ubat tahan sakit". So, aku opt for that la. Kalau la dia tau aku tergolek sorang-sorang dalam wad sampai 8cm masa anak pertama tanpa bantuan ubat tahan sakit apa-apa pun.



Doktor check bukaan. Aku nampak kat tangan dia ada benda warna putih. I have noooo idea what is that, until lepas check bukaan, dia seluk lagi kemudian terasa air panas mengalir. ooo yeahhh... dia pecahkan ketuban rupanya. Nasib baik dia tak bagitau siap-siap, kalau tak mesti aku cuak. Lepas dah pecah air ketuban, dah cocok benda kat tangan tu, dah pasang ctg segala, barulah rasa this is it. Start 9.30pm macam tu la terasa dah contraction. Tapi masih bearable.


Masa doktor tu offer ubat tahan sakit tu, ada sorang doktor pelatih kat situ. Aku rasa doktor pelatih la. Aku rasa dia belum kawen pun lagi. Nampak muda je. Ntah la kot dah kawen muda. Tapi dia macam bagus~~ je cakap kat aku, "bagus, saya tak suka orang yang amek epi. Nanti dia tak tau bila nak meneran." Kalau betul la doktor tu tak kawen, tak beranak lagi, dipersilakan rasa dulu ye cik. Silap-silap dia cocok sendiri je epi tu.


Then, biasalah prosedur hospital kot suruh brief pasal merancang kehamilan. Doktor India tu tadi, suruh doktor muda aku syak pelatih itu untuk brief aku. Tup tup terus dia sebut pasal ikat. Aku pun mencelah la, "kalau ikat tu dah tak boleh beranak lagi dah kan?" Nurse yang ada kat situ pun marah doktor tu. "Doktor cakap pasal ikat? Dia muda lagi anak baru 2 takkan nak suruh ikat. Kan ada cara lain lagi." Terpisat-pisat la doktor tu.




Husband aku masuk around 10pm, kitorang masih boleh berborak-borak, mengingati peristiwa ulangtahun perkahwinan yang pertama di krabi sambil berpegangan tangan. aicewah, fefeeling romantik. Aku cakap kat husband, "saya masih boleh borak ni kira contraction tak berapa kuat lagi ni." Masa beranak anak pertama,  dia masuk labour room, aku dah full dilated tinggal nak push je dah. So, ni first time dia layan contraction aku la ni.

masa ni belum sakit sangat lagi. boleh plak lagi layan selpie dalam labour room. Sporting tau nurse pun main tinggal je kitorang berasmaradana dalam labour room.


Masa tengah layan contraction yang dah start kuat sikit tu aku macam terdengar nurse kat luar cakap darah patient ni kena ambil semula. Sebab tak sign ke apatah. Dia suruh doktor tu explain kat patient. Aku rasa husband aku pun dengar. Husband aku tanya, kenapa kena amek darah lagi? Doktor tu just cakap dia tak tau. Padahal aku dengar je nurse kat luar suruh explain. Lepas tu, husband aku kena tunggu kat luar plak. Doktor tu aku syak doktor pelatih jugak. Sebab sedap dia je cocok tangan aku tak dapat-dapat jugak darahnya. memula dia cocok belah kiri. Tarik masuk tarik masuk ewah sangat. Tak dapat. Dia pergi pulak tangan kanan. Tarik masuk tarik masuk pun tak dapat jugak. Nurse yang dok jaga aku tu masuk tanya napa tak dapat-dapat lagi darahnya. Dia bagi alasan kata vein aku kecik. Hello excuse me. Takde lagi nurse or doktor yang tak dapat tarik darah dari vein kecik aku ni. Pastu dia nak salahkan penghadang katil plak. Nurse tu turunkan penghadang katil tu, sekali cocok je terus dia dapat darah aku. Cepat-cepat dia pass kat doktor pelatih tu. Aku syak diorang tak nak doktor senior tau. Cocok darah pun tak lepas.


Ewah...banyak betul syak wasangka aku di kala melayani contraction kali ini.



Sambil-sambil layan romantik, sambil-sambil layan contraction. Tak sure contraction makin kuat pukul berapa, tapi aku dah start diam dan genggam tangan suami je dah. Sampai dah terasa benda di bontot macam dah nak terkeluar. Aku bisik kat husband, dah rasa kat bawah. Ntah la apa reaksi dia. Aku pejam mata tahan sakit. sempat aku monolog dalam hati, apsal dia tak bagitau nurse ni.Kompem la dia ni blur tak tau apa nak buat, maka aku jerit lah... Nurse~~ dah ada kat bawahhhhhh!!




Nurse pun kelam kabut la check bukaan, prepare nak sambut baby. Dia datang seluk, kata dah rasa kepala baby. Kali ni punya labour, aku macam tak perasan pun bila diorang suruh teran. Macam tak kedengaran yg diorang suruh push. Aku je yang pandai-pandai push bila dengar dia cakap dah full dilated. Pastu macam kelam kabut sikit masa meneran tu. Aku macam bukan dalam keadaan ready. Tangan sebelah masih pegang suami. Masa anak pertama, diorang dah pesan suruh letak dua-dua tangan kat betis siap2. Jadi bila nurse kata teran sikit lagi, pastu dengar dia cakap baby dah masuk dalam balik, aku tarik tangan aku from husband nak letak  posisi kat betis. Maybe sebab tu aku susah nak teran. Husband aku plak tak paham, tak nak lepas la plak. hahaha.. Jenuh. Aku rasa masa ni la yang menyebabkan aku koyak banyak jugak la di bahagian bawah itu, walaupun telah berazam untuk tidak mengalami sebarang jahitan. Huhuhuhu...


Push push push and splash... baby pun keluar. Aku bukak mata, tengok jam 1204. 4 minit selepas tarikh anniversary kami yang kedua, maka lahirlah a baby boy, kalini aku nampak jelas punai dia sebab doktor kata tak yah bukak contact lense pun takpe. Tak sempat kan nak bukak, tetiba warded.beg hospital semua dalam kereta.


masa nurse bidan tu jahit bawah tu, aku dengar dia ngomel... dia ni tak sakit ke? Padahal aku dok genggam tangan laki aku everytime aku rasa sakit. kalau aku menjerit adeh adeh adeh kang kena lempang plak nak nurse kang. Gahaha...


Masa bukak mata tengok jam tu, terperanjat jugak aku. Eh, kejapnya dah beranak. Dah bersedia mental dah nak sakit sampai esok pagi. Alhamdulillah. Pengalaman bersalin kali kedua ni mudah sikit.

selesai dah. selamat. kalini lepas bersalin aku rasa macam ok je. macam kuat sikit. 
bley selpie lagi.
masa first time dulu, aku dah melepet tak mampu tersenyum apa dah. memang out terus lepas bersalin.

masa ni husband kena tunggu luar. sempat plak dia snap




tadaa.... 9 bulan dah dia
 cinta hati mommy.
baik sangat mudah nak jaga.





Aku tak tau ada berapa watak doktor pelatih sebenarnya malam itu. Semoga mereka berjaya menjadi doktor terlatih 1 hari nanti. Apa-apa pun, terima kasih di atas khidmat anda. Semoga cemerlang dan maju jaya.


Wednesday, September 21, 2016

GEMFIVE.com


Ini bukan entri sponsored. Siapalah aku untuk disponsored. Di censored lagi adalah...


Haritu entah mana aku nampak ada iklan pampers dekat Gemfive ni, rasanya dekat FB. Sebagai ibu beranak 2 yang kedua-duanya masih berpampers, iklan sebegini memang mengundang perhatian keibuan aku nih.

Sebenarnya, siapa yang belum berjinak-jinak dengan dunia pampers ni, please make yourself ready dengan CD. pernah dengar CD? Cloth diaper. Bukan CD album jamal abdillah ataupun Impression tapi Cloth Diaper adalah sejenis lampin moden yang boleh ulang-ulang pakai. Kalau plan nak beranak 18 memang sangat berbaloi CD ni. kalau plan setakat nak beranak sorang, CD masih berbaloi sebab biasa design lawa-lawa. hahahaha.. Dasar.. Tapi kalau nak letgo pun still ada harga. Kot. Sehelai CD memang mahal, tapi kalau boleh turunkan turun temurun, berbaloi la compare to pampers. CD ni antara benda aku nak belajar jahit sebelum kawen, berangan nak anak-anak pakai CD. Tapi tinggal angan-angan ajelah... puiii...

OK. Back to Gemfive.com.

Aku nampak dia buat promosi 3 jumbo pack pampers Pet Pet RM54.90. Bahagi 3, 1 pack jatuh RM18.30. Tak ke murah tu bak hang. 3 pek pun 3 pek lah... Anak aku pun  pakai asyik habis, kena beli jugak berpek pek. So, aku order untuk Fatihah saiz XL. untuk Aidil saiz L. 6 pek la semua sekali.


Memula cuak jugak. Gemfive ni kan tak berapa nak glamer lagi. Macam kompius jugak la, betul ke tindakan aku ni. Bley caya ke ni. Leh dapat ke ni? Dah la oder masa cuti panjang berganda-ganda haritu. Takut lambat proses or tak dapat pun iye. Aku siap google lagi Gemfive review. Macam tak banyak review. RM109.80 gamble ajelah.

Then, tadaaa... harini pos laju sampai dengan 2 box pampers.


yang kesiannya aku ni, aku tak perasan masa order tu dia ada mention L42 dengan XL34. aku perasan Jumbo je. Aku ingat pek paling besar tu. Kalau Rm18.30 1 pack yang besar tu, memang jauuuhh la murahnya sebab yang besar tu dalam RM32++ jugak lah. Yang pack kecik ni aku tak perasan kat SpeedMart berapa harga dia.  Biasanya aku beli susu dengan pampers budak-budak ni kat Speedmart je, murah sikit. Kalau terdesak je beli tempat lain. Nanti aku usha aku update balik.

tapi dapat free postage. OK la kot kan?

Thursday, September 15, 2016

Pengalaman kedua bersalin anak kedua di HKL

Selepas melalui pengalaman bersalin anak pertama di HKL, aku macam goyah sikit dah nak bersalin kat hospital gomen. Takdelah horror sangat. Tapi bersalinkan anak pertama, menghadap sakit contraction seorang diri, pecah air ketuban kena bangun dan pergi kaunter bagitau sendiri, kena suruh pakai pad pula tu, apakah? Sounds like mengada tapi itu anak pertama, apa yang aku tau? Nasib baik sempat bersalin kat labour room pasai masa kat wad aku tergolek sorang-sorang tu kan dah 8cm bukaan.

Tapi masih syukur alhamdulillah.. dengar orang lain bersalin kat hospital swasta, selesa tapi kena induce la, contraction sampai berbelas jam akhirnya kena induce dan macam-macam lagilah... aku syukur banyak-banyak sebenarnya, sebab kalau nak diikutkan, masih easy labour for me. Mungkin sebab aku kekonon dah berhajat tak nak epidural bagai kan, maka Allah tunaikan melalui cara tu. Nasib baik suami masih sempat masuk labour room menemankan isteri meneran.

Pengalaman bersalin di HKL (anak pertama)


So, untuk anak kedua, aku adalah survey sikit-sikit a few hospital swasta. Husband pun kata, ok je kalau swasta. at least cari yang dekat dengan rumah, senang dia ulang alik dengan Fatihah lagi. Tapi HKL pun tak jauh mana la kalau kena ulang alik pun. Ngahaha.... Dia kata, mana-mana pun ok.. Aku adalah survey Pusat Perubatan Islam, dekat je dengan HKL. Dalam kepala aku pikir kalau jadi apa-apa senang diorang nak hantar ke HKL. Memang minta simpang la untuk apa-apa tu, tapi kena fikirkan whats worse. kan?

Nak dijadikan cerita, kakak aku bersalin bulan 11. Masa tu, aku 6-7 bulan pregnant. Masih belum decide nak bersalin kat mana. Al-kisahnya, kakak aku dah tak larat nak g keje masa tu dah 38 weeks. Dia lecturer, kena jalan ke sana sini, naik tangga turun tangga untuk ke kelas. Jadi dia nk g check + minta surat MC. Masa pergi check tu, al-kisahnya doktor tu scan and tengok baby macam terbelit tali pusat. So, dia refer terus ke HKL (sebab kakak aku minta HKL). Masa dia pergi HKL pun dia rilek rilek happy je siap update progress, sebab bila dah 38 weeks plus ni memang dah harap nak beranak je dah tak larat bawak perut. Masa pasang ctg, doktor or nurse sana pelik sebab contraction ada, tapi bukaan tak progres. Ke camana ntah aku pun ingat-ingat lupa je kes dia. Then doktor scan tengok baby terbelit tali pusat (tak sure diorang aware tak surat refer klinik tu). Lepas check apebagai doktot kata kakak aku has to go through emergency ceaser. sebab baby is pushing, tapi dia tertahan dengan tali pusat tu, boleh lemas. Biru la muka kakak aku masa ni, sebab hajat niat hati dia, dia nak experience 100% normal birth. Anak pertama induce + epidural. Anak kedua dan ketiga pun both kena induce. So, dalam kepala dia memang ceaser takde dalam option.

Disebabkan kes kakak aku ni lah aku decide terus bersalin dekat HKL. we never know what will happen during labour. Kalau kena emergency ceasar macm ni kat swasta, mau puluh ribu habis ni. Besides, HKL has all the pakar that you need.

OK... tu baru bab decide nak beranak kat mana. Nanti sambung part II la. keh keh keh keh...

Saturday, September 10, 2016

Lawan atau kawan

Lately family husband aku ada ditimpa musibah. Sedikit.

Waktu itu aku berpihak kepada sebelah yang aku rasakan benar dan kasihan. Walaupun aku tau risikonya, aku masih berpihak kepada dia. Aku hanya mendengar cerita dia. Sahaja.

Kemudian, aku dapat cerita dari sebelah pihak lain pula. Pandangan aku berubah. Selepas itu aku jadi natural. kesimpulan aku, sama-sama salah, sama-sama ada khilaf.

Beberapa bulan berlalu, dah nak dekat setahun dah pun. Sekarang dia tikam belakang aku. Apa motif dia nak tikam aku pun aku tak tau. Tajam dia tikam. Padan muka aku, siapa suruh tak dengar cakap suami dulu. Dia memang parasit.


Aku ambil peristiwa ni sebagai iktibar besar dalam hidup aku. Apa-apa pun jangan cepat judge. jangan cepat kasihan. Kalau nak ambil tahu, ambil tahu cerita both side. Kalau tak, buat tak tahu terus. Tapi biasalah perempuan,  buat tak tahu terus ni susah sikit.



Tapi tak apalah. Aku dan suami masih bahagia, masih saling percaya.

Aku masih ada suami yang caring dan anak-anak yang comel. Cukuplah kan?

Monday, September 5, 2016

Syawal 2016

Alhamdulillah... masih diberi nafas untuk menyambut syawal kali ke-3 bersama keluarga tercinta.
Alhamdulillah... masih diberi nafas untuk beraya kali ke-3 di rumah mertua.
Alhamdulillah... masih diberi nafas untuk mencoretkan pengalaman beraya walaupun bulan Syawal sudah berlalu pergi.

Ewah... ni nak kabo. hamba ni sedikit stress dengan pekerjaan lately. Jadi hari-hari dah meroyan ke encik husband mengatakan aku nak berhenti kerja. Nak benti keje! nak benti keje! nak benti keje! Jadi, pada mak mak yang telah berjaya berhenti kerja, Tahniah! Anda telah berjaya membuat saya iri hati dan bertambah stress.

My immediate bos ni, amatlah baik, bersemangat waja dan terel. Ini yang buat saya lebih stress. Hahahahha... OK la.. cut the crap. nak citer pasal raya 2016.

Sepatutnya tahun lepas adalah giliran pulang ke Kedah, tapi ibu bapa pergi beraya ke luar negara pula. Jadi tahun ni seharusnyalah giliran Pahang pula. Tapi sebab tahun lepas dah Pahang, maka tahun ni Pahang lagi? hahahaha... dilema hari raya~~

Tahun ini, adik beradik sebelah suami semua beraya di Pahang. Jadi, kami laki bini ni bergado masing-masing nak balik rumah mertua. aku nak balik rumah dia, dia nak balik rumah aku. Memang last minit decision sangat sampai laki aku kata, kita ni  pelik tau..biasa orang gaduh nak balik rumah sendiri. Memandangkan adik-beradik dia semua ada kat sana, aku sajes, kita raya sana lah dulu. raya kan nak kumpul adik beradik. bila lagi? somemore, abang aku tak balik Kedah, so raya tahun depan, biarlah kami dapat berkumpul beramai-ramai pula. Keputusan akhirnya, raya kedua kami plan untuk balik Kedah.

Tapi apakan daya, kami hanya merancang, Allah yang menentukan. Kakak aku pulang berhari raya di Kedah. Namun, pada ketika itu (ayat skema habis) anak keduanya baru dijangkiti demam campak pula. Jadi, tidak mahu merisikokan anak-anak kami yang masih kecil bayi itu, plan ke Kedah ditunda terus ke tarikh lain. abang aku pun ada mesej nak balik Kedah raya kedua tu. Tapi aku kata.. hang toksah buat loqlaq. Bini hang ngandong tu, lagi bahaya hang nak bawak p balik orang demam campak tu bang oi~~  Citer raya kedua ni pun lawak. nantila aku cerita. 

ehh... banyak betul cerita aku ni kan.. sampai tak tercerita. haishhh...

Jadi, pada hari raya, marilah bergambar kenangan .



Tahun ni dah mencabar sikit nak amek gambar raya.
dah ada toddler


Posisi kedudukan wajib tiap2 raya. 
ipar-ipar aku pun dah tau dah.
yang pastinya, adik ipar bongsu tetap menjadi mangsa jadi photographer. kikiki

Budak baik cinta hati mommy

Budak kecoh cinta hati mommy juga.
dia ni kalau takde memang rasa sunyi
sebab mulut dia mcm bunyi tiap masa.

syok je dia join orang buat hal dia sendiri






Kalau ikut hati jiwa raga ni semua gambar nak upload. Mostly pun ada je dah dalam IG. cukupla ni. setakat nak merasa blog berupdate.

Kisah bersalinkan baby no 2 pun belum tulis ni.



Friday, July 1, 2016

Ramadhan 2016

Assalamualaikum...

Hai blog.. sendunya awak di bulan puasa ini. Takde update langsung eyh? Update dalam minda banyak sebenarnya. Tapi tak terluah dek jari-jari  di hadapan keyboard. Kerja banyak. Bos asyik ulang-alik je. Cabaran nak hide pc. Hahahhaaha... Kat rumah? Jangan harap lah...

Penyusuan di bulan puasa.

Masa sebelum ramadhan haritu, memang terkinja-kinja .. eh. macam tak sesuai je terkinja-kinja... hmm.. macam terkedek-kedek jugak aku nak habiskan qada puasa yang berbaki lagi 4hari tak berjaya aku habiskan. Sebelum Ramadhan tiba, lepas pam aje kebuluran macam baru lepas habiskan larian pecut 100km. Lapar dan dahaga. Maka aku dah siap-siap cakap dengan encik suami, kalau produktiviti susu berkurangan saya akan tidak puasalah. Encik suami redha dan paham dengan sedikit pesanan penaja - jangan lupa ganti pulak~~

Bila tibanya bulan puasa, aku pun bersedia dengan sebarang kemungkinan. Tapi Alhamdulillah, so far so good. Alhamdulillah syukur sangat Allah mudahkan. Ada hari susu banyak, ada hari susu ok ok. Dan yang paling hebat dan ajaibnya, aku takdela selapar dan selembik kalau bukan bulan Ramadhan selepas pam. Membuatkan aku berazam nak ganti terus 4 hari puasa tahun lepas tak sempat habis ganti tu lepas naik cuti raya ni. Azam sangat. Dah dapat ketupat rendang, nanti aku pun dah hilang ingatan akan keazaman tersebut.

Alhamdulillah.. so far Ramadhan ke 26 ni, puasa masih penuh.


Sepanjang bulan puasa ni, kami anak beranak tiadalah makan di luar. Lauk tunjuk belaka. Masak pun entah berapa kali je. Senang makan kat rumah je. Kelam kabut dengan anak-anak meragam, time azan tu la nak tido, time azan tu la nak nangis. Jadi, kami parents newbie anak 2 ni, pun tak terasa hingin sangat nak makan kat luar. Cut the hassle. Hazzle nut. hmm.. sedap..

So, memang takde benda nak update or nak komen on Ramadhan buffet like entry-entry before~~ Cuma Ramadhan kali ini, aku tak preggy. Hahahahahaha... Raya tahun ni, hanyalah berperut buncit tanpa janin di dalam.


Harini last kerja before cuti berhari raya hey hey hey~~~ anda masih ada mood di tmepat kerja? Aku tiada... koh koh koh...


Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf andai ada salah silap dalam penulisan yang tak seberapa ini.
wish siap siap. Kalau tak, entah bila nak wish.

Wednesday, June 15, 2016

Motorsikal ku

I was a minah rempit. not that i like it, but because that is the only transport that has been provided to me. Aicewah.. bajet anak hongkaya apak kau nak beli kan ko kereta? ngahahaha...

1st motorsikal aku, masa kat UKM. Sepatutnya motor yang bapak aku beli dekat kakak aku, turun dekat abang aku, then turun dekat aku pula lepas aku masuk University. Itu janji papa. Tapi lepas aku masuk Univesiti, abang aku buat harta plak motor tu.Tahun pertama aku, tahun terakhir dia. So, aku bersabar ajelah sementara tunggu dia habis. Masa tu tumpang kawan, naik turun bas. Dapat plak asrama kampus luar, tak dapat duduk dalam area universiti. lagila kecewa dia punya jadual bas. Ada bas yang tak nak masuk dalam fakulti. Fakulti dah la ceruk ke belakang, masa tu fakulti baru buat building baru.

Lepas tak tahan sebab bas susah dapat, janji palsu nak dapat motor pun tak dapat-dapat, maka aku telepon bapakku menangis2 mintak motot. Kesian papa.. huhuhuu.. akhirnya dapatla jugak sebijik moto 2nd hand. Moto tu aku dah pass kat adik aku plak lepas tiba giliran dia.Masa nak pass kat adik aku tu, aku pun berangan la nak beli kereta. Tapi masa tu papa tak bagi beli kereta. Dia kata beli motor sudah. eh.. tapi macam ada survey2 kelisa dengan dia. Ada pun dia sajes Naza Sutera which is nasib baik aku tak berkenan, orang kata banyak gila problem. Dia pun macam ada sajes beli Swift tapi aku pun tak ingat sebenarnya bila kejadian ni semua. dah lama berlalu. Tapi masa aku nak beli motor tu, apak aku siap turun KL lagi dari Kedah nun untuk teman aku beli motor. Lovely doter la katakan...

Aku rasa macam aku pernah up entri pasal motor masa baru lepas beli, tapi aku godek-godek balik tiadalah berjumpa. Rasanya dalam tahun 2007.

Beli motor pun cash, hasil dari lebihan simpanan PTPTN dulu. Papa kata, walaupun beli cash, tapi kena simpan balik duit as if pinjam dengan bank. Masukkan balik duit dalam simpanan. Lepas selamat dapat kunci semua, papa bawak aku round-round KL. Entah jalan mana dia bawak aku balik, jadi jauh perjalanannya. Saja round motor baru kot.

Lepas aku beli kereta, motorsikal tersebut kebanyakan masanya tersadai sahaja di bawah rumah berembun berpanas. Nak start pun dah tak boleh. Ada one time tu, bawak pergi repair. Aku kasi adik aku masa tu dapat  belajar kat UM pakai. OK la.. terbela jugak nasib dia. Lepas adik aku dapat UMP plak, dia pulangkan motor tu. Abang aku plak pass motor dia kat adik aku. Sebagai menebus motor yang aku tak pernah dapat, hilang pula tu~~~ jadi, lagi sekali motorsikal tersadai di bawah rumah. Lama-lama dah susah nak start. Dari sehari-sehari kata nak bawak g repair. Ayah aku pun pernah mintak nak repair, then bawak balik Kedah. Tapi~~~ masa tu memang sayang lagi kat motor tu...Memang niat nak bawak g repair.

Lepas kawen, aku pregnant terus. Takkan la nak bawak motor pergi kerja kan.. Lepas bersalin, nak bawak beg pam bagai, memang tak la naik motor. lepas tu simpan niat, nak repair, boleh bawak anak naik motor jalan2 petang2 hari.

Tapi motor masih di situ. Berapa kali dah minta tolong adik bawakkan pergi bengkel siap nak upah. Tapi ada je hal, ada je halangan.

Sekarang dah anak 2. Motor masih di situ tak berepair. Husband? Dia memang tak prefer bini dia bawak motor. Dia pun takde lesen. ngeh ngeh ngeh... jadi memang motor tu tersadai je sampai dah berkarat, dah tak boleh tolak, dah jem.

Memang ramaiiii orang mintak nak beli. Tapi~~~ sayang punya hal. sob sob sob...

Sampaila pada suatu hari, ada kenduri bawah rumah aku. Orang-orang kawasan tu angkat alih motor tu letak bawah pokok. Lepas kenduri habis, motor tu masih tak beralih. Duduk je dia bawah pokok. Nak alih, motor dah tak boleh tolak. Sayu je aku tengok. Aku masih simpan niat nak hantar baiki dia. Tapi, takde sapa yang boleh tolong. 




dah berkarat-karat dah dia



Akhirnya, masa pakcik depan rumah aku tu offer kata nak beli, aku fikir lagi masak-masak. Ada sorang lagi pakcik yang nak beli, tapi dia tanya through kakak aku. Padahal jumpa je terserempak hari-hari pakcik ketua kawasan tu. Lagipun, makcik depan rumah aku tu kan jaga anak-anak aku... So, aku consider jual kat dia jelah...

Pakcik ni suka kumpul kereta dengan motor-motor antik. Jadi, rasanya mungkin lebih terjagala motor aku tu dengan dia kan....


13 June 2016.
Isnin haritu aku pergi JPJ tukar nama. Officially dah bukan aku punya.





Sebenarnya sampai sekarang rasa bersalah jual, sebab ingat nak repair, nak bagi kat ayah je, pos kat kedah. Tapi takde sapa boleh tolong bawak g repair. Jadi, redha ajelah.. Tak ke mana pun dia, aku masih boleh tengok dia lagi. Kat bawah rumah tu je jugak. Dalam keadaan yang lebih sihat.

Syahdu~~~


Friday, June 10, 2016

Baby Car Seat

Masa Fatihah lahir, aku takde kelam kabut pun nak cari baby car seat. Adalah tengok-tengok survey2 gitu-gitu je sambil sambil lalu beli barang baby yang lain.  Tapi takdela terasa nak beli sangat. Mak pak aku anak berderet 7 tak pernah ada  baby car seat. Abang aku pun anak dah nak masuk 5 pun tak ada baby car seat. jadi aku antara tak tau la nak pakai baby car seat ke tak.

Yang jadi kelam kabut nak beli just sebab ura-ura gomen nak wajibkan baby car seat tu. Aku rasa macam tak berapa nak praktikal kat Malaysia sebab kereta Malaysia ni kecik-kecik. Orang putih pun manade beranak ramai-ramai sangat. Ko p tengok kereta US, Uk and negara-negara yang mewajibkan baby car seat ni.. Luas kereta diorang. Kalau anak 4 berderet kecik-kecik macam mana nak selit baby car seat, mampu pakai Myvi je? Harga kereta kat malaysia ni pun boleh tahan bedebah dia...  Ko p oversea, kereta 2nd hand boleh dapat 4-5ribu cash and carry. Macam beli mesin basuh je kat Malaysia ni. Tapi jangan convert plak eh.. Pakai currency diorang lah. Pendapatan diorang. Ko debat kat sini lepas convert apa bagai, memang aku kalah. Cuma nak nyatakan, kalau ko kerja kat sini, pendapatan RM dan kereta in RM, memang sakit la bak hang. -satu hal plak aku nak xplen benda ni. harap hangpa paham -

Masa tu jugak ada sorang member opis aku kata nak bagi baby car seat. OK lah, orang nak bagi, kita terima ajelah. Cuma memula tu macam skeptikal jugak aku sebab dia mention nak cari yang 200 below. Huhuhuhu.. terus aku rasa nak mintak duit je, biar aku beli baby car seat elok terus. Aku ni jenis yang kalau membeli, nak beli yang elok terus. sekali belanja je. Kalau tak, dia dah besar sikit lagi kang, nak kena beli lain pulak. Ini pun salah satu sebab kenapa kitorang dok survey baby car seat ni.




Ni yang dapat hadiah..
Sebab dia dapat pun dah besar sikit, so nampak macam dia tak berapa selesa dalam tu.
Baby car seat ni sesuai untuk baby jelah. Dia ni dah toddler.


Masa survey tu, taste tak nak kalah aku ni, berkenan la pada brand Britax. Kita bukan hanya mahu baby car seat. Kita mahu baby car seat yang selesa. Macam kesian je kat dia, dah la kena paksa duduk car seat setelah sekian lama duduk di ribaan mommy, car seat tak selesa plak tu. ewahh.. alasan. Napsu serakah kebendaan mommy memang tak dapat dibendung. Survey  kat Manjaku brand yang takde brand pun aku pandang sebelah mata je. hati langsung terpecah-pecah tak mau tengok pun kalau boleh. Tapi aku layan je suami aku, sebab dia kata.. xyah la mahal-mahal... aku rasa berbaloi je beli mahal sebab anak pertama. Anak 2-3-4 nanti pakai yang tu je.. aaaaa... kan kan?

Rakan aku yang baik hati pun meminjamkan aku seat Britax dia. and aku sangat puas hati tengok Fatihah duduk, tidur selesa dalam tu... So, aku pun dah meroyan ke Britax ni. Member aku tu pun membantu la aku survey pasaran luar dan dalam negara, mana boleh dapat murah. Haritu aku lambat order dengan Barang Murahuk, habis terus offer dia. Lambat ke, takde model yang aku nak ntah. aku pun tak hengat.



Ni masa pinjam Britax kawan aku.
Nampak dia selesa kan?
Mak nyer pun terus meroyan nak beli Britax.

Masa tengah dalam pantang kan takdo kojo, kojo tengok henpon, tengok baby, tengok tv jo.. Jadi aku scroll balik page Barang Murahuk. Tengok-tengok ada diorang iklankan baby car seat Ferrari ni. Amboi ewah... anak naik Ferrari... 

Diskasen ngan hubby, memula dia reluctant jugak. Iyolah, isu dia masih kepada harga yang mahal. Tapi bila dah p sevey-sevey lagi yang murah sikit memang nampak kurang keselesaan dia tu, maka dia pun bersetujulah. Dia pilih yang ada isofix. Aku plak kata mahal. Hahahaha.... Last-last pilih yang Group 0-1 yang kat bawah tu. Aku pilih kaler merah. Nak pilih kaler pun boleh bergadoh laki bini. Laki suh pilih kaler hitam. Tapi merah murah sikit. Pastu dia suruh aku basuh kalau kotor. Malas nak layan bibir juih laki, biar aku je yang juih bibir, aku pun amek la kaler hitam. RM159 tau beza harga dia. Cis betoi.





Pasai lepas servey-servey memang tak dapat harga ni kat kedai baby Malaysia ni (g sevey kat 2-3 kedai je pun~~), maka kami berpendapatan harga car seat ni dah jauh murah sangat untuk brand ini. Kena tunggu shipping pun berbaloi pasal aku kan tengah coti pantang. Bukan nak p mana-mana lagi.






First time jalan jauh bagi dia duduk dalam baby car seat ni. Nampak dia selesa. Aku pun selesa sebab nak pegang baby sorang lagi. So, takdela aku kena kawal dua-dua orang sekali. Bila dia tidur dalam tu pun rasa selamat dan nampak selesa.

Fatihah pun baik je duduk dalam ni. Kitorang takde ajar dia duduk car seat dari baby. Tapi  masa bagi dia duduk 1st car seat dia tu, dia ok je. Nak je duduk. Alhamdulillah... baik sangat budak ni. Adalah masa dia meragam... If duduk lama sangat pun dia penat. Aku bukak jelah, tukar tempat dengan adik.

Jadi tuan-tuan dan puan-puan,
carilah baby car seat yang selesa untuk anak anda.

Sekian.






Monday, June 6, 2016

Persiapan Ramadhan

Salam...


Selamat menyambut 1 Ramadhan. So, harini siapa yang dah terkulai layu di tasik madu? Baru 2.30pm. Harap bersabar. ada lagi dalam 5jam. bertabahlah.

Harini aku macam kuat sikit. Aku pun tak tau makjun apa aku amek terasa tak layu lagi ni padahal dah 2 sesi pam. Itulah keindahan bulan Ramadhan. Kalau time puasa ganti tu rasa dah lembik-lembik dah time pam pagi pun. Kalau time tak puasa plak, pagi tu kalau tak breakfast, memang dah ketar perut dah lapaq. Ilek aaaa mak jemah, baru 1st day puasa. Ngahahhaha...


Weekend lepas sebenarnya suami aku plan nak balik ke Kedah. Tapi aku tak mo sebab kalau balik weken, puasa senin, takdela merasa bukak puasa kat rumah. Jadi aku kata nak tak nak p mana-mana. Nak prepare untuk puasa ni je. Sabtu plan asal nak p kelas jaet yang dah berkurun tak p tu, tapi penyakit malas datang menguasai.

Plan asal, kitorang nak mintak cater ngan kakak aku je untuk bulan puasa ni. Dia dah berhenti kerja, tapi dah convert jadi lecturer part time je. minta dia masakkan lebih sikit dari apa yang dia nak makan, kitorang bagi mangkuk tingkat je. So, balik takdela terkejar-kejar nak masak, nak kelek anak lagi. Paham-paham la anak kecik ni kan. Bulan puasa ni  pun bukan boleh amek lambat dari pengasuh. Dia pun nak masak berbuka jugak. memula kakak aku kata ok. Tapi lepas tu dia goyang plak. Anak kecik dia ada 4. Hahahhaa.. lagi ramai.

So, tetiba terwujud la idea masak siap-siap nanti balik rumah tinggal nak masak nasi and panaskan lauk aje. 




I am lucky enough ada husband super rajin. Dia tolong potongkan cili kering + tengok anak-anak while aku masak. kalau nak harap sorang je buat semua stok ni tak lepas jugak kot. Anak ni merap. Anak ni nangis. Anak ni nak susu. Lauk simple-simple aje. Pun ada 1 lauk aje ni. 


So, lauk buka puasa minggu ni settle. Minggu-minggu hadapan blom tau lagi~~~

Tuesday, May 31, 2016

Tips kecilkan perut selepas bersalin


Penat aku taip tips kecilkan perut selepas bersalin ni kat Google. Rata-rata copy paste je daripada petua-petua nenek moyang turun temurun. Memang mostly copy paste aje. Penat google ok. Dah la tak putus asa plak tu. Bila teringat je, google balik. hahaha.. Desperate nak kecilkan balik perut boyot flabby ni.


Aku nak baca tips yang memang diri sendiri amalkan then kecik perut vavavoommm terus macam sebelum bersalin. Setakat copy paste list petua tapi takde buat pun, tak payah la aku nak baca. Nak cari daun la apalah semua tu, memang tak tercarila bak hang. Apatah lagi nak mengoles ke atas perutku ini dengan anak 2 kecik-kecik, dah pandai meragam mintak perhatian, yang sorang diteteki, yang sorang nak meribaan lagi. Haish...baru 2 orang dah mengeluh panjang. I salute la u mother more than 2 children then kecik-kecik pula.

Kalau boleh, aku nak tips yang macam Namee Roslan tulis.
Ni tips kecikkan peha: http://nameeroslan.blogspot.my/2015/03/tips-kecikkan-peha.html
Ni tips leperkan perut : http://nameeroslan.blogspot.my/2015/03/perut-leper.html

Cumanya bila base on product ni aku kurang percaya sikit. Kalau google, tak keluar petua orang tua, mesti keluar iklan produk. Tapi kalau ko tengok Namee punya kurus lepas bersalin ceaser pula, memang rasa nak beli je apa dia pakai. Kurus bak hang. Nantila aku pm tanya dia. Harap-harap dia layan. -aku si blogger picisan- Hahahhaa...

3 hari lepas aku jumpa dengan bini kawan laki aku, bersalin ceaser tapi perut dah nampak kurus nipis. Maigad. Jeles tahap gaban. Terus rasa stress. Aku ni dah la normal. Boncit plak. Ini kejadian yang memalukan diri sendiri. Matlamat aku jelas. Nak jadi hot mommy badan bergetah, perut tak flabby. Tapi sekarang matlamat itu sedang jauh menyimpang. Nak nyusu anak, selak baju, nampak perut flabby, terus istigfar.

Nak suruh control makan, ni satu perkara yang aku takkan buat lah.. Sebab nyata dia hanya 1. Sebab aku masih menyusu baby. Kalau tidak dimakan nasinya, manakan datang susunya. Aku pernah buat percubaan, mengkurangkan makan nasi. Tapi susu pun jadi suam-suam kuku je. I is ibu bekerja, have to pump susu untuk bekal anak. Kalau bagi susu direct, lain effect dia sebab baby memang stimulate susu lain macam. tak macam pam. Lain. ini eksperimen aku lah, orang lain aku tak tau. Effect susu, booster apa bagai ni memang lain orang, lain ragamnya. Lain. Tak sama. Jadi, bab makan ni jangan suruh aku kurangkan makan. Aku melantak macam bela saka. Kadang-kadang aku pun push diri untuk makan. Semua is sebab susu.

Baru ni, aku pergi Terengganu. Masa nak makan lunch kat kedai nasi campur, orang tu sendukkan nasi. AKu minta tambah lagi. Terperanjat dia. Selamba dia bagi aku.. Kuat makan.. hahahhaa... aku sengih je. tu pun lepas dia tambah, aku masih rasa nasi tu tak cukup, tapi nak suruh tambah lagi dah segan. Lapaq. Buloq. ni pun tangah tengah terketar tunggu pukul 1 nak pergi lunch, lapar giler hoih.


Sekarang ni, ada masa malam, aku tidur dengan bengkung strap tu. Nak exercise, nak buat crush craash perut bagai tu, rasa macam nak tunggu dah 6 bulan nanti baru try buat. bagi perut rileks sekajap. Masa lepas bersalin Fatihah pun perut aku tak berapa nak turun jugak. Bengkung pun tak rajin masa pantang, apakah nak kempis??? Cumanya, niat nak exercise lepas 6 bulan, masa lepas bersalin 1st baby tak kesampaian sebab lepas je 6 ke 7 bulan tu, dah pregnant balik.


Ada 2 bulan lagi sebelum baby Aidil capai umur 6 bulan. Nak kempis macam Marion Counter plis... 

Takde tips, sebab perut aku belum kempis. 

Sekian...

 


Tuesday, April 26, 2016

Parcel Locker Pos Laju

Baru je tukar template yang tak berapa nak siap ni, tetiba eh eh eh ada benda plak nak update. Tengah eksited a.k.a jakun ni. Baik aku update sebelum aku jadi hangat-hangat tahi ayam, lama-lama bercantum jua.

Semalam adik pos laju telepon. Aku assume dia adik la sebab dia bahasakan aku kakak.

"Assalamualaikum akak. saya dari pos laju. akak ada kat rumah tak?"

Terkejut jugak aku pos laju call sebab pos laju memang jarang call. Macam tak pernah je. Macam awal-awal dulu je ada call, apstu asyik dapat slip je. Hahahaha.. Rugi la dia tak call sebab rumah aku tingkat 4. Kesian dia penat naik tangga termengah-mengah takde orang kat rumah.

"Akak takde kat rumah la"

"Saya tinggalkan akak punya bungkusan kat parcel locker ye dekat LRT Putra ni."

"OK. " jawab kompiden je

"akak tau ke parcel locker ni?"

"Tak tauuuu" hahahaha... nasib baik dia tanya. aku macam dah nak berlagak terel je tadi.

"parcel locker kat lrt putra gombak ni. nanti saya tinggalkan slip kat kotak pos akak ni je ye. pastu akak tengok parcel locker kat lrt"

Aku pun eksited la hoyeah lepas ni barang-barang leh amek kt sana je dah tanpa kantoi dengan suami. HAHAHAHAHHA...

"Kalau parcel lepas-lepas ni nak letak situ je boleh ke?" tanyaku naif.

"akak memang takde kat rumah kan? akak kerja kan? takpe, area sini saya yang cover. nanti apa-apa saya call akak"

"oraiittt..terima kaseeehhhh"

Wallah! aku balik kerja semalam semangat dah nak menyinggah. tapi nama pun balik kerja kan, lrt pun bersepah la dengan orang. plus, aku ni jenis balik kerja tak sabar nak polok siom gomol bebudak 2 orang tu. Balik rumah dulu.

Sorok slip cepat2. tak lama lepas tu dapat sms dari pos laju. tracking number n number pin untuk locker. Fuuhh.. nasib baik tak pergi terus lepas balik kerja tadi. kalo tak, camana nak bukak locker.


So, aku amek tengahari tadi. tengahari kompem kosong, boleh park kereta bersepahan.


Aku eksited a.k.a jakun giler bila pintu locker terbukak lepas aku masukkan no pin.  rasa macam Mission Impossible jap... tett tettt teneneeett tettt... teneneeettt turuuuu tuuruuuu... (nyanyila ikut lagu mission impossible plis)

ambik parcel dan tadaaaa... peluk parcel kuat2 sambil tersenyum lebar hepi gile. takde orang kat rumah tapi boleh ada parcel locker! 

Parcel locker. terus terasa nak pegi keje naik LRT. turun LRT, amek parcel, balik rumah.

Lepas amek parcel, boleh print resit.
atau ada option hijaukan bumi jangan print resit tapi pilihla send to email.
which is aku pilih print resit nak amek gambo masuk blog hoyeah.


Boleh tumpang 48jam sahaja parcel kat parcel locker. so kena cepat-cepat p amek la. Jangan lupa tutup semula pintu locker lepas amek parcel. 

Aku suka!!
psstttt... jangan bagitau laki aku. kah kah kah...


Template baru

Eh eh.. lain dah blog template ni why is the?

 Aku pun tak tau kenapa tadi bukak-bukak blog, nampak benda ini terjadi.




Makanya, tukar la template yang disediakan sesimple as can be. Tak tau la bila rajin nak tukar template pula balik. Terasa macam template blog newbie plak.. Hai... Im new in blogging. My name is ..... I write blog to isi masa lapang yang sekarang ni pun dah tak berapa nak lapang maklumla anak baru 2. Selamat berkenalan. Salam singgah.


eh eh.. tak sampai beberapa minit dah tukar template lain, tak pakai template default blogger.com dah sebab tak bley tahan keskemaan dia...

ni aku amek layout dari page ni :
https://gooyaabitemplates.com/minimal-clean-blogger-template/
saja letak link, nanti aku nak refer tukar pape balik senang.

amek layout pun simple je.. nantila belajar n tengok2 nak tambah-tambah layout ke gadjet ke pebagai~~


Friday, April 15, 2016

Tips to Wear Casio Watches for Men


Hai... Have you ever heard about Casio? No? Tak pernah? Nehi? 

Haih... zaman manalah hidup tu kalau tak pernah dengar pasal Casio. Dengar je Casio ni, dah tau dah, kompem jenama jam. Ingat Casio, ingat jam.

Casio merupakan antara jenama jam tangan yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada masyarakat umum. Jenama yang berasal dari Jepun ini bermula dengan mengeluarkan aneka barangan elektronik sebelum berkembang menjadi salah satu jenama jam tangan yang cukup disegani di seluruh dunia. Oleh itu, tidak hairanlah jika anda boleh menemui koleksi jam tangan Casio ini di mana sahaja.

Sejak dahulu lagi, Casio amat komited dengan penghasilan koleksi jam tangan yang dijamin berkualiti tinggi dan pada masa yang sama turut menitikberatkan rekaan yang cukup versatile. Bagi koleksi jam tangan casio watches for men atau jam tangan casio lelaki pula, para pembeli diberikan 3 kategori jam tangan yang utama seperti berikut;








Bagi penggemar aktiviti lasak atau sports junkie, Casio menawarkan koleksi jam tangan digital Casio yang direka dengan material yang amat tahan lasak. Bukan itu sahaja, jenis jam tangan ini juga dilengkapi dengan fungsi-fungsi khas yang dikhususkan untuk melancarkan lagi perjalanan aktiviti anda. 



Kekal penampilan yang bergaya di pejabat dengan memadankan pakaian pejabat anda bersama pemakaian koleksi jam tangan bertali kulit Casio atau leather strap watch. Tahukah anda bahawa jam tangan bertali kulit menjadikan si pemakai kelihatan lebih berkeyakinan dan focus?



Dan bagi gaya yang lebih santai pula, pilih koleksi jam tangan bertali besi atau stainless steel strap watch sebagai aksesori tambahan anda. Jam bertali besi ini juga sesuai untuk anda gayakan ke pejabat.